Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Khamis, 23 Mei 2013

Apa pendapat hampa semua.........

Assalamualaikum semua, selamat pagi........

Hari nie Khamis, untung la sapa2 keja gomen..hari nie last keja for this week, pastu cuti lak 3 hari..untong..untong....Macam aku nie esok cuti, Sabtu mai keja balik. Ahad baru la aku punya weekend...Mr.Saif lagi strees..esok tak cuti, Ahad tak pasti keja atau dak..Eh..bukan tu yang aku nak cerita kat sini...haishhh..besa la intro mesti lari dari tajuk...

Esok Jumaat, pasar malam dekat area rumah aku...Tiba-tiba aku teringat perbualan aku dengan Mr.Saif masa syok shopping kat pasar malam hari tu...

Ibu, nak beli sayoq dak?

Boleh gak, jom....tapi tak mau beli kat orang nie..Jom beli kat cina tu....


Ibu nie suka sangat beli dekat cina, ada masalah ka beli dekat Melayu kita?


Orang Melayu juai mahai sangat...tengok cina,depa memang nak kira untung tapi tak sampai cekik darah pelanggan... Mak ibu pon suka beli barang2 kering dekat kedai cina sebab depa nie bagus...kalau barang yang kita nak tak dak..depa tak cakap tak dak..depa cakap habis then suruh mai petang tu plak..mesti ada punya la barang tu..Bila mak ibu p petang, memang barang tu ada..depa sanggup buat apa saja asalkan pelanggan depa puas hati...Tengok plak orang melayu..barang yang kita nak depa kata tak dak..tak tau la tak dak tu habis @ betul2 tak dak...pastu siap suruh mai plak lain kali kalau nak..Tapi pi lain kali pon (selang 2,3 hari) still tak dak jugak....


Then kami beli jugak sayoq dekat orang melayu kita, betoi jangkaan aku.. kami beli kobis 1/4 (aku pilih yang kecik ja), sayuq yang 3 ikat RM2, carrot sebatang (kecik jugak), cabai melaka RM2, cabai besaq 5bijik saiz sederhana...kira semua sekali RM14.30...sekarang aku konfius..berapa harga kobis, carrot, dan cabai besaq 5bijik tu??? tak kan lah semua tu harga RM10.30...malas nak tanya banyak sebab ramai sangat orang...

Then lepas aku bagitau berapa harga sayoq tu Mr.Saif pon terdiam...harap sangat dia boleh terima pendapat yang aku bagi awai2 tu....

Selain tu, yang aku nampak orang cina kalau meniaga depa nak untung tapi depa tak mau rugi..Sebelum kita beli barang kat kedai depa, depa akan bagi servis yang terbaik supaya kita tak akan mai sekali lagi kedai depa mengadu barang yang kita beli tak dak kualiti tapi depa nak kita mai kedai depa sebab nak beli barang lain plak...Betoi dak?

Macam family aku & adik beradik aku kalau nak beli barang letrik kami akan pi 1 kedai ja kat Pekan Kulim nie, kedai cina..Guess what,yang start beli barang dari kedai tu adalah Tokwan aku (dah arwah tahun 2001).. Lepas tu arwah ayah aku pon beli dekat kedai tu..Mak aku pon beli dekat kedai tu. Kak aku pon beli dekat kedai tu..Turun temurun sepanjang zaman...hahaha...Tuan kedai tu pon dah meninggal, yang ambik alih kedai tu sekarang nie anak lelaki dia dan bini dia sendiri...

Dah lama kot tak ambik barang kat kedai tu, tak silap aku yang last mak aku ambik mesin basuh kot.Mesin tu pon dah reput redam..Then tahun 2011 tak silap aku, kak aku pi kedai tu nak ambik TV and pasang astro..mak pada tokey baru tu yang urus semua..Pi sembang2 dulu,juai nama tokwan,ayah aku & mak aku terus depa ingat dan boleh dapat harga murah (proses tawar menawar memang makan masa lama, heheheh)...

Yang bestnya masa nie kak aku pi daftar astro dulu, TV tak bayaq lagi..Tup..tup..tokey kedai & pengikut dia mai pasang astro kat rumah sebab banyak sangat rumah depa nak pi jadi tokey pon turun padang lah  tapi TV tak dak nak cari signal mcm mana betoi dak?? Nasib ada orang beli TV,pinjam dulu TV depa nak cari signal astro...TQ tuan TV (tak tau sapa dia)..Masa nie anak tokey merangkap tokey baru cakap, Eh, aku penah mai rumah hang nie, lama dah tak mai..ayah hang suka ambik barang kat kedai aku..ayah hang mana?
Then aku pon cakap, ayah dah arwah tahun 2007...dia terkejut terus dia cakap, kalau la aku tau nak mai pasang nie rumah hampa,aku bawak mai TV teruih tadi.bayaq kemudian-kemudian pon tak pa...
Nie bukan ayat aku, nie memang ayat dia sendiri..Tengok cara depa meniaga..kita percaya depa then terus-terus depa pon percaya kita...Buat masa sekarang nie, kat rumah mak aku tu TV, astro, mesin basuh, blander, peti ais & penyangkut TV LCD pon beli kat kedai tu...Ibarat pelanggan tetap depa la family aku nie...

