Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Isnin, 23 Disember 2013

Ouchh..Sakitttt!!!!


Normal la mak-mak yang masih breastfeed anak yang dah tumbuh gigi kena jadi tempat asah bakat terpendam anak masing-masingkan..
Bakat apa?? Ofkos bakat mengigit....(T__T)
Kalau anak tak tumbuh gigi lagi,boleh la rasa geli-geli...
Kenapa geli? Gigit pakai gusi der..Walaupon gigit kat nenen tapi tapak kaki yang terasa geli..
Ehh..salah ke?? tapi macam tu la dia punya geli...^____^

Sama gak dengan anak aku..tiap-tiap hari aku kena taram dengan anak sendiri..
Tiap kali nak nenen je aku pesan,"jangan gigit..kalau gigit ibu tak bagi dah..."
Ingat dia nak dengar sangat..selalu buat donno je...
Sampai 1 tahap bila dia nak nenen je aku cakap,"nenen tak dak,ibu dah juai....." -___-

Nie anak aku dah 6 batang gigi..perghhh..
Aku punya seriau nak hulur tu macam arghhhhhh!!!
Mau tak mau terpaksa bagi jugak lah..hukhukhuk..


Dia punya stail gigit bukan gigit sikit-sikit pastu lepas..
Nie jenis gigit pastu tarik-tarik..
Mak aku cakap kalau dia gigit tekap je dia ke nenen,nanti dia rasa lemas sikit dia lepas la..
Yang anak aku bukan jenis cepat mengalah...
Aku try buat macam mak aku ajar tu,tapi lagi kuat dia gigit..siap geleng-geleng kepala nak lepaskan diri tapi gigi tu tak mau lepas jugak nenen..
Dia punya azab gigitan tu selalu buat aku takut nak mandi..pedih woiiih kalau kena air...

Semalam pon dia buat lagi,tapi entah macam mana kesabaran aku dah habis limit kot..
1 lagi maybe sebab tak tahan sakit...
Aku pi cubit amam...cubit kat dada dia lak tu...
Apa punya ibu la aku nie,tak guna betul..entah cubit kuat ke tak aku tak perasan...
Bila aku dah lepas cubit tu baru aku perasan...
Terus check dada dia kot-kot lebam ke apa..try urut-urut tanya dia sakit ke tak dia buat donno je..

Tapi dia tak tunjuk tanda-tanda dia sakit pon..
Susah hati tau,kalau tak gigt tak da la ibu cubit cenggitu..
Dah la anak aku keding je,pas demam masuk wad ritu lagi keding..
Ehh..lupa nak up entry masuk wad..
tengok la nanti-nanti kalau rajin...

Bersungguh aku risau sebab cubit dia..
Tapi dia buat tak heran,siap menggigit lagi time nenen masa nak tidoq tu..pffff
Tak serik ke kena cubit???



Rabu, 11 Disember 2013

Adakah AZAM tahun ini dah terlaksana??


Hoiii..satnya dah nak sampai tengah bulan...
Dok sat lepastu dah masuk tahun baru...
Tiap-tiap tahun ada azam..
Azam tahun nie nak besaqkan amam bagai juara walaupon tak berapa nak juara..
Alhamdulillah,azam aku 45% je yang terlaksana..tak pa..janji ada jugak yang terlaksana..
Azam tahun depan?? donno..belum pikir lagi..tapi macam dok nampak dah sikit-sikit..

Yang penting aku nak 4 benda nie settle,Insyaallah..
First aku nak settle lesen aku yg dok tertunggak tu..(harap-harap bonus ujung tahun ni lepas la nak settle lesen)
Second aku nak ada transport sendiri,tak mau share dengan laki..nak sendiri punya..*tamak
Third aku nak move out,harap ada yang paham..kikiki
Forth aku nak pastikan ujung tahun depan aku dapat pujuk laki bawak our small family makan angin..

Rasa macam nak add-on 1 lagi list,hewhewhew...
Sebab amam dah bagi hint.. (^_____^ )
cukupkan umor dia dua tahun baru kita plan baikkkkk punya..




Sedap ke kaki tu dik? bak sikit nak rasa....

Insyaallah,harap diberi kesihatan yang baik..dan rezeki yang melimpah ruah..
Semuanya bukan untuk diri sendiri tapi untuk keluarga kecilku yang tercinta ini...





Jumaat, 6 Disember 2013

No outing, no entry..so boring......


