Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Isnin, 28 Oktober 2013

Feel Diva In Yourself

Sekarang nie bukan main banyak orang dok up pasai foundation..
Boleh dikatakan,semuanya fungsi hampir sama..nak perfect coveragekan?
Nak tutup semua cela yang ada kat muka kan?

Tapi apa kebaikan yang membezakan setiap foundation yang ada kat pasaran?
Mesti setiap foundation ada kelebihan tersendiri untuk foundation tu sendiri kan?*brapa kali sendiri da
Kalau semua nak tutup cela saja,banyak aih kat pasaran..boleh pilih sambil tutup mata..

Nie salah satu foundation yang menarik minat aku.
Aku bukan la manusia yang jenis nak pakai foundation nie sebab aku kalau bab-bab makeup nie serius aku ZERO.
Apa pon aku tak tau,yang aku tau basic ja..pakai toner,moisturizer,bedak lepastu pakai lip gloss @ lip balm..



Tetapi....sejak aku diperkenalkan dengan FEELVOGUE nie,aku try la guna.
Aku pakai toner+moisturizer+Feelvogue nie.Aku try tak alas bedak sebab tak reti.. -_-
Lepas tu, tengah hari aku tunggu result yang buat aku gedik nak try beli Feelvogue ritu.
As expected, betul2 menjadi..glowing2 gitu..makin pecah peluh makin santik...

FV nie ada dua kaler saja..kalau kulit cerah boleh ambik color BEIGE..Kalau itam manis macam aku boleh pakai NATURAL.
Apa kelebihan FV  nie?

01 : Beige Skin Colour (utk yang kulit cerah)
02 : Natural Skin Colour (utk kulit sawo matang @hitam manis)
10gm (Tahan sehingga 3 bulan)
Sesuai untuk semua jenis kulit

Vitamin E
Spf 30
Glowing (makin pecah peluh makin glowing)
Anti rekahan (dah pecah peluh tak berlemoih)
Long Lasting up to 16hour
Professional coverage
Halal & mendapat kelulusan KKM
Keluaran Bumiputera

TESTIMONI


Muka kak nie tak sekata,banyak parut2 jerawat..Nampak jugak la lubang2 kat muka dia tu..
Dia just oles FV pakai span basah (span bedak pixy) kat muka dia pastu touchup sikit pakai bedak pixy.
Tengok,perfect coverage kan? Tak guna camera 360,nie gambaq betoi,tak dak edit2..

Aku nak jugak letak muka aku sebagai testi tapi aku pakai pon dok bertampung lagi..Masih belajar nak oles bagi cantik..
Bila my asben dah luluskan kata cantik baru aku pos gambaq aku pulak..

Untuk keterangan lebih lanjut, Boleh ke fb Ryuna Nabiela

Khamis, 24 Oktober 2013

Amam kena tumpang - kus semangat!

Minggu lepas aku ambik cuti start 17 oct sampai la 19 oct,20 oct kan memang dah comfirm company cuti..hari minggukan?
Aku apply cuti 3 hari sebab akak aku kawin..kita dapat abg ipar baru..hoho..belum ngam lagi..nanti-nanti ngam la kot..huhuhu..

Ok..pasai kenduri nanti aku story,untuk entry nie aku nak story pasal Amam,anak aku le..tak kan anak kau pulak..
Actually,something happened to him while we were on the way back to the kampung.
Bila ingat balik,wohoo..so scary lah..
Aku langsung tak sangka benda-benda macam nie,selalu dengar jadi kat orang je.Bila jadi kat anak sendiri baru terbuka sikit mata aku..

Macam nie,17 haribulan tu aku dah cuti..ikut perancangan pagi tu dah balik kampung.
Perancangan asal macam nie,abg ipar aku sampai dari Pahang (dia keja kat Pahang) 16hb tapi malam..dalam pukul 10mlm camtu la..
So pagi tu kami bertolak balik kampung..Aku nak tumpang kakak aku sebab laki den tak leh cuti.Bos melampau tak mo bagi cuti.

Nak dijadikan cerita,abg ipar iolss balik sini awal..sebelum raya aji dia dah balik sebab nak raya kat sini katanya..
So depa decided balik kampung awal,nanti depa mai ambik aku kat Kulim nie.aku ok je janji ambik..jangan tak ambik pulak..