Macam mana pulak pendapat hampa? Nie pendapat aku ok...Tak dak kena mengena nak sanjung bangsa depa atau nak merendahkan bangsa kita..kita punya pendapat berbeza dan pandangan berbeza...Tolong jangan anggap ini semua 1 isu perkauman...Lagi 1 aku tak dibayar untuk promosi kedai depa..semuanya adalah secara sukarela....Peace Yoo...!!!!

Sekian....



Rabu, 22 Mei 2013

Dia...Penyeri Hidupku.....

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah kerana masih lagi dipertemukan dengan hari Rabu...syukur Ya Allah.....

Tiba-tiba terdetik dihati untuk membuat sedikit coretan tentang seseorang yang telah menjadi penyeri hidupku...Seseorang yang sangat bermakna didalam hidupku...Siapa lagi jika bukan suami tercinta, Muhammad Shaifullah bin Ahmad...



Selama kami bersama-sama mengharungi pahit manis asam rumah tangga, dia sentiasa setia bersama. Suka duka kisah kehidupan kami penuh dengan kenangan yang sukar diungkap dengan kata-kata...

Sepanjang kami hidup bersama,dia seboleh-bolehnya berusaha untuk menjaga perasaan aku. Walaupon kadang-kadang aku lupa tentang perasaan dia. Dia sentiasa berusaha sedaya upaya nak tengok aku sentiasa ceria & gembira...

Bila aku sedih, dia akan beri kata-kata semangat.. Dia berusaha untuk meredakan apa sahaja perasaan negetif yang boleh buat aku sedih..Adatlah hidup berumah tangga, perselisihan faham sentiasa berlaku tetapi dia lebih suka mendiamkan diri..tak kira salahnya dari aku atau dari dia sendiri...Bagi aku, berdiam diri itu adalah jalan yang terbaik setakat ini...Jika salahnya dari aku sendiri, dalam tempoh dia berdiam diri itu akan buat aku flash back apa kesalahan aku, dalam tempoh tu jugak aku dapat bezakan baik buruk perbuatan aku. Jika salahnya dari dia sendiri, dalam tempoh aku berdiam diri tu dia akan perasan dan akan berusaha untuk buat aku ceria & dia akn mnyedari kesilapan dia...

Tulah untungnya kalau orang yang banyak cakap macam aku nie, kalau 1 hari aku diam saja pon dia berpuluh kali tanya soalan dekat aku..kenapa aku diam ja 1 ary,sakitkah..marahkah..ada masalah kah...untungkan??

Selain tu dia jugak la penghibur hidup aku, kelakuan dan sifat semulajadi dia yang sentiasa ceria dan bersahaja selalu membuatkan hati aku sejuk..Selalu sangat bila ada perselisihan faham antara kami, aku akan niat yang aku akan terus berdiam dan tak akan bercakap dengan dia.. Tapi..pegangan aku tu hanya bertahan 5minit...Ya..rajuk aku cuma 5minit kalau berhadapan dengan dia...Dengan sikap dia yang bersahaja, sedaya upaya dia akan buat aku kembali senyum...Hidup aku dengan dia tak pernah sunyi dengan gelak tawa..Syukur, alhamdulillah....

Sejuk juga hati aku sampaikan menitis air mata bila dia dengan lembut menegur bacaan Al-Quran yang aku baca...Dia terlalu cuba menjaga hati...dia suka dengar ceramah UAI..kalau dia nak tegur aku..dia akan cari klip video daripada ceramah UAI tu dan bagi aku dengar sama-sama dengan dia...Jadi fahamlah aku yang dia buat macam tu untuk tegur sesuatu tentang diri aku..Ya..aku terima teguran itu. Mungkin dia ingat dengan teguran terus dari dia, aku akan ignore sebab aku nie jenis yang banyak bercakap dan selalu berselisih pendapat dengan dia...

Tujuan aku menulis coretan ini bukanlah hendak menunjuk siapa suami aku..bukan...kita selalu dengar tentang ayat-ayat yang memuji wanita bergelar isteri tapi apa salahnya kalau aku memuji seorang lelaki yang bergelar suami kepada aku didalam blog tulisan aku sendiri..Tak salahkan?

