Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Selasa, 18 Februari 2014

Siakap Stim Malas


Perut tengah mendidih kelaparan,boleh pulak aku pi publish entry makan-makan..keji gila kan? Sebab tengah lapar la aku up entry nie,biar bertambah-tambah aku punya lapar..lunch satgi makan banyak-banyak tau...



Nie hari jumaat lepas,aku cuti..boleh main masak-masak..Aku pi kedai dengan encik somi,15minit pusing-pusing bahagian ikan terus decide nak ambik siakap..Kenapa nama dia Siakap Stim Malas? sebab sepanjang nak buat lauk nie,semuanya malas-malas belaka..

First aku beli ikan nie encik somi mintak aku buat siakap stim..terus laju mulut aku jawab malas..tapi aku buat jugak..

Second, aku mintak tokey ikan nie siang siap-siap..dia cakap tak da orang nak siang ikan padahal aku nampak ilek je anak dia main henpon dalam kedai celah-celah rak tu..cakap je la malas,senang cita..

Third, semua ramuan dalam menu nie adalah ramuan manusia malas semata-mata..

Forth, cara masak pon malas jugak..

Fifth, lepas makan terus rasa malas nak basuh pinggan and terasa diri ingin bermalas-malasan dan tidur...

Haa..tu pasal la nama dia Siakap Stim Malas..dah,malas cakap banyak meh aku bagi resepi..

SIAKAP STIM LIMAU (nama sebenar beliau)

1 ekor ikan siakap saiz sederhana (cuci bersih)
2 labu bawang besar (potong besar-besar)
2 biji tomoto (belah ikut suka)
2 batang cabai/cili besar (potong serong atau ikut suka)
6-7 biji cabai kecik/cili api (potong kecik2,kalau nak pedas tambah la cabai nie)
1 inci halia (potong kasar2,takut terkunyah satgi kentut sepanjang hari) 
5-6 biji limau kasturi (ambik jus saja,bijik tak mau ye)
1 sudu besar sos tiram
Minyak untuk menumis 
garam,gula secukup rasa
air secawan atau ikut suka nak kuah banyak mana..gittew..

Cara-cara nak buat :

1. Sedia kuali yang bersesuaian dengan saiz ikan,kan dan nama malas..buat cara malas la kan..kikiki kita tak kukus tapi kita masak dalam kuali..

2. Panaskan kuali,masuk minyak..bila minyak dah panas masukkan halia dan bawang besar tadi..pastu masukkan sos tiram..kacau-kacau sampai layu terkulai..

3. Dah layu,masuk air..ikut suka la hampa nak kuah banyak mana..

4. Terus masukkan cabai besar dan cabai kecik tadi..

5. masukkan ikan siakap tu..pastikan ikan dah siang dan basuh bersih..

6. Masukkan jus limau tadi..kacau2 sikit kuah tu supaya sebati,ingat..kacau kuah saja..jangan gatal tangan pi godek ikan tu..tak pasal2 ikan tu hancur lebur pulak..

7. Api sederhana ye,pastu masukkan tomato..siram2 ikan tu dengan kuah dia.. 

8. Masukkan garam,gula..sambil tu siram2 la ikan dengan kuah dia..dah agak sebelah bawah tu dah masak..terbalikkan ikan..hati2 takut ikan hancur..

9. biar mereneh sikit lagi..rasa..kalau rasa semua dah ok,dah boleh angkat..hidang panas2 pon sodapppp!!!

Ok,dah siap boleh makan terus..sebelum makan baca doa ye..takut lekat sifat malas aku kat hampa-hampa kat luaq sana..

Bai...


Khamis, 13 Februari 2014

Pasai ubat kurus pulak dah....


Aku nie kan,sejak lepas beranak berat badan naik mencanak..sebelum pregnent berat 43kg..sekarang 50kg.."ehh..tak malu ka gitau berat hang kot orang?" sukati aku la berat aku,lagi pon berat aku tak melepasi BMI pon,maknanya badan aku sihat la..tak gemok pon..*sedapkan hati

Aku dok perasan jugak la,dekat FB ramai yang tag sebab nak promote produk kurus..macam jenih ada..sampaikan yang tak logik pon ada..

Biasa kita dengaq yang jenih makan & minum kan?Jenih pil-pil kurus tu..Promoter cakap kalau makan ja pil kurus tu lagi sebulan confirm kurus..Ada jugak teh kuruskan,yang nie aku ingat lagi mak aku time aku kecik-kecik dulu dia ada beli sekotak..Minum teh tu confirm bertapa dalam jamban.. :D

Tak lama lepas tu naik pulak produk kurus jenih sapu,,Jenis sapu nie ada yang jenis buih,jenih gel,jenis serbuk..adoi laa..macam-macam..