Seperti yang dijanjikan,17hb dah nak maghrib baru nampak batang idung keta akak aku depan rumah..*eh..keta ada idung ke?
Ingat nak balik kampung terus,rupanya pi singgah Giant dulu beli barang sikit pastu balik umah mak aku kat UT tu dulu sebab nak ambik adik aku yang no 3 and ambik kuih-kuih untuk kenduri yang mak aku tempah kat orang kampung.
Panjang sungguh perjalanan kami,dah tu sampai rumah kena loading banyaaaakk gila barang-barang masuk keta..Perghhh..sempit,sendat melekat!

Sedar tak sedar pukul 1 pagi jugak la baru kami nak bertolak dari Ulu Tawar ke Bagan Serai..Perjalanan dalam 2jam jugak eh..tapi tak disangka malam tu perjalanan agak slow sebab ujan lebat..
Sepanjang jalan aku tidor-tidor ayam je,tidor tapi banyak kali jugak aku terjaga..
Masa tu tak terlintas langsung risiko bawak anak kecik jalan jauh+lewat malam+pakej ujan tu..

Elok sampai je kampung/Bagan Serai,turun je keta anak aku dah start nangis & tak mau langsung kat aku..serius,aku hulur tangan pon menangis macam nampak hantu sebab dia menangis tahap mengamuk..
Dia nak kat adik aku yang no 3 tu ja..ok finee..dok la da dengan adik aku dulu..Adik aku tolong cooldown Amam..
Dekat sejam kot dia cooldown baru dia nak kau aku,tu pon sebab nak nenen..Sambil nenen aku tidor kan dia terus.

Elok masuk je subuh Amam dah tak boleh tidor..menagis je,dah tu nak berdukong je ngan aku..
Sapa nak ambik pon dia takmau..asyik nak berkepit ngan aku..
Pelik jugak la sebab yang aku tau,letak la budak nie kat mana pon,dia boleh survive tanpa aku..
Tapi pelik pulak perangai dia ritu..1 hari aku dok kelek je dia,mana pon kena berkepit sampaikan mandi pagi pon dah jadi mandi tgh hari.
Susu dia tak mau,makan pon kurang..Susah hati aku tau.

Bila masuk waktu solat lagi la menjadi2 dia punya perangai..melalak melolong macam aku belasah dia..Dah tu dia suka cakar muka dia sendiri..banyak la luka2 kecik kat pipi dia tu.
Dalam pukul 8 mlm gitu masa aku tengah bagi dia makan,Mak sedara aku ada la belek2 sikit Amam.
Nak pulak dia dekat mak sedara aku..jadi aku boleh la p dapur minum air kejap,haa..sampai nak minum air pon tak sempat.dia nak aku dok dengan dia peluk dia saja.. 
Dia macam takut dengan orang lain,dah tu selalu nak tengok muka aku,kejap2 dia langut tengok muka aku..10minit lepastu langut lagi tengok muka aku..pelik!
 
Elok aku p depan balik aku tengok senang hati ja dia dok main tepuk amai2 pakai kaki..
"ehh..senang hati dah ka?? nie sebab kenyang la nie...
tetiba mak sedara aku cakap.."hang tak tau mak ndak baru lepas mboih..mboih..(tiup2 berserta bacaan ayat alquran) dekat dia.."
"laa..ya ka..memang ada ka mak ndak??"
"tu la hampa,dah tau nak jalan jauh bawak anak kecik,hampa keluaq la awai sikit..nie dah la keluaq lambat,bawak anak,lalu pulak tempat banyak hutan.ishh..ishh..ishh..lepas nie beringat..Budak besaq nie banyak ja benda nak tumpang main la,tumpang tu la..tumpang nie la.."

 Seram sejuk aku lepas tu..
Lepas nie nak pi mana2 kena beringat,bahaya bawak anak kecik jalan jauh malam-malam..
Mak sedara aku cakap,dia hanya nampak muka aku..Ya..muka aku saja.


# Jalan dari Ulu Tawar ke Bagan Serai 80% adalah hutan,kelapa sawit,kebun getah dan semak samun..

Rabu, 16 Oktober 2013

perut kenyang tapi boring....