Buat suamiku..terima kasih yang tak terhingga dengan kasih sayang dan apa sahaja yang telah abah beri kepada isterimu & anakmu ini...Semoga kita sekeluarga akan kekal bahagia hingga akhir hayat..Amin......

Jumaat, 17 Mei 2013

Bukan Luahan Perasaan....

Assalamualaikum......Gud Monink.......\(^o^)/

Wahhh...pagi2 kalau selalu cheers up macam nie kan best? heheheh......#happy bermakna nie....

Minggu nie adalah minggu yang agak memenatkan bagi aku dengan ketiadaan Mr.Saif disisi..Semuanya aku uruskan sendiri..

Every morning aku akan bangun & uruskan beberapa perkara dengan MIL aku..Maksud aku kemas2 apa yang patut la..

Then bila Hammam bangun aku uruskan dia, Hammam nie suka poo poo pagi2...
Macam pagi nie,elok dia bangun ja aku dah bagi minum susu lepas tu dia dah start guling2 atas tilam..Aku takut dok guling2 satgi tergolek jatuh bawah ja..Terus aku angkat letak dalam walker..Haa..pi la melawat kawasan..Boleh aku bersiap nak pi keja..

Pukul 7 sekali lagi aku bagi susu,60ml saja..Elok habis sebotol,haa..baik je ada isi dalam pampers..Tukaq pampers dia, tukaq baju, bedakkan sikit bagi wangi..Ok..dah siap....

Sekarang ni aku pi keja nek motor saja sebab cepat sampai & boleh mencelah dekat traffic light..Opss..bukan langgaq traffic light tapi mencelah dok depan sekali.hehehe...

Sebelum nie Mr.Saif yang hantaq aku tapi sejak dia outstation seminggu nie aku kena pi sendiri & kenderaan yang aku pandai bawak hanyalah motosikal. Jadi tu pasai aku naik motor, bapak mertua aku ada offer nak ambik & hantaq. Segan lak aku,kalau laki sendiri tu lainlah kan?? hehehe...

Nak hantaq Hammam kat baby sitter pon dah jadi tugas aku pagi2..Kalau tak berpeluh ketiak pagi2 bukan aku la tu...Nak-nak lak Mr.Saif tak dak minggu nie, melampau2 lak peluh tu keluaq..Muahahah....
Jadi, pagi2 aku pakai baby carrier untuk hantaq Hammam kat baby sitter.Memang nampak bahaya tapi tu saja yang terbaik..Lagi pon dekat saja, tak sempat nak tukaq gear motor dah sampai..hahaha...#tipuuu....

Lepas pas Hammam kat mama dia terus pecut ke tempat keja...
Pukul 6 aku balik, singgah ambik Hammam dulu then terus balik rumah..Sampai rumah tolong MIL aku masak makan malam, bagi mandi Hammam,bagi dia makan then tdoq.

Macam tu la kehidupan aku hari2 sejak Mr.Saif tak dak minggu nie...Boring...Tak dak orang nak sakat aku,marah aku,teguq aku..Dan aku pon tak tau nak merepek dekat sapa..Kalu Mr.Saif ada dia la mangsa mulut murai aku nie...Dia tak celik mata lagi dah dengaq mulut aku bunyi...tunggu aku tidoq dulu baru diam la mulut aku nie..heheheh....

#Cepat balik ye bah....(^___^)





Khamis, 16 Mei 2013

Hammam 1 minggu.....

Assalamualaikum.................

Entry kedua untuk rinie..Hampa semua tak payah mengeluh nak baca entry aku, kali nie aku bagi hampa tengok gambaq banyak2 pulak...Lenguh noh baca entry2 aku sebelum nie..tak dak gambaq kan...asyik kosong~~kosong~~kosong~~...(ikut nada najwa latif)
Nah hampa tengok gambaq2 nie...

Laii ~~ Laii ~~ Mai cuci mata dulu mai......
Jom kita start flash back beberapa bulan dulu....

Haa..nie first time aku aku tengok anak aku..lepas operation dia kena masuk wad yg baby problem tu untuk pantauan..Alhamdulilillah tak dak apa2..teleng ja kepala sian dia..sapa la buat anak aku mcm nie..Awat tak mintak bantai kat aku weii Ooo...

Abah dia terketaq2 pegang,kekok la katakan..Kecik sungguh Hamam.aku lagi la tak berani pegang tapi kena pegang jugak sebab nak menyusu dia kan.....




Kecik kan..ce tengok jari Mr.Saif & kepala Hamam..alahai..keciknya dia..

Nie tengok jari aku dengan dia pulak..tapak tangan aku boleh tekup 1 kepala dia.




Baju new born kalau dia pakai semua sampai ke betis..kecik sungguh.sapa tengok dia pon kata macam tu.

Tenggelam..pakai baju ja..seluar tak payah pakai pon tak apa.

