Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Jumaat, 12 Julai 2013

Ditikam kerana gigit ibu semasa menyusu - Kejam!


Aku terbaca status nie kat fb..seriusly terkejut! Astagfirullahalazim...kenapa dengan mak dia nie?? Gila ke? Kesian baby nie...Kena tikam 90 kali! Fuhh..urut dada..Kejadian berlaku di China..



Jiangsu – Gara-gara menggigit ibunya ketika menyusu badan, seorang bayi berusia lapan bulan telah ditikam sebanyak 90 kali oleh wanita tersebut dengan menggunakan gunting.
Ia menyebabkan Xiao Bao menerima 100 jahitan.
Bayi malang itu menetap bersama ibu dan dua bapa saudaranya dan mereka menjalani kehidupan dengan mengutip sampah-sampah untuk tujuan kitar semula.
Kejadian itu disedari oleh salah seorang bapa saudaranya selepas melihat Xiao Bao dalam keadaan berlumuran darah, sebelum dikejarkan ke hospital.
Wanita berkenaan akhirnya mengaku bahawa dia menikam anaknya sendiri kerana bayi itu menggigitnya ketika sedang menyusu.
Laporan polis menyebut wanita itu tidak mengalami sebarang penyakit mental.
Dalam pada itu, jiran-jiran telah meminta supaya pihak berkuasa mengambil bayi berkenaan, agar kejadian sama tidak berulang.


Tengok,mak dia tak gila pon..Tau la anak baru tumbuh gigi..Dia gigit sakit..Tapi padan ke sakit anak gigit dengan tikaman gunting yang dia balas balik tu?? Akai tak dak ka?? 

Tak pasal2 buat aku naik hangin bulan posa nie.....


3 Ramadhan ~ Jumaat Yang Tenang + entry rojak

Assalamualaikum.....

Hari Jumaat pertama di bulan Ramadhan..Tenang dan syahdu..

Sungguh tenang sampaikan jalan raya pon lengang..Bertuah sungguh sapa duduk Kulim nie kan,jammed kadang2 je..Tu pon sebab traffic light rosak @ ada pasar malam / bazar ramadhan..kann? kann?

Aku dok Kulim, Kedah kan cuti Jumaat & Sabtu..Opis aku ja yang ikut Penang/KL..orang keja gomen boleh la lepak2 kat umah hari nie ngan esok..bestnya..

Hari nie enggineer & technician kat tmpat keja aku dah start apply cuti raya..Aku jugak yang dok ternganga lagi..nak cuti ke idok eh? Cukup tak cuti 2 hari yang bos bagi tu?? Paling sedih,aku cuti tapi Mr.Saif tak cuti..Hurmm..kena konfirm lain nie dengan Mr.Saif..kalu tak rugi AL aku..

Buka blog bagi tadi ramai lak yang post menu berbuka..aku pon teringin nak post jugak tapi maleww nak snap pic depan mertua..hikhikhik

Tetiap hari menu mabeless uollss..Mertua aku memang masak taraf boleh buat meniaga..sedap giler..kena pulak sekarang nie bulan posa,lagi lah mabeless..Bukan apa,masak sedap2 tu sebagai reward adik ipar aku yang dua orang tu boleh puasa...

Nie nak share menu sikit,sori eh..menu saja..gambor eilek poci..kuikuikui..

Sahur 1 Ramadhan:
-Kari daging+ubi
-Telur masin
-Ikan pekasam goreng bawang
-Sambal belacan+tempoyak
-Ulam (petai,timun,kacang botol)

-Air milo panas
-Air kopi O

Berbuka 1 Ramadhan:
-Gulai udang+ubi 
-Rendang daging
-Sayur campur goreng
-Mee goreng
-Ikan kembong goreng
-Sambal belacan+tempoyak
-Ulam (petai,timun)
-Kueh muih

-Soya cincau
-Tebu
-Oren Sunquick

Sahur 2 Ramadhan:
-Gulai udang (baki semalam)
-Telur masin
-Ikan kembung sweet sour
-Ikan pekasam goreng bawang
-sambal belacan+tempoyak
-Ulam