 Salam Aidil Adha buat semua umat Islam..

Raya nie agak boring la..serius boring..aku bangun pukoi 10..
Tak semangat nak raya sebab aku dapat 'cuti-cuti Malaysia' awat sangat..
Ada kena mengena ka 'cuti' aku tu dengan raya??

Kelmarin pi raya umah tok,mak MIL aku kat Labu Besaq.
Best sikit kat sana sebab ramai sangat sedara mara,dah la sampai ja rumah tok elok ja aku boleh tadah perut..Na makan apa semua dah tersedia..just kena layan diri ja kalau nak isi kantung perut masing-masing..

Menu berlambak..ada bihun sup ayam,sup tulang,nasi campoq,ketupat rendang,kuih muih..
Banyakkk..mengah nak sumbat semua dalam perut..
Aku lepak sana dalam 1/2 jam saja pastu terus cabut balik rumah mak aku pulak..MIL dengan adik ipaq aku,kami tinggai sat kat rumah tok.hehehe
Balik rumah mak sebab nak pas Amam nie ha..rini aku dah keja,babysitter lak balik kg..tak da sapa nak jaga so aku pas kat mak aku..suruh jaga sat 1 hari..untuk hari nie saja..
Esok aku jumpa balik budak kecik tu..

kat sana pon dok dalam 1/2 jam saja sebab mak & adik beradik aku nak beraya kat kampung di Bagan Serai perak..Depa bawak sekali si kecik tu..
Kami laki bini rush pulak balik kampung FIL kat kg selarong..lepak rumah mak cik,aku dok telan ketupat palas saja kat rumah mak cik..
Rasa sedap lak ketupat palas..kat 15 bijik aku telan..kenyang sampai bersandanq..

Dekat pukul 7 baru kami laki bini p ambik mak kat rumah tok pastu balik Kulim terus..
Silap pulak semalam balik ikut highway..jemmmmm...kalau balik ikut jalan biasa relax ja boleh bawak keta sambil online fb..#tipu


Mula-mula ingat eksiden ke apa,terlupa lak kat tengah-tengah highway nie ada seketul traffic light.

Balik hantaq MIL dengan adik ipar aku,terus kami laki bini ke Landmark Mall Kulim.
Misi cari baju sama tema kenduri untuk sabtu nie,jenuh melilau cari baju kaler purple yang cun-cun untuk Amam..semput aku tau..Bila misi dah berjaya kami jalan-jalan kat dalam landmark tu,penat ja dapat..tak dak apa yang menarik perhatian aku pulak..

Kami laki bini kalau bab nak isi perut memang selalu bawak gaduh..
aku nak kepci,laki aku lak nak makan kat kapitan kopitiam tu..
aku nie tak berapa nak reti makan chinese food.
Beriya aku tak mau,tapi bila try tengok menu uikss..nampak sedap pulak..
Dah tu siap menggedik sampai tak tau nak makan apa..


Dengan baju raya kami shopping baju anak n menggedik dalam Kapitan tu.
Makanan sampai ja terus zass makan..tak dak snap pic menu apa kami oder..lapaq nak mampus..
Tengah relax-relax isi tangki laki aku cakap..
"lepas nie kita pi makan pizza pulak..'
aku mesti la jawap.."OK' hahahah..
rugi kalau cakap tak mau..bhahahaha

Kat pizza kami oder menu baru tu..yang 3 jenis chess tu..apa kenama dia..trio??
Makan sampai mengeluh kenyang..dasar sangat kan??
kami just oder pizza semata-mata..tak dak side dish..ayaq pon tak dak sampai budak yang ambik oder tu pelik..Besa la resaksa..makan tanpa ayaq pon ok..

Dah kenyang malas nak langut lama-lama kat situ..balik rumah mandi-mandi..terus lena..pagi ni pakat-pakat bangun lambat..padan muka..nasib baik punch kad kami laki bini tak merah..huhu

Kesimpulan raya pertama aku..walaupon perut kenyang tapi still boring...#buleh??

ok,tu saja..bai..

#mood terpaksa buat entry nie..malas benonya aku nie...