Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Rabu, 28 Ogos 2013

Inginkan Perhatian.....

Mana2 parents yang hantaq anak dekat taska @ babaysitter mesti tau betapa sayu hati ini sebab tak berkesempatan nak jaga sendiri & tengok sendiri anak membesaq depan mata..bila tengok sendiri anak membesaq depan mata memang satu perasaan terindah.

Lani tiap petang lepas ambik hamam, sampai kat rumah sentiasa nak melekat ja..masa tu la dia nak berdukung,menjerit,mengamuk..dah pandai hentak2 kaki bila mengamuk..bukan apa,dia nak perhatian..dia kenai ibu dia..dia dah puas dok dengan babysitter,bila dengan ibu sendiri dia nak lebih perhatian..

Kalau boleh nak buat kerja apa pon dia tak bagi..suruh ambik dia & layan dia ja..bila ambik dia letak atas sofa dok sebelah dia,tengok kartun sama2 kat tv sambil tangan usap2 kepala dia,elok ja dia diam..dia nak kan perhatian...perhatian dari ibu dia..

Dia macam dah faham abah dia selalu tak dak sebab kerja,balik lewat2..tapi kalau abah balik pandai ja dia bangun..bila biaq dia main sorang2 mesti mengamuk..tapi bila dok dengan dia & just tengok dia main saja pon dah cukup buat dia diam..janji ada dengan dia,dok dengan dia tu ja..dia nak kan perhatian...

Budak2 tak pandai nak bagitau dia nak perhatian,dia akan buat perangai sebab nak tarik perhatian kita..Jangan marah anak tiap kali dia mengamuk..bila kita marah atau pukul dia,dia akan jadi lebih agresif.Silap hari bulan anak jadi penakut..



Jumaat, 23 Ogos 2013

Motivasi dari suami....

Mr.Saif selalu komen badan aku dah naik..last aku pi timbang masa bulan posa ritu 44kg..Lani tak tau la brapa dah..makan tak dak pantang dah aku nie,cuma laksa @ beberapa mkanan yang orang kata sejuk aku masih lagi pantang.Yang lain ka,aku pantang tengok..semua nak ngapp!! Bhahaha...

Dia dok komen yang tak best ja, sakit telinga dengaq laki kondem bini..Aku pon salahkan dia balik..aku cakap dia yang tak mau bawak aku pi joging & exercise.Tu pasai aku gemok..dah tu dia pon tak bagi support suruh aku kurus asyik kondem aku ja...

Banyakkan kan alasan aku bagi??? Nak tau apa dia jawab??

Nak buat apa2 pon tak perlu support @ mintak tolong dari orang...Kalau niat dah ada,usaha sendiri pon kena ada..kalau semua nak tunggu pertolongan dari orang sampai bila nak tunggu???

Yaa..tepat kena batang hidung aku..Nielah salah 1 motivasi dari laki sendiri yang aku simpan & sentiasa ingat..

Besarnya pengorbanan mak, Terima kasih mak..

Masa aku sekolah dulu mak aku selalu cerita pasal kami time kecik2..maksud aku time masih lagi kanak2 rebina @ baby la senang cakap..

Kami 5 beradik tapi tiap2 orang ada ja kerenah sendiri,hebat woo mak aku bolah jaga kami..terus feeling nak beranak ramai sebab nak rasa jaga anak ramai macam mana..padahal hamam sorang pon jenuh bertempik..kihkihkih

Paling aku touching sekali bila mak aku cerita pasai aku yang paling lambat nak boleh berjalan..1 tahun 3bulan aku still tak boleh berjalan lagi..tengok,betapa lembab gila aku nak boleh dulu..

Mak aku usaha macam2 nak bagi aku cepat bejalan,time tu mak aku still lagi SRT sepenuh masa..Asai ada petua orang tua ja mesti dia ikut..Masa tu baru anak dua,aku dengan kak aku ja..Tapi mak aku tengah sarat mengandung kat adik aku..

Waktu tu kami dok rumah sewa,depan sekolah rendah kat kampung aku.Rumah & sekolah cuma dipisahkan dengan jalan & laman rumah saja..

1 hari mak aku nekad,aku dah setahun lebih..Patut aku dah boleh jalan..1 pagi,masa tu embun pon dok ada gi dekat rumput mak aku bawak aku pi kat padang sekolah..kampungkan sejuk,rumbut padang pon dok basah lagi dengan embun..

Mak aku tatih aku berjalan,start budak sekolah baru nak mai sekolah sampai la dekat pukul 10pagi..Tiap2 hari mak aku bawak aku praktis kat padang tu..Sampai la ada 2,3 cikgu mai tanya apa mak aku buat,mak aku cakap nak tatih aku bejalan..




Cikgu2 tu paham,siap bagi support kat mak aku..Depa tak halau & tak kacau,depa biaq ja..Cukup seminggu kami praktis,secara officialnya aku boleh berjalan..Tak lah terror tapi dah boleh melangkah..jalan2 jatuh pon tak pa..Punya la mak aku suka waktu tu..Dia kata tak sia2 usaha dia..




Mak cakap puas dia berdoa..dia jugak usaha..Allahamdulillah Allah tolong...gembira tengok aku boleh jalan tak terungkap dengan kata2..Dah la waktu tu mak yang jaga kami dua berdik sebab ayah aku dok dekat kem askar..Mak berusaha sendiri tanpa ayah disisi..Dulu mana ada henfon bagai..

Serius aku terharu dengaq cerita mak..besar pengorbanan dia..bila dah ada anak,aku boleh rasa apa mak aku rasa..Alhamdulillah hamam dah bertatih sekarang..Syukur aku ada seorang mak macam mak aku sekarang...

Hmm..sedar tak sedar dah 6 tahun ayah tak dak..Alfatihah untuk arwah ayah..

*credit pic from google