Aku kan tiap-tiap hari buka blog...
Tiap-tiap hari aku buat entry baru...
Tapi entah kenapa semua entry aku tu separuh jalan je,
pastu terus aku SAVE pastu CLOSE...
Aku lebih suka baca entry orang (blogwalking) , 
semua entry orang best-best..
Entry aku hampassssssss....
Bila dah jadi hampas terus aku biaq berkepok dalam draf..malas nak tengok dah..kalau bersawang pon tak apa sebab aku rajin housekeeping hari-hari..*tiup habuk

Aku rasa entry aku tak best sebab aku tak sempat nak melihat & 
menikmati keindahan dunia yang fana ini..-__-
Ayat semua macam nak best je..macam nak syok je...-____-
Aku masuk keja pukoi 8,balik keja pukoi 6..dah balik keja kena pi ambik anak dulu...
Mau tak mau dalam pukoi 7 jugak la sampai rumah..

Aku tak mintak tolong laki aku ambik anak, sebab dia keja lebih teruk dari aku..
Keja tak tentu,kadang-kadang pi OT..kadang-kadang 12jam..
kadang-kadang kena ganti orang...
Jadi aku lebih suka buat semua sendiri..
Bukan susah pon,pagi-pagi hantaq anak pastu pi keja..
balik keja singgah ambik anak dulu baru balik rumah...
Kalau time ujan baru aku mintak tolong laki aku ambik sebab aku pi keja naik motor..
Aku rela diri sendiri kena hujan..jangan anak kena nanti demam..

Dah pukoi 7 sampai rumah nak keluaq pi mana lagi maghrib-maghrib tu kan...
Tapi ada la 2,3 hari lepas kami anak beranak pi lepak Tesco..
Macam biasa,tujuan utama nak pi Tesco sebab nak makan Original Toko,
Ehh..ritu aku macam ada cakap nak bagi gambar kan..huhuhu
Sori la derr..aku lebih utamakan perut... 
Lenkali aku ambik gambaq,janji!   

Selain nak makan tako,aku nak cari kasut amam jugak kat Tesco tu.
Kasut buat pakai kat rumah je,kalau dapat selipar lagi bagus..
Kasut dia dah kecik padahal baru beli 2bulan lepas..pfff
Masa beli dulu dah ambik saiz besaq,siap test letak jari aku kat tumit belakang dia tu..
Cepat nau anak aku besaq,bagus ibu bela dia..kikiki


Yang warna cokelat buruk gila tu kasut lama..
Yang kaler biru hijau ben10 tu aku plan nak beli tapi tak berkenan 
sebab nampak sangat tak tahan lama..
Plus rega mahal nak mamps..
Selipar gitu je dah RM20?? 
Kasut buruk amam tu lagi murah la,RM16 je kat The store Landmark Kulim.

Last decision,tak jadi beli selipar 20hinggit tapi beli jeans 
kat aku buat pakai pi keja 29hinggit...
Bukan berkira dengan anak,tapi kalau pakai sehari pon dah lekang acaner?
Baik cari yang elok,yang jenis tapak tak cepat haus..
Nie tengok material macam gabus je..kikiki..
Ok..aku tak mau kondem nanti kena kutuk pulak..

So kesimpulannya,no outing no entry...
Macam entry nie,tengok dunia malam-malam di Tesco?
Whats the hell was going on? Kemon la..
Aku rasa hidup aku boring...Entah apa la yang amam pikir..
Mesti dia double boring..
Rutin hamam hari-hari..pagi-pagi pegi umah babysitter,petang pulak balik rumah.
Tiap-tiap hari ulang benda yang sama...pffff

Nanti kita jalan-jalan ye,tunggu ibu abah cuti hari yang sama ehh...
Ok, bai....



Confident betul dia tu,kikiki


Aku tak sangka ada manusia yang betul2 confident macam dia nie....
Kesian ada,nak tergelak pon ada...
Kesian sebab macam mana la dia nak hadapi dunia bila dia tau kebenarannya..
hehehehe

Biar gambar berbicara...




Isnin, 25 November 2013

Please help me to help her...

Aku ada sorang kawan dalam pantang,
Dia bersalin 2minggu lepas...
On the same time doktor gitau anak dia ada G6PD..
G6PD nie bukanlah 1 penyakit,dia lebih kurang faktor genetik...

Doktor dapat detect anak dia ada G6PD sebab ada test dengan darah tali pusat..
Nie yang aku google..mai la rajinkan diri baca sama-sama..