Tu tak pa lagi,nie yang terbaru jenis spray ja kurus..haa..mampu?? boleh pikiaq dak macam mana produk tu berfungsi..dia cakap spray ja kurus dalam masa 3minggu..pfff

Yang lagi lawak,jenih kemam ubat..jangan telan..kemam ja..kemam sampai terlekuk lesung pipit pon belum tentu nak kurus...

Aku tak kondem produk kurus,aku pon ada ja beli..well..besa la,manusia yang berjantina perempuan..bukan boleh dengaq produk-produk macam tu,ketaq lutut kalau tak beli..Aku ada beli jugak jenis teh herba nak kurus dengan losen sapu nak kurus tu..Pakai & minum ikut dan ja..so tak tau hasil sebenaq macam mana..

Aku rasa la kan,dari dok berhabis duit puluh ratus ringgit nak kurus..baik guna duit tu ke jalan yang lebih berguna..maksud aku,guna duit tu dekat benda yang kita boleh nampak hasil..

Konon beli produk kurus beratus ringgit sebab nak kurus nak nampak hasil,haii..kalau dah berabis beratus tapi tak nampak-nampak jugak hasil tu..sendiri mau ingat la...

Baik hang pi joging ka,pi gym ka...laaaagiiiii bagus..sekarang dok muhasabah diri jangan leka sangat perabih duit macam nie,baik guna duit tu kot benda berfaedah..

Kalau betoi-betoi nak kurus pi joging,buat senaman,kalau malas keluaq rumah dok dalam rumah buat la zumba ka,chiken dance patratuspatpuluhpat kali ka..janji benda tu tak buang duit sia-sia..

Pesanan untuk diri sendiri jugak*Usap kepala sendiri..
 

Selasa, 11 Februari 2014

Jom start jalan lagi...



Sebab apak amam keja malam direct ja sebulan, maknanya pagi-pagi apak dia la hantar ke rumah babysitter..So banyak la masa amam untuk close to nature..gittew..Pagi-pagi konfirm kena jalan ke rumah babysitter,banyak dia boleh learn bila jalan dengan abah..kalau jalan dengan ibu konfirm belajar kekalkan volume suara ja..menjerit-jerit 24/7 amam kata..kahkahkah

Ok..yang nie minggu lepas jugak..tapi entry sebelum nie amam belajar acah anjing,main dengan kucing,tengok pokok sayur orang..kali nie lain pulak. Sebenarnya banyakkkkkk benda boleh belajar pagi-pagi berbanding petang-petang...

Sebelum jalan-jalan bagi dia regang otot dulu,bagi bola sebijik hang tendang la puas-puas..-__-







Dah puas main bola jom kita start sesi jalan-jalan..Dia kalau bab jalan tak payah cakap banyak kali,sekali pon dah cukup buat dia histeria kalau yang mengajak tu pulak yang lambat nak bergerak macam siput b*^i..




Jalan kat tengah-tengah jalan,dia buat macam jalan apak dia punya pulak..Jangan harap nak boleh pegang tangan dia,boleh pecah gegendang telinga dengar dia menjerit mintak lepas..




Teruja tengok ayam,ayam jantan kan eksyen..kikiki..Tu dia geram nak ligan ayam tu,kalau dapat mau dia pulas kepala ayam tu idop-idop..Jalan depan sikit dia nampak anak pokok betik nie,







Ehh..dah berbuah macam nie dipanggil anak pokok lagi ke? Hmmm..pokok nie tumbesaran ja terbantut,tapi berbuah elok ja..Amam pulak give a try nak ambik buah tu..Nasib baik budak nie kecik lagi,kalau tak habis la dogol pokok tu tanpa buah..

Sekarang dah kenal la tu buah betik,pokok betik,buah nyok,pokok nyok..kahkahkah..nanti ibu ajar daun kesum,daun kari,pokok serai ye amam ye..bhahaha..




Boleh dia renung rumah kosong nie lama-lama..hampeh betul la budak nie..kuarters apa entah kat area rumah aku tu..




Nie hentian terakhir..tengok ayam dalam laman rumah orang..siap melekat dekat gate umah orang lak tu..silap haribulan tuan rumah ingat budak nie nak mintak derma..kikiki




Yeyy..akhirnya sampai jugak rumah mak Ju..Nak masuk rumah dah pandai buka gate sendiri tau..Masuk kawasan rumah,salam abah pastu dia buka pintu gril tu sendiri,dia babai abah terus duduk tengok TV..