Sat kiri,sat kanan..hahah..malas rotate gambaq.baju nie kalau pkai balik sekarang dah dok atas pusat dia..hehehedulu tak payah pakai seluaq pon dah tutup aurat anak aku.

Dari kecik sampai la lani gaya mulut nie jugak yang dia suka.

Nie aku snap idung sebab ramai kata idung mancung.Nak tengok mancung sampai bila..


Ada yang jahat mulut mai tengok aku & Hamam kat rumah kata Hamam kecik macam budak Somalia...Caitt, mulut longkang sungguh...






Buat la macam mana pon,bedung2 dia mesti tangan terkeluaq macam tu jugak...

"Jangan amik gambaq la ibu...adik silau nie..."



Sejuk ja tengok anak tidoq.....





Nostalgia Hari Guru ........(^__^)

Assalamualaikum..........(^____^)

16 Mei Hari Guru...
Hari mengenang jasa-jasamu,
Terima kasih ikhlas untukmu,
Yang rela berkorban selalu.

Semua pelajaran dan pesanan,
Untuk menyuluh masa depan,
Ingatlah..wahai kawan-kawan,
Guru selalu banyak berkorban.

A,B,C..kita diajar membaca,
1,2,3..kita diajar mengira,
Didikan diberi sehingga berjasa,
Jasa diberi tak akan dilupa.

Ingat2 lupa dah aku dengan lirik lagu nie...dulu masa sekolah rendah selalu nyanyi lagu nie masa Hari Guru.
Masa tu semua kelas WAJIB buat persembahan pentas sebabnya aku sekolah kampung, tak ramai sangat student macam sekolah2 dekat pekan & bandar sekarang..Berkelas2..sampaikan sampai 6,7 kelas untuk satu darjah..kat sekolah aku dulu setiap darjah ada 1 kelas saja..dalam 6 kelas tu mesti ada jugak 1 kelas akan buat persembahan dengan menyanyi lagu ni..

Untuk pastikan setiap kelas tak buat persembahan yang sama, mesti ada sorang dua mamarazzi yang pi mengintai apa persembahan kelas2 lain buat..best gila kot kalau ingat balik..Tak kira la darjah 1  ka darjah 6 ka,kalau bab persembahan semuanya pandai menyibuk & sama taraf umoq..heheheh...

Sehari sebelum Hari Guru,ada la aktiviti memborong hadiah di kedai2 runcit kat kampung. Dulu zaman aku yang sekolah kat kampung nie mampu beli sabun mandi ketul ja untuk bagi hadiah dekat cikgu2 aku. Tu pon kumpul duit belanja sekolah,kalau yang bernasib baik boleh la minta kat mak pak masing2, tu pon kalau mak pak depa bagi. Kebanyakkan orang tua kami kerja kampung saja, penoreh getah..Mana mampu nak bagi yang mahai2. Ada 2,3 kerat saja yang bagi hadiah best2 kat cikgu sebab depa orang senang..

Paling best awai2 pagi pi bilik guru bagi hadiah,tak menyempat2. Bukan apa,nak jadi yang terawai bagi hadiah dekat cikgu. Aku rasa sebulan dua jugak la cikgu2 kat sekolah aku tak payah keluaq duit nak beli sabun mandi,hahaha...Masa nie ada la yang saling dengki mendengki sebab pembalut hadiah orang lain lebih lawa dari diri sendiri padahal isi kat dalam tu sama saja...(^__^)

Sepanjang Hari Guru yang paling aku tunggu-tunggu adalah time cikgu men tukaq-tukaq hadiah sama-sama depa..Hadiah yang depa tukaq dari depa sendiri la,tak kan sabun2 kami kot...Sanggup Ooo aku tunggu sampai habis majlis semata-mata nak tengok apa hadiah cikgu2 aku dapat dari main tukaq-tukaq hadiah tu sebab depa kena buka hadiah on the spot lepas hadiah tu sampai kat tangan.Masa ni la aku bercita-cita nak jadi cikgu sebab nak dapat hadiah macam depa..#boleh macam tu

Lagi 1 yang aku tunggu-tunggu adalah persembahan kelas..masa nie semua nak tunjuk bakat masing-masing..Yang lebih best ada jugak mak2 atau bapak2 yang mai jugak sekolah sebab nak tengok persembahan anak depa masa Hari Guru...Ohh...nostalgianya...