G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.
 
Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am. Ditemui pada mereka yang mana ibu bapa mereka berasal dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria seperti Asia Tenggara, Afrika dan juga Mediterranean.

Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.

Bagaimanakah G6PD diwarisi?

 
G6PD berlaku akibat mutasi (perubahan) terhadap gen yang terdapat pada kromosom X, iaitu salah satu kromosom yang menentukan jantina seseorang individu. Kromosom X secara tunggal dapat diketemukan dalam sel-sel gamet seperti ovum atau sebilangan nukleus yang terdapat dalam sperma. Oleh itu, kebanyakan pengidap kekurangan G6PD adalah lelaki yang mempunyai padanan kromosom XY, manakala wanita yang mempunyai padanan kromosom XX kebanyakannya adalah sebagai pembawa yang sihat sahaja. Untuk seorang wanita yang mengidap kekurangan G6PD, kedua-dua kromosom X nya perlu mengalami mutasi dimana keadaan seperti ini amat jarang berlaku.

Komplikasi:
Kebanyakan pengidap masalah kekurangan G6PD biasanya jarang mengalami sebarang gejala atau kompilasi. Pada penghidap yang terdedah kepada bahan-bahan tertentu seperti beberapa jenis antibiotik dan ubat anti malaria, sel darah merah akan mudah terpecah dengan lebih awal dari tempoh matangnya. Akibatnya pesakit akan mengalami gejala penyakit kekurangan darah (anaemia) seperti pucat, sesak nafas, lemah dan tidak bermaya. Bagi bayi yang baru lahir, mereka mungkin lebih mudah mendapt penyakit kekuningan di seluruh wajah dan tubuh badan (Jaundice).

Diagnosis:
Ujian darah boleh dilakukan bagi menentukan samaada individu pengidap kekurangan G6PD ataupun tidak. Pada masa kini, ujian G6PD juga boleh dijalankan secara rutin sebaik sahaja seseorang bayi itu dilahirkan.

Rawatan:
Pengidap kekurangan G6PD biasanya tidak perlu dirawat melainkan dia telah menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda komplikasi. Sekiranya anda adalah pengidap G6PD, anda perlu perlu mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti memakan kacang parang semasa mengandung, terdedah kepada ubat gegat dan meminum air kosong dengan terlalu banyak melebihi sejag air dalam sesuatu masa dimana anda tidak bersenam, tidak penat, tidak kehausan, dan tidak berasa kering akibat pengambilan kadar gula atau nutrien yang tinggi pada sesuatu masa. Anda juga harus memberitahu doktor anda tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor anda kerana ada beberapa jenis ubat yang mungkin tidak membolehkan anda mengambilnya.

Ubat anti-malaria:
Status G6PD perlu diketahui sebelum anda dibenarkan untuk mengambil ubat anti-malaria. Di kebanyakan pusat perubatan awam pada masa kini, ujian saringan pengesahan kekurangan G6PD adalah diwajibkan sebelum seseorang mengambil ubat anti-malaria untuk sebarang aktiviti di kawasan tertentu seperti aktiviti di hutan, jungle tracking dan lain-lain lagi. Oleh itu adalah penting untuk anda merancang setiap aktiviti yang hendak anda jalani di kawasan hutan. Ianya perlu dimaklumkan ke Pusat Kesihatan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh aktiviti. Selain bertujuan untuk menjalani ujian G6PD , dos pertama ubat anti malaria perlu diambil seminggu sebelum tarikh aktiviti dijalankan.

 
Ujian G6PD tidak perlu dilakukan berulang kali atau setiap kali apabila perlu mengambil ubat anti malaria. Sekiranya anda telah tahu status G6PD anda adalah normal, anda hanya perlu mengambil ubat anti malaria untuk kali ke-2 dan seterusnya tanpa menjalani ujian sekali lagi. Namun anda perlu sentiasa berwaspada kerana apabila anda gagal ataupun menipu mengenai status G6PD anda mungkin boleh mengalami komplikasi yang sukar untuk anda kawal dan meredakannya.



Jadi kawan-kawan semua,kawan aku nie ada gitau yang dia tak boleh makan sebarang jamu sebab akan effect pada baby dia yang ada G6PD tu...
Kawan aku tu dah la Czer,kesian pulak kalau tak makan apa-apa untuk pulih tenaga dia..