Dah pandai berdikari,tak kisah kalau ibu abah tinggal kat Mak Ju..Kalau tinggal kat orang lain dia meraung tak ingat..Tu pon ada yang menghasut aku cakap Kak Ju nie tak pandai jaga budak..tak elok hantar kat dia la..itu la,ini la..hurmmm..Kalau tak pandai kenapa amam ok dengan dia? Kadang-kadang tu tak mau ikut aku balik,seronok dok dengan mak dia tu..

Bagi aku kadang-kadang kita kena jugak mintak pendapat orang,kadang-kadang kita kena buat keputusan sendiri tanpa mintak pendapat orang..Budak-budak tak pandai menipu,kalau dia tak suka kat orang tu,dia akan tunjuk perangai pelik sikit la..Kalau dia suka dia tunjuk la betapa dia suka kat orang tu..

Kalau orang tu jaga tak elok,ingat budak tu suka ke??



Khamis, 6 Februari 2014

Jalan pagi-pagi dengan abah



Dua hari dah aku tak jumpa en.somi,kami berhubung dalam dunia maya ja..Nasib baik berguna jugak dunia maya nie,kalau jenis zaman dulu yang kena kirim burung hantar surat lagi naya... -__-

En.somi keja malam,sebulan..Tanpa cuti! tapi nak jugak buat macam bulan lepas,aku hasut suruh ambik MC..dengan MC ja baru boleh cuti tu pon bos bising-bising..Gila ka apa keja sebulan tanpa cuti..ikutkan bulan lepas dia cuti Tahun Baru Cina 31hb tu saja..Semua tu sebab dia punya kawan dah cabut lari..patut 3 shif dah tukar jd 2 shif..siang dengan malam ja..grrrr!!

Aku bising sebab bos tak pikiaq ka pekerja dia ada anak bini..nie baru awai bulan dah tak nampak muka laki sendiri..Aku nak pi keja,en somi baru nak balik..Bila aku nak balik en.somi dah nak pi keja..Haishh..sian kat aku & amam..sedih nie,sedihhhh...

Hurmm..panjangnya mukadimah tak puas hati....Disebabkan tak dak masa nak spend time dengan family,so pagi-pagi en.somi yang hantar amam ke rumah babysitter..Time tu ja nak spend time dengan anak,petang aku ambik amam..memang tak sempat la nak jumpa petang tu..T__T

Selalu hantar naik keta atau jalan kaki,better jalan kaki boleh dedah amam dengan persekitaran luar..Rumah babysitter selang 1 lorong je,kentut pon dengar,kalau naik keta tu memang mengada sangat la..tak sempat nak betul tempat duduk dah sampai..

My big Baby Boy..*baby lagi ka? 


Dah besaq godang anak aku,kalau budak-budak panggil baby aku iyya kan ja..Bagi aku selagi budak tak boleh bercakap selagi itu la dia boleh dipanggil baby...:)


 
 
Boleh tengok pokok-pokok sayur dekat rumah orang...


Boleh test keberanian takut anjing ke tak.. *tak takut pon kat anjing yang jenis sergah terus lari nie..biasanya anjing jalanan la..*nampak dak anjing kat ujung nuuuu...



Yang nie dia dah start takut dah,hahaha..



Nie yang dia takut..dia takut anjing menyalak..gila kuat anjing nie menyalak..sakit telinga tau..nampak tak anjing kat dalam pagar tu,,kecik ja tapi bunyi..masyaallah!


Terus lari jauh sikit,sikit je..tapi mata tak lepas pandang punya..


Terus lari kat abah,mata tak lepas jugak tengok anjing tu..hehehe..




Anjing tu sebelah je dengan rumah babysitter,tengah takut-takut tu tetiba Tiger (kucing babysitter) mai jemput amam..dari jauh kucing nie dah kenal amam..

Kalau dah jumpa Tiger mesti la nak main,siap ajak main lari-lari lagi..Abah amam layan je..janji anak happy..




Aku bagi amam main dengan kucing,kalau kucing tu kucing bela..kucing jalanan aku kurang bagi la sebab risau tungau atau cikenet kena kat amam..

Dah penat abah hantar rumah mak terus (babysitter)..Abah pulak patah balik rumah jalan kaki..Esok pagi jalan lagi ye nak...:D

Aku dengan en somi berhubung dengan wassap ja, nie gambar pagi nie dia bagi pakai wassap ja..Aduh..sedih pulak kalau ingat tak sempat jumpa dia 2hari nie..



