Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Jumaat, 11 Oktober 2013

Warghh!! Warghh!! Arghhhhh!!!!!


Acecehh...Semalam malam Jumaat,rini up entry tajuk siap jerit-jerit..wakaka..*ok,tak dak kena mengena
Sebenarnya aku nak tunjuk betapa tension nya aku 2,3 hari nie dan minggu akan datang nie..
Cuba bayangkan aku tengah pegang kepala sambil hantuk-hantuk kepala kat dinding dan mulut tengah jerit-jerit macam pompuan meroyan..Gitteww...
Sesak napas tau nak mikir semua benda dalam 1-1 masa...
Dah try tak mau pikir tapi benda dok tawaf dalam kepala hotak aku nie ha..Aduiii..

Harini dah 11 Oct, balik kerja terus zass nak beli barang basah,kering untuk rumah..
12 Oct,esok aku kerja halfday dan ada hal penting yang kena guna segala kudrat 4 kerat aku nie haa..
13 Oct,lusa..kena bawak anak check up setahun kat klinik tanpa suami sebab dia kerja dan dia tak boleh cuti..Mampus aku nak layan Amam kat klinik,dah la hari Ahad,konfirm ramai gila manusia kat sana..Semua macam aku,nak appoiment hari Ahad saja sebab company cuti Ahad ikut Penang kan?? Kan??

14 Oct,hari Isnin..sehari sebelum raya haji..kena kejar banyak deadline..Bos nak semua benda settle hari tu jugak..habis la aku..
15 Oct, Raya haji..aku tak plan ke mana..dok umah packing baju nak balik kampung..
16 Oct, kerja..balik kerja zass balik umah siap anak then  nak balik umah mak..
17 Oct sampai 20 Oct, Balik kampung...dah balik kampung aku tak tau la apa pulak nak jadi..

Sebenarnya aku nak balik kampung kat Bagan Serai,Perak for my sister's wedding..
Tau la kenduri kawin kan? Dia punya busy jangan tanya la..Konfirm lecak ketiak buat kerja..
Start hari nie sampai ke minggu depan sekali lagi,jadual aku padat..Cehh..macam la aku nie CEO,tapi setiap hari penuh dengan aktiviti..


Nie la my sister with her hubby..26 sept depa dah akad nikah..baju yang dia dan suami dia pakai tu baju tempah sendiri.dia cakap nak jual / sewa kalau ada yang berminat.saiz tak pasti tapi baju cantik sangat-sangat..Maybe M atau L kot.lebih kurang macam jubah moden.




Nie kerja tengah menggunung nie tapi ilangkan tension jap,up entry dulu...dah juling mata aku menatap pc dari tadi tanpa henti..
Dok langut hadap email,catalog,PO,DO,PRN,custom clearence..pffff matik la...
 Perut kosong tak sempat b/fast..dah rasa loya-loya sebab tak makan apa..nak tunggu pukul 1 untuk lunch terus..huh

ok,tu saja..bai...

Khamis, 10 Oktober 2013

Maut Di dalam Lori Simen


Astagfirullahalazim........
Kenapa boleh jadi macam nie? 1 ja yang terlintas kat kepala aku bila baca ja tajuk nie..
Tak amalkankan "Safety First" ke? Ehh..kalau kerja bahagian industrial or construction..hal2 keselamatan nie terlalulah penting even dia nie warga asing..
Melainkan company pakai PATI..nak senang kerja kan?lagi 1 lebih murah..betol tak?

Aku tak tuduh company tu pakai PATI tapi benda-benda macam nie kena buat berpasukan maksud aku kena ada TEAM untuk selesaikan 1 tugas,bukan buat kerja sorang-sorang..
Kalau buat kerja berpasukan,tak kan ada kes 'tak tau ada orang dalam mesin tu'..sebab bila buat kerja berpasukan,mesti ada perancangan,sapa buat nie,sapa buat tu..dari start kerja sampai kerja tu siap...
Haiii..maybe ajal dia kot..ntah la..

Sandakan - Seorang lelaki warga asing maut selepas tubuhnya dikisar mesin pembancuh simen ketika membersihkan sisa simen di dalam tangki lori berkenaan di tapak pembinaan rumah di Kampung Cahaya Baru Batu 3 di sini, semalam.
Mangsa, Bakis Jaujan, 37, pekerja tapak pembinaan itu dikatakan masuk ke dalam tangki pembancuh terbabit untuk mencucinya.

Bagaimanapun, rakannya yang tidak menyedari mangsa berada di dalam tangki pembancuh itu menghidupkan enjin lori menyebabkan mesin pembancuh berkenaan berputar.


 Dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai terkena bilah besi pada mesin pembancuh itu.

Difahamkan, kejadian disedari selepas seorang pekerja di tapak pembinaan itu menjerit mengatakan ada pekerja di dalam mesin pembancuh simen berkenaan.

 Mayat mangsa selepas dikeluarkan dari mesin pembancuh simen


Cakap dulu!!


Semalam lepas balik dari rumah babysitter, Amam main sat sangat-sangat..dalam 15minit gitu saja,lepastu dia bantai tidoq sampai pukoi 10malam..pffff
Cer bayangkan...dari  pukoi 7.15malam gitu sampai pukoi 10..lama wehh..
Bila aku nak tidoq dia pon bangun buat cergas..
Semua orang dia kacau ajak main..
Maksu yang dah terbongkang dalam bilik pon dia boleh panjat atas belakang nak ajak main..
Sapa nak main pukoi 10malam wehh..semua nak tidoq dah haihh..

Semua tak layan dia,terus buat bebai..
Merajuk ngan aku yang tak menahan tu..
Sembam muka kat perut aku tapi nak merajuk ngan aku...apekehel??
Merajuk-merajuk pon nak nenen..so masa nak sakat dia la kalau nak nenen nie...


aku : nak apa? cakap dulu..ibu tak paham...
baby : ehek..ehek..ehek..ehek..(dok sondol-sondol nenen)
Aku : cakap!! nak apa?? ibu tak paham nie..*buat2 bengap sikit
baby : ehekk..ehekkk...ekkkkkkkk....
aku : nak nenen ka?? sebut nak nenen.. sebut N.A.K  N.E.N.E.N.....
baby : ehekkkkkkk................
aku : cakap cepat! kalau dak tak mau bagi..N.E.N.E.N
baby : ehekk..ENEN..ehekk..
aku : Warghhhh!!! Abahhhh..hamam sebut nenen..dengaq dak?? dengaq dak??!!

Eksited melampau pulakkan..
Kesian kat hamam dapat ibu mengong macam aku..main paksa-paksa pulak..melampau sungguh...
Bukan selalu..semalam aku saja nak sakat dia...
Anak-anak nie tak boleh paksakan? Nanti dia suka proteskan? Kan??