So aku harap sangat ada antara kawan-kawan yang boleh tolong suggestkan apa-apa kat dia..
Berdasarkan apa yang dia gitau,dia tak boleh makan sebarangan ubat sebab takut effect baby dia..

Any suggestion?

Blackout punya pasai...

Ada stori best..tapi tak dak gambar...
Macam malu sikit la nak gitau,tapi kalau pikiaq balik aku nak gelak guling2..

Semalam ada projek tergendala...hikhokhikhok
Alaa..biasa la,orang dah kawin..mihmihmih..*mata ke atas..

Semalam kenmain lagi laki kite buat air tau kat kite...
Sambil tunggu dia buat air,kite packing baju anak nak antar umah pengasuh..pack untuk seminggu..
Dah siap buat air dua jenis..*air untuk merangsang tenaga..muahahaha..
Dia duduk sebelah kite tengok kite pack baju anak..pastu suruh kite minum air tu..
*Hoiii..gediknya ayat aku...

Tetiba kan...'PLUPP!!'
BLACKOUT!!!! Ok..satu taman blackout..
Sapa dok taman selasih,taman angsana mesti tau semalam blackout kan?? kan??

Mesti hampa kata,wohooo..best arr nak 'teruskan'..gelappp..mesti syok...
Tak dak maknanya syok..
Panas hoii..nyamuk mesti banyak..dah tu dengan anak kecik lagi..
Terus aku ambik kertas keras kipas anak aku...
Tapi dalam hati dah agak dah...habis la..ada la yang tergendala nie...(^___^)

Sambil kipas anak dalam gelap tu,aku tengok laki aku dok kacau air yang dia bancuh..
Ok..2-2 air tu dalam kuantiti yang sama and dalam gelas yang sama bentuk dan warna..
Aku cakap dah kat laki aku,plan kami tak jadi..laki aku badan sampai berkilat sebab peluh..Area rumah aku memang panas tahap gila..kipas dalam rumah 24/7 kena buka kalau ada penghuni..
Tiba-tiba laki aku cakap...

L : Ibu....abah tak tau la mana 1 ayaq ibu & ayaq abah...
A : Laa..tertukaq ka?
L : Tak tau..konfius...Nie kot ayaq abah..abah yakin..

Terus dia togok sampai habis ayaq yang dia yakin sangat tu...
Aku pon minum jugak ayaq yang dia yakin bukan ayaq dia tu...
45minit lepas tu, lampu kipas semua on macam biasa...
letrik dah ada balik..

Tapi kami tak jadi on dah,panas..lagi pon dah lewat sangat..
Esok kami laki bini keja pagi...
Tapi puas kalih badan kiri kanan..tak jugak lena-lena...
Mula2 tu aku terlelap dalam 15minit kot..sempat mimpi sat..
tetiba terjaga sebab anak merengek..Pastu terus tak boleh lena..

Ingat aku ja tak boleh lena..laki aku pon sama..
Last aku tengok jam pukoi 3.45pagi..pastu entah bila aku lena pon tak tau la..
Laki aku dok keras statik 1 tempat..dia ingat dok macam tu dia boleh lena..
Entah pukoi berapa dia lena dia pon tak tau..dalam pukoi 2 lebih atau 3 lebih jugak kot..
Tapi pukoi 5pagi dia dah terjaga..aku sedap dok lena lagi..jam bunyi pon aku tak dengaq dah..
Pukoi 6 pagi laki aku gerak suruh bangun pi mandi...

Tapi bebal jugak la aku pagi nie,ngantuk sangat-sangat..
Nasib baik anak aku bangun elok ja,siap boleh senyum lagi..
kalau bangun-bangun ja terus cranky memang aku libas....hahahah

Pelik sangat kenapa semalam tak boleh tidoq,padahal kami letih sangat-sangat..
Laki aku keja 12 jam,aku pulak siang tu tolong-tolong kat majlis kenduri sebelah rumah aku..
Tapi malam kenmain susah nak tidoq,kalau ikutkan memang patut tidoq tak sedaq diri..
Kami laki bini syak,kami nie tertukaq ayaq..
Aku minum tongkat ali..laki aku minum kacip fatimah..
Tu yang terbuntang mata dua-dua orang...

Dan pagi nie memang aku dah yakin sangat yang kami nie tertukaq ayaq..
Aku baru perasan ayaq yang aku minum tu rasa macam pahit sikit...
Selalunya ayaq aku tak pahit macam tu,dia siap rasa manis-manis sikit bila tinggal sikit-sikit dalam cawan..