Tapi yang paling aku ingat mak aku marah sebab aku beli sabun dekat cikgu.Masa tu aku baru darjah 2 rasanya, kak aku darjah 6 dan adik aku darjah 1.Mak cakap tak payah bagi sabun kat cikgu..Terus aku sedey siap pakat dengan adik aku nak beli hadiah curi2..Tapi tiba2 mak aku cakap,"Esok bagi kek,mak buat kek bagi kat cikgu..." Wallawei...bestnya..seingat aku kami lah adik beradik yang pertama bagi hadiah kek kat semua cikgu kat sekolah..Mak aku buat sbijik kek ada nama kami 3 beradik khas buat semua cikgu2 SK Ulu Tawar..Aku ingat lagi mak aku deko kek tu warna krim tulisan warna merah & pink..Yang bestnya semua cikgu boleh dapat hadiah dari kami 3beradik..Start aku darjah 2 sampai la turun temurun kat adik2 aku pon still bawa kek ke sekolah tiap2 tahun sebagai hadiah hari guru.

Semua kenangan kat atas nie adalah kenangan masa aku sekolah rendah dulu...Nostalgia sungguh...Terus terbayang kat mata nie kenangan2 dulu...

Buat semua warga pendidik, saya ucapkan Selamat Hari Guru..Jasamu dikenang sehingga akhir hayat....

Khas buat cikgu2/pensyarah2 aku di:
Tadika Kemas Kampug Ulu tawar - 1997
SK Ulu Tawar -1998-2003
SMK Baling - 2004-2006
SMK Bakai - 2007-2008
SMK Jerai - 2008
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah - 2009-2011

SELAMAT HARI GURU CIKGU-CIKGU KU...JASA-JASAMU AKAUN KU KENANG SEHINGGA AKHIR HAYAT......

Rabu, 15 Mei 2013

Hari Ibu di Cameron Highland...........

Assalamualaikum semua....selamat pagi....
(entry tak bergambar..pi berjalan tak bawak camera mcm ni la jadinya)

Beberapa hari tak update blog....mood down 2,3 hari ni...lepas dapat berita yang tak best telinga nie nak dengaq awai pagi tadi, mood terus-terusan down....

Ku sangkakan betoi-betoi seminggu...tiba-tiba si dia jawab.."Tak pasti lagi bila balik....depa nie cakap macam tu..."... Nampak gayanya banyak hari lagi, memang berhari2 lagi lah.......Huhh..penantian 1 penyiksaan.....

Sempena Hari Ibu nie, aku tak sambut pon untuk diri aku...Just ada trip pi Cameron Highland balik hari dengan Kak,Mak,Aku dan Hammam...Bernasib baik sebab Mr.Saif bagi join sebab dia masih diperantauan..Kiranya sambut kat sana la...

Ini adalah kali pertama aku jejak kaki ke sana, jakun jugak la..Exit dari Simpang Pulai sampai la kat Kea Farm aku mabuk teruk,sampai baring dalam keta memandangkan aku dan Hammam ja dok kat belakang. Sampaikan  mak aku yang dok sebelah kak aku yang tengah drive offer nak pegang Hammam sebab aku mabuk teruk..Anak aku lak relax ja,siap excited lompat2 dalam keta lagi...Jakun ibu hang nie dik oii...Lama sangat dah tak jalan jauh....hehehehe

Mula2 sampai sana cari parking dulu..kami decided nak jalan2 area Kea Farm sajork sebabnya sampai situ terus dapat parking..Hahaha..Kak aku elok parking ja keta terus lari2 keluar cari toilet, lawak betoi..Masa kat toilet kak aku ada tanya orang2 situ, depa cakap jalan ke Tanah Rata jammed teruk..Terutama kat Pekan Berinchang so di Kea Farm saja lah kami...

Haa..untuk save bajet,kami bawak bekal dari rumah..bawak bihun goreng,nugget,ayam bakaq,jagung bakaq,roti (konon nak buat sandwich),air masak & air sirap..Tapi tak sempat makan,Hammam melepas pulak..so settlekan dia dulu then baru isi tangki yang dari tadi dok bunyi gung..gang..gung..gang...makan dalam keta sajork sebab sesak weh dengan orang...

Bila tangki dah penuh makanya tenaga pon dah dicas..so mula la sesi buang tenaga...mula2 sekali kami ke Rose Garden,sebab risau sangat takut tak dak parking maka kami berjalan lenggang kangkung ke Rose Garden tu...Bapakk arr..Jauhhhh Gilaaaa....pecah peluh weh...Aku rasa dekat 300m kot..kot ja ok..pada telahan aku maybe jauh lagi dari andaian aku tu...Masa otw pi tu kira ok lagi sebab turun bukit,masa nak balik tu yang sakit sikit..nek bukit la plak..kesian mak aku..tercungap2...

Aku suggestkan sapa2 mai Cameron tak payah la mai Rose Garden nie, tak dak apa sangat pon..better pi tengok bunga kat tempat lain..Kat situ kami dipaksa beli batang pokok rose oleh bangla kat situ..6 jenis RM20..mungkin sebab kami mai dengan orang tua,pandai ja dia pilih orang. Dah tu main seludup2 lak tu...cakap pon bisik2..Bunga tak banyak mana pon kat sini..tu yang tak best...