Selasa, 4 Februari 2014

Apa lauk pauk best makan ratah ye??


Dulukan aku pernah pegi Kelantan rumah kawan aku,time tu musim candat sotong.
Huiii..dah namanya musim kan,memang meroyan la tengok sotong..freshhhh!
1 hari mak cik dia buat ketupat sotong..aku pernah je makan ketupan sotong tapi versi kelantan nie lain sikit,manis nak mamp!
Depa jenis letak gula merah,haa..dia punya manis,amboii..boleh tercabut bulu mata pelesu Cik Ta.


Nie versi kelantan..yummy!!


Kat kedah atau yang aku selalu makan la kan,ketupat sotong versi masak lemak..
Dan aku makan dengan nasi walupon dalam sotong tu dah disumbat nasi atau pulut..
Masa kat kelantan tu aku makan ketupat sotong dengan nasi,semua gelak barai kat aku..
Caitt..dah aku terbiasa macam tu..
Ingat lagi apa mak cik kawan aku cakap..
"Bia aa..die lalu make gitu..."
T____T

Pastukan baru-baru nie aku cakap kat en.somi yang aku teringinnnnn sangat nak makan ketupat sotong..
Boleh pulak dia tanya aku,ketupat sotong tu apa?
Siap tanya wujud ka benda tu atas muka bumi nie..-__-
Nak ja aku acu parang kat leher sendiri,ingat aku ja jenis duduk dalam gua..rupanya ada yang teruk lagi..

Versi aku selalu makan..atau orang panggil sotong sumbat masak lemak

So aku cadang nak buat ketupat sotong..resepi?? tak apa,google kan adoo..:)
Nak try buat ketupat sotong nie makan ratah je macam kat kelantan,haruslah buat yang manis tu..
Tapi makan sotong saja macam tak best,ada lauk apa lagi ye yang best makan ratah??
Hilang terus idea,nak bagi en.somi yang TAK pernah makan ketupat sotong tu try sekali dengan ketupat sotong..

Isnin, 3 Februari 2014

Update Terbaru Perkembangan Amam..^__^


Macam tak sangka sat ja anak aku dah besaq...
Rasa macam baru tadi ja dok sembang-sembang dengan pakar bius sebelum kena czer..:)
Nie dah besaq dah anak,cepat sungguh masa berlalu..ceewahh!!


Amam lani pandai macam-macam dah..
Ada yang buat aku terharu dan ada jugak yang buat aku nak luku laju-laju...
Tapi dah nama pon ibu kan,sabaq la sat sementara anak nak besaq..
Normal la budak besaq tu nak tunjuk ekspresi diri..gittew..


Jom tengok perkembangan amam :
1. Dah reti bila orang suruh dia mandi,tapi bukan mandi sendiri la..Just buka baju pastu pandai la dia jalan sendiri pegi bilik air.Sambil mulut tu potpet..potpet..
2. Teruja nak nyanyi lagu A,B,C tapi yang keluaq time aku buka video:Aaaa...bahhh..aaaa..bahhh..(celah mananya ABC pon tak tau) -__-
3. Semua benda dia makan kecuali NASI,VITAMIN,UBAT
4. Cukup suka makan buah..paling suka buah limau/oren,pisang..
5. Tak boleh tengok ibu abah berkepit,konfen jeles pastu nak menyelit..
6. Masih menyusu badan(direct BF time nak tido)
7. Reti tunjuk ekspresi diri,contoh hentak kaki sambil menangis bila kemahuan tak diturut..
8. Tak reti takut kat orang atau apa saja benda sekeliling dia..
9. Semua makanan orang adalah makanan dia..
10. Selalu tiada segan silu meminta makanan yang dia nak dari strangers..


Haa..banyak lagi sebenarnya tapi tak tau la jadi tak ingat pulak,mihmihmih...
Yang nombor 10 tu kan,selalu jadi kalau kami keluaq berjimba-jimba atau keluaq makan..even orang tu minum ayaq mineral pon dia akan pi kat orang tu pastu dia cakap 'Nakkk...'
Segan aku,padahal ada je botol air aku sangkut kat tengkuk dia..Dia tetap nampak apa yang orang makan & minum tu lebih sedap..

Amam dah nak masuk 1 tahun 4bulan..dah besaq anak ibu..
Sekarang tengah plan nak celebrate bufday dia tahun nie macam mana pulak ye..tak mau dah huru hara macam hari tu..(T__T)