Nie aku dah patploh kali menguap..
Kepala dah start sakit berdenyut-denyut..
Mata tak boleh nak fokus..
Kerja pon tak tau nak mula mana 1 dulu..
aku start taip entry nie dari pukoi 8..nie dah pukoi 10 lebih..
banyak berhenti sebab rasa nak muntah..

So, pesanan untuk semua..jangan tertukaq ayaq..
Kalau diri tu berjantina P - sila minum kacip fatimah saja,jangan gatal tangan pi try tongkat ali..
Begitu jugak jantina sebaliknya...
Paham??

Mula-mula rasa syok nak buat entry nie,tapi makin lama makin lemau...




Jumaat, 22 November 2013

First Word!


Baca betoi-betoi..tau la sekarang musim cuti sekolah..
First word jadi FIRST WORLD pulak...
Iye..sekarang musim cuti sekolah..
Tapi anak aku tak sekolah lagi..
Maknanya cuti non ado la..Bila anak dah start sekolah baru la ada cuti sekolah..
gittuww...:D

Ehh..terpanjang pulak mukadimah...
Nie haa..aku nak gitau anak bujang aku dah ada tanda-tanda nak belajar becakap...
Dia punya first proper word yang dia sebut bukan lah ibu abah..
Kalau panggil ibu jadi Abuuuuu...
Kalau pangil abah jadi bahhhhh...
Kalau panggil dua-dua jadi buuuuuu...bahhhhh..
Try ulang 5 kali,konfirm dengar macam orang halau lembu.... -___-

Aku kalau mintak apa-apa dari Amam, aku guna perkataan "BAK"..
Nie ayat orang kedah la..Bak = Bagi...
Contoh : Amam..bak ibu asam jawa tu..ibu nak buat masak asam...
*Motip nak gitau anak selalu jadi assistant tak berdaftar kat dapur..

Soo..semalam aku guna banyak sangat words 'BAK' tu...
Jadi terlekat la kat otak dia perkataan 'BAK' tu..
Jadinya terjadi lah 1 conversation antara ibu dan anak..
*Ayat tak boleh blah.. -___-

Amam : Abuuuu...bakkk... *tunjuk botol susu
Ibu : Apaaa?? nak susu? baru habis sebotoi nak lagi ka? pecah perut kot.. -___-
Amam : Abuuu..bakkk...*tolak botol susu kat muka aku
Ibu : Kenapa? apa dia?
Amam : Bakkkk!! *Letak botol susu atas riba aku pastu lari pi main kat depan..
Ibu : *still bengap tak dapat tangkap

Sebenarnya anak aku baru lepas minum susu..lepas minum dia datang kat aku dia cakap 'BAK' sebab dia nak bagi botol kosong tu kat aku...
Perghh..dapat mak bebal..gini la jadinya...

Pastu sebelum tido Amam ambik buku ABC pastu terus dia dok atas riba aku..

Amam : haah..bakk abuuu...
Ibu : haaa..bagi ibu?? nak baca dengan ibu??jom baca sama-sama...

Time nie baru dapat tangkap bak tu maknanya dia bagi kat aku..
Pastu terus dia macam semua benda dia ambik bagi kat aku pastu dok sebut 'Bak..bak.."
Dok keeksitedan dapat sebut words 'BAK' tu..tiba-tiba dia nampak beg aku bawak pi keja yang aku gantung kat bilik..

Dia pegang beg tu pastu dia senyum tengok aku..

Ibu : Haa..beg ibu...B.E.G..beg!
Amam: Bakkkk..-___-


Muka konfident gila jawab bakkk..
Ok sayang,ujung minggu nie ibu cuti..kita buat tuisyen ehh...
(^____^)

Khamis, 21 November 2013

Nasib baik tak mati...


Kalau aku ada heart attack dah lama dah aku Innalillah....-__-
Cuak sangat-sangat..nasib baik nyawa aku masih utuh tak tinggalkan badan..
Hampir-hampir ja tadi...pffff

Pukul 10.30 tadi, tiba-tiba dapat call dari Nusajaya, Johor..