Rose Garden
Bayaran masuk : dewasa - RM5, kanak2 - RM3

Kemudian kami ke Strawberry Farm (SF), bersebelahan dengan Equatorial Hotel. Masa nak turun tu hati2 ye..curammmm sangat2..sapa2 yang berwadges sakan tu haaa...hazabb la...kat situ kami tak masuk tengok ladang strawberry pon, nak kutip strawberry sendiri apatah lagi..dok situ just makan airkrim & strawberry cokelat..Aku saja kot yang jalan2 dengan Hammam sambil bawak dia guna baby carrier cuci mata dekat kedai souvenir tepi2 tu..Mak dengan kak aku relax2 makan aiskrim..aku tak beli aiskrim just rasa2 sikit mak & kak aku punya sebab aku takut termuntah sebab pening2 lalat nak sampai situ tak habis lagi...

Masa otw keluaq dari SF, nampak ada la 1 pasangan nie, tengok jari merah inai lagi..hanimun kot tapi pelik tengok ponpuan tu duduk macam tahan sakit. Mak aku pon tanya kenapa,dia cakap masa nak turun tu dia jatuh & ada bunyi berderap dekat tangan. Dia risau takut patah sebab sakit sangat2 dah tu dia pulak rasa macam nak pitam, muka pon pucat lesi..Asben dia yang tolong pimpin..Nak bawak ke hospital @ klinik maybe..Jauh kot hospital dari situ..doa sangat supaya semuanya selamat..Tu la aku cakap,tempat tu curamm..hati2 la sapa bawak orang tua..tak pon pi la SF tempat lain,kat situ belambak..tak terkira banyaknya...

Seterusnya kami ke Butterfly Garden (BG), betul kata ramai orang tempat tu dah kecik mengikut apa yang mak aku cakap la. Dulu tempat tu besaqqq..Mak aku kata sekarang ni 1/5 ja untuk rama2 yang lain2 just jadi macam taman & mini zoo..besaq gedabak kura2 & katak kat situ..buatnya katak tu lompat atas kepala aku..konpom jerit macam histeria..hahaha...

Butterfly Garden
Bayaran masuk : dewasa - RM5, kanak2 - RM3

Pi BG nie po kami menapak,letih woo...otw pi kak aku bawak baby carrier..otw balik aku pulak...yang Hammam tak reti dok diam,semua benda dia tegoq..bas pon dia tegoq..lahaii la anak....

Kemudian kami patah balik ke tempat shopping kat Kea Farm nie..beli teh berbagai perisa tu,keychain,fridge magnet,payung,lobak puteh,ubi madu & semestinya strawberry...semua tu kak aku yang beli,aku just belikan mak aku lobak puteh, then cendawan goreng & ubi rebus saja untuk makan2...Pastu kami patah balik ke kereta & sambung makan bekal kami bawak & apa yang aku beli tadi tu..

Then kami decide nak balik tapi masa otw turun tu..kami singgah di ladang teh Bharat Plantations @ nama lain Cameron Valley..singgah situ just minun teh & makan2 sikit..masa otw turun tu BP nie dok sebelah kiri jadi senang lah nak singgah.

Lepas tu kami meneruskan lagi perjalanan dan singgah di Avant Chocolate & Green View Garden..Kat situ boleh la makan2 ke lepak2 ke tapi kak aku borong chocolate banyak2..Homemade chocolate, macam2 perisa & produk ada. Aku dan mak aku macam biasa melawat kawasan..Sebenarnya kami dah letih..banyak tempat yang kami menapak tu pasai cepat letih...

Pastu terus balik,letih wei..ada 2,3 kali ja kami singgah R&R qada hajat...

Tu ja aktiviti Hari Ibu dihujung minggu....

Sekian...

Isnin, 6 Mei 2013

Hobby Asben Aku.....Faedah Pada Mereka.......


Salam Isnin semua........................

Asyik cerita pasai Hammam ja, rinie aku nak story pasai asben aku...My Mr.Saif..

Aku nak story pasai hobby dia...Hobby yang betoi-betoi mendatangkan faedah kepada diri dia sendiri,keluarga & jiran tetangga....kenapa jiran tetangga pon dapat faedahnya? Haaa...jom baca dulu...

Asben aku nie suka sangat bercucuk tanam, dia memang berminat betoi dengan tanam menanam nie..dia pulak dalam golongan yang tangan sejuk,tanam apa pon menjadi....tabik la! Lain pulak dengan aku,cukup penyegan (malas)...walaupon orang kata pompuan & bunga tak dapat dipisahkan tapi aku cukup tak suka tanam bunga @ apa-apa saja yang berkaitan tanam menanam nie...