-Teh Panas
-Kopi O

Berbuka 2 Ramadhan:
-Ayam bakar
-Sos pencicah
-Ayam goreng
-Kobis+brokoli+suun+fucuk masak lemak
-Gulai nangka muda
-Sambal belacan+tempoyak
-Ulam
-Laksam

Menu dari param:
-Roti jala
-popia goreng
-seri muka
-buah melaka
-cucur jagung
-cucur udang

-Laicikang
-Air kelapa

Sahur 3 Ramadhan:
-Ayam masak merah
-Telur Masin
-Ikan Pekasam Goreng bawang
-Sambal belacan+tempoyak

-Kopi O
-Milo panas

Haa..jangan cakap membazir ye...semua lauk tu habis..kalau tak habis masa berbuka,habis masa sahur..Family mertua aku semua perut melayu..pagi ke petang ke malam ke kena makan nasi & wajib ada sambal belacan+ulaman..

Nampak banyak kan sebab kami ramai..termasuk hamam dah 9 orang..kalau berbuka & bersahur makan sekali,bukan bulan posa pon sama kalau nak makan kena hidang..makan rebut2 nie la yang best sampaikan jiran aku pon cakap,"Bestnya dengaq hampa makan ramai2..kak na kalau nak makan ramai2 tunggu bulan posa.." Tengok,punya la riuh rendah sampai jiran sebelah2 pon boleh dengar..hihihi..

Haa..udang yang ada dalam menu tu memang besar gedabak! besar sikit dari penumbuk anak aku tau..dah la banyak,aku sorang ja hadap dekat 10 ekor..tu baru aku sorang,yang family aku makan?? Haa..banyakkan? mana la mertua aku cari udang banyak2 tu...

Dah la kot entry nie..panjang melalut dah..macam rojak pon ada..macam2 cerita aku taip..ok lah..bye...



Khamis, 11 Julai 2013

Pssttt......Abah sayang ibu sampai hujung nyawa abah..

Lahai tajukk................

Cemburu...Tipulah sapa cakap tak penah cemburu kan? Kadang2 cemburu tu bawa kebaikan..kalau melampau bawa mudarat..faham2 la kan....

Kita nie,dengan adik beradik cemburu..dengan kawan2..dengan orang sekeliling pon ada cemburu jugakkan?? Hidup berumah tangga pon laaaaagiii la banyak cemburu tu...

Mula2 dulu,macam susah nak terima..Sikit2 cemburu..sikit2 cemburu..kadang2 ada tahap melampau2 punya cemburu tau...

Bila diterang dengan keadaan yang sebenar,demi tugas untuk mencari rezeki..Aku cuba buka hati & pikiran..kerja dia memaksa dia berhubung dengan semua orang..cuba pikir positif..Alhamdulillah..aku dah boleh terima..

Tapi tulah,ada saja ujian & cabaran..Nak uji teguh tak pendirian aku nie..Ya,aku lemah dengan ujian..cepat melatah..seboleh mungkin nak yang terbaik..Tak nak masam muka dengan yang tersayang tapi rasa nak ketuk je kepala nie pastu cakap kat diri sendiri,boleh cakap serupa bikin tak??

Semalam,sebab lama sangat pendam perasaan..Hambik! selambak aku bagi soalan macam peluru sesat..Dia senyum ja,pastu jawab elok2..jawapan yang sama..Tapi aku puas hati,kenapa?? sebab meluahkan tu lebih baik dari dok pendam lama2...

Dok pendam lama2 tu boleh sakit hati,sakit jiwa,sakit badan,sakit otak! Lepas nie nak set balik dalam otak nie, THINK POSITIF! pikir panjang..jangan cepat melatah....

Alhamdulillah,beruntungnya aku sebab dapat seseorang sebaik dia,memahami & sentiasa bersabar..Rasa berdosa sebab tuduh dia macam2..Rasa nak lempang diri sendiri laju2...

 Berharap sangat yang nie la kali terakhir kejadian macam nie jadi..rasa berdosa sangat2..terngiang-ngiang dekat telinga dia bisik semalam..."Abah sayang ibu sampai hujung nyawa abah....."




# Tetiba touching..adakah sebab lapar??