" Nabila..where's our air curtain?! why we not receive yet??! You told me,they will sent yesterday...where??! "

Nak tersedak aku jawab fon,ehh..bukan ke semalam aku call dia cakap dah otw nak sampai ke??
Rini dah menjerit-jerit tanya aku apahal pulak...
Semalam bukan main relax lagi cakap..
" You tak payah risau..I deal sendiri dengan itu driver..dia cakap dah nak sampai.."
Macam lipas kudung aku capai phone terus call sana sini cari orang incharge..
Bila call dealer dia bagi driver number..dah tu alasan dia tu aku tak boleh terima..
"Tu saya dah bagi number phone,you call sendiri tanya itu driver mana dia hantar itu barang..Saya tak tau sebab saya di KL..dia yang hantar itu barang pegi Johor.."

Hoii..mangkuk sungguh..macam nie ke supplier??
Nak hilang customer ke?
Mentang-mentang dah bayar,pastu barang pon dah keluar..boleh lak main lepas tangan..
Kejadahnya hang buat macam tu?? Ini negara ada law la..
Hello boss!! Selagi barang tak sampai mana boleh buat gitu..
Memang tak ambik dah apa-apa barang pon kat hampa lepas nie..

Dah tu aku siap aku ugut driver tanya kat mana dia hantar barang tu...
Kesian dekat kamu wahai Encik Jali..diri ini tak sengaja..emosi mempengaruhi diri..
Gittuww...

Lepas selidik sana sini...
berbelas call aku buat...
Rupa-rupanya....

"deyy boss...itu barang sudah sampai maa..you punya assistant tak bagitau you apa-apa ka??"
"you punya assistant yang pegi ambik tu barang dekat guard house..you dah buat saya hampir-hampir mati sakit jantung tau tak..itu barang belas-belas ribu kalau hilang..big bos kerat saya punya tengkok kasi putus tau!!"

"ehh..iya ka?? bila sampai? itu ****** tak inform saya apa-apa pon..sekejap saya tanya dia.."
"yaa..yaa..itu barang sudah sampai petang kelmarin..sori aaa"

Sori naik lori la..kes hari tu pon aku dok kecut perut lagi..nie tambah kes baru pulak..
Ehh..tak tau kes apa?? kes WTF nie la..
*WTF - With This Fioneee - motip??

Dok opis nie risiko tinggi tau dak...
Lagi-lagi keja macam aku yang kena deal duit ringgit dengan orang nie..pfff

Any job offer to me??


Motip letak gambar anak..nak ilangkan stress..
nie la ubat stress aku..
tapi kan..kadang-kadang nie jugak la penyebab stress aku...
(^___^)

Selasa, 19 November 2013

Tengok Dunia Dengan Si Baju Merah Pojaan Hati


Siapa tu yang menjadi pojaan hati ku??
Nie haa..budak nie....


Aku balik keja dengan kak aku & suami dia..
Lepas tu terus pi ambik budak nie kat rumah babysitter..
Konon nak bawak jalan-jalan tengok dunia...
Disebabkan bukan aku yang bawak so moh la kita ikut saja ke destinasi melihat dunia...
Ke Giant...-__-

Sedih sangatkan Amam tengok dunia kat Giant..
Nak ja aku ajak anak aku cari Globe Bumi tu..
Nak tengok dunia....:D


Masuk Giant ja benda nie ada kat betoi-betoi depan pintu masuk tu..
Promosi 2kg RM32...mai beli mai...
Anak aku tak mau jalan tempat lain..nak melekap dengan milo-milo nie jugak..
So aku pon ehemm..ehemm...
"Minum Milo anda bersemangat JUARA...."
Terus anak aku gedik menari-nari..Patut la nak dok situ ja,dia tengok sama macam dalam TV..




Tak reti dok diam,semua benda dia nak tarik..
Dah tu tergaru-garu sana sini...nak ambik gambaq pon susah,kena pegang dia kuat-kuat..








 
Kenmain gelak besar..bukan senang nak bagi dia gelak besar macam nie hoiii..
Jenuh aku berauw cak..buat muka macam monkey mintak kaki..lompat-lompat macam zirafah..haaa..
Nie la hasilnya..belengaih keti aku...

Pastu pi makan..lepas makan lepak Dataran Raudhah aka I-City Kulim...



Dia bajet dah besar kot..
Ada budak-budak umor dalam 8-9 tahun dok main lari-lari..
Dia pon pi ikut lari sekali..memang tak boleh blah..
Siap acah-acah suruh orang kejar dia tapi tak dak sapa layan..kihkihki




Macam peghak ja macam jakun ja..bhahaha..






Berhingus anak aku..nie modai nak demam balik la nie..
Gila aku nie,anak baru baik demam dah bawak berembun pulak..
APTB...