Dia suka sangat bereksperimen dengan pokok dia,tak tau lah apa eksperimen yang dia buat tapi semuanya menjadi...Kat belakang rumah ada banyak pokok cili..ada cili vietnam,melaka & cili besar..ada pokok terung bulat,terung ulam & beberapa pokok lain yang aku tak kenai sebab kecik lagi....

Tapi semua pokok2 tu cuma ditanam dalam polibag yang besaq tu..ada dalam tong cat & ada jugak dalam tin nestume anak kami..hahahaha...sebabnya takut kena kidnap pasu dengan orang2 yang tak bertanggungjawab...Mr.Saif tanam kat luaq di belakang rumah,dalam kawasan rumah dah tak dak ruang...

Meh tengok pokok dia..


Anak2 pokok cili yang disemai...


Dah pindah ke dalam polibag kat luar....


Abaikan semak samun itu..#cantek tak pasu ..heheheh

Santek tak rak? limited edition nie...
Haaa..hampa ada rak pokok yang cantek macam kat atas nie?konpem tak dak..Tapi sayang..rak santek nie dah kena kebas dengan penyangak...pantang betul..tu pasai tak boleh letak sesuatu yang mengundang minat orang..sat ja lesap..Dah tu pandai pulak sebelum dia curik dia loading dulu pokok2 tu atas tanah...ambik rak ja..Kalau la sekali pokok tu dia kebas..habis la....
Nie time kecik lagi pokok2 nie..kena tutup sikit takut layu kena panas...

Tengok...kretif sungguh dia buat rak & pasu untuk pokok2 dia..tak guna modal banyak pon...janji idup & boleh merasa jugak hasil....





Subur2 pulak tu...semua kat atas ni gambar lama...tak mengeluarkan hasil lagi...sekarang pokok dia dah banyak..banyakkkkk hasil tapi ciputttttttt ja yang tuan tanah dapat rasa....

Kenapa aku cakap tuan tanah dapat ciputttt aja? Dan kat atas nuh aku cakap jiran tetangga jugak dapat faedahnya..kenapa?? 

Bukan nak ungkit atau apa...tapi penah dengaq tak statement berbaur macam nie...AKU TANAM NIE MEMANG NAK BAGI KAT HAMPA PON....

Mr.Saif start tanam masa aku prgnant lagi..dalam 6 bulan gitu lah...sekarang Hammam dah keluaq pon umor pon dah 6bulan...percaya atau tak...daripada semua hasil yang ditanam tak sampai 50 gram pon kami sempat kutip & makan...ada terung bulat,terung ulam,cili besar,cili vietnam...dan beberapa lagi sayur..semuanya kami tak pernah dapat lebih dari 50gram...cili2 tu segenggam pon tak sampai....bukan untuk 1 pokok..tapi combine semua pokok....

Aku tak touching sangat sebab bukan aku yang tanam tapi kesian kat Mr.Saif...dia yang baja,racun & siram tiap2 hari...dapat hasil tak banyak mana....lebih menyedihkan, ada 1 hari tu ada pokok terung dia dah berbuah tapi sebiji ja yang keluaq.dia tunggu sampai terung tu besaq.1 hari dia cakap.."Ibu,satgi buat terung sambal sira terung tau"...Aku pon ya kan saja...cepat2 dia lari keluaq nak ambik terung,tengok2 dah tak ada...kempunan dia nak makan hasil sendiri...

Bukan nak burukkan orang tapi berpada2 la..kalau bagi sekali tak bermakna yang berkali2 tu diberi jugak...
Siap buat kebun kami nie market depa..sayur tak payah beli,ambik ja kat kebun kami.cili nak buat sambal belacan pon petik ja di kebun kami...cili tak sempat nak besar dah petik siap2..sampaikan tuan tanah nak makan terung & cabai pon kena beli.orang lain relax ja petik kat kebun kami....

Pernah sekali aku MC..tak pi keja jadi aku dok la diam2 dalam rumah..rehat kan..tapi tak bermakna tak buat keja..masa aku tengah basuh baju tiba aku dengar orang jerit kat belakang...."Laki Uda..kami ambik cabai & terung ni...." Otomatik ayaq yang aku masak bunyi..aku pi tutup ayaq dulu then pi tengok sapa yang ambik..tengok2 dah hilang..tak da orang...sapa ambik pon tak tau...tak tau orang @ jembalang..rasanya orang tapi spesis jembalang...

Sampai sekarang masih tak tau sapa yang dok ambik sayur2 tu...rupanya macam tu saja depa mintak...macam la tuan tanah bagi..geram betoi....Penah Mr.Saif cakap..aku tak halalkan baru tau.....

Aku doa sangat yang jiran2 aku nie akan berubah...kalau tegur terus ada lak masam muka...bila tegur dengan bahasa2 kiasan tak faham bahasa pulak...susah sungguh....

Tu ja bebelan aku..nak lepas geram punya pasai niee.....hehehehe.....

Jumaat, 3 Mei 2013

Kehabisan Idea, Layan Ja lah.......

Hari nie 3 May 2013.......

Selamat Hari Lahir aku ucapkan pada bos aku Ms Goh Shu Li....
Juga tak lupa kepada adik aku sendiri, Khairunisa binti Zaremi..Cukup 18 dah noh..sat ja besaq dah..hehehe

Kepada adik aku,kesian hang tak dapat makan kek bufday...dia kena balik kem PLKN awai...kak hang nie pulak keja..Nanti bila cuti mai la Kulim tuntut janji kek 1 slice tu naa.....

 
gambaq lama nie..nia ja gambaq aku ngan dia.

Tak silap aku,gambaq nie aku masa aku sem 1 kot..umoq 18 taun masa tu..haha..adik aku lak form 2.dia nie tinggi ya amat..padahal dia anak ke 4 dari 5 bradik..paling tinggi diantara kami semua...dalam gambaq atas nie nampak aku tinggi sebab adik aku bengkokkan lutut nak bagi dia nampak rendah..hehehe



Nie plak dia bongkok sikit sebab lenguh bengkok lutut..tu pon nampak gak yang dia ni tinggi..heheh...


Yang atas nie pulak gambaq kami adik beradik pompuan masa kenduri kawen cousin aku...taun yang sama dengan gambaq kat atas..dari kiri aku (18tahun),adik aku Nisa (14tahun),kak aku Aishah (22tahun) dan adik aku Jiha (17tahun)...umoq ikut tahun 2009,nak tau umoq lani kira la sendiri...aku selang setahun ja dengan Jiha tu..tapi tu la,dia paling ketot...Nisa yang jarak 3 tahun lebih muda pada dia pon tinggi dari dia..(ofkos tinggi jugak dari aku dan kak aku) hehehehe...

Tak dak idea sebenarnya...so..layan ja lah entri nie naa....

Khamis, 2 Mei 2013

Bila Hari Ibu disambut??

Assalamualaikum semua....

Tengok tajuk ye kawan-kawan.....

Alhamdulillah..tahun ini adalah kali pertama aku akan menyambut Hari Ibu untuk diri aku sendiri...
Sebelum nie..sambut Hari Ibu untuk mak saja...Insyaallah..tahun nie akan sambut untuk 3 orang...iaitu untuk aku,MIL aku dan tidak lupa mak aku sendiri....

Tapi tetiap tahun aku konpius dengan tarikh Hari Ibu nie sebab tak dak tarikh tetap kan....
Tak silap aku,Hari Ibu disambut setiah hari pertama minggu kedua bulan Mei setiap tahun....
Betoi kah??

Apa-apa pon.....


Sekian...............

Macam mana nak dapat earning nuffnang??

Assalamualaikum semua..dan selamat pagi.........

Aku budak baru belajaq..kalau salah dan tak tau, aku nak mintak tolong saudara & saudari diluar sana tunjukkan.....

Aku baru buat akaun nuffnang nie minggu lepaih atas sokongan Mr.Saif..dah lama nak buat tapi tak reti..
Hasil dok godek-godek dekat blog-blog 2,3 orang yang sangat-sangat membantu...Alhamdulillah..terhasil jugak la 1 akaun nuffnang aku...

Aku dah paham pasai CPUV dengan CPC tapi aku tak tau macam mana nak dapat earning tu...#baru seminggu buat akaun dah gelojoh.....

CPUV tu aku tau la dia mengikut unique view...tak kira berapa puluh kali orang tu view aku punya blog dalam masa sejam,dia tetap dikira 1 unique view..cuma view ja yang bertambah..kan? kan?

Tapi aku pelik,pasai apa still RM0.00?? adakah kena tunggu sampai satu2 tahan baru earning tu dikira @ ada benda yang aku tak isi betoi2 masa buat akaun nuffnang tu??

Aku bukannya gelojoh sangat tentang earning tu tapi aku tak suka apa saja benda yang aku buat tak menjadi...Kalau betul la aku buat tu tak menjadi,aku nak jugak tau sebab apa tak menjadi..Setiap apa yang berlaku mesti la ada sebabkan??

 Aku tanya sebab tak mau sesat jalan @ still berada di takuk yang sama...Tak kan la tak tau nak dok diam ja...Kena belajaq la betoi dak? Tak kan semua benda nak mai bergolek.....kan? kan?

Jadi,kepada semua kak-kak..adik-adik..abang-abang...atau sesiapa saja yang berkenaan tolonglah saya yang masih kebingungan ini..harap bantuan anda dapat memecah kebuntuan saya ini....

Tu saja..bye.....