Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Khamis, 19 September 2013

Multi-purpose side mirror to me..hehehe

Nie aku ja yang amalkan..
Hampa2 kat luaq sana jangan ikut cara aku tau, bahaya..
Ceewahhh..macam gud-gud ja nasihat orang..

Selain kegunaan sebenar cermin nie ada manfaat dia kat aku..hehehe
Naik motor macam besa la..kalau ada bonggol ka,jalan tak rata ka..terasa diri ini macam naik kuda gitteww..
So apa2 yang bergendut kat badan aku nie mula nak ikut rentak menari..kehkehkeh..


Cuba perhati betoi2 apa yang aku fokuskan...
Haaa..betoi la tu..PERUT!!!
Side mirrow belah kanan ja aku guna ikut fungsi sebenar..
Yang sebelah kiri nie la aku guna,tengok perut time bawak motor..mihmihmih..

Sambil2 bawak motor,sambil2 jeling ekor mata kat cermin tu..
Boleh la nampak perut aku menari goyang inul ke,zapin ke,joget lambak ke..hehehe
Tapi jangan la ralit sangat jeling perut..ingat sama diri tu tengah bawak motor..
Perut tak pegi mana2..nyawa tu ja kalau silap langkah boleh melayang2...
Paham??

Nie dah jadi habit aku kalau naik motor aku sendiri,
Kalau pinjam moto orang lain aku tak berani buat..
Mau tuan motor sekeh kepala aku..huhuhu

Nie la salah 1 cara buat aku konfiden bawak motor di jalan raya..hehehe


Ok bai..




Rabu, 18 September 2013

*Luahan Perasaan*

Apa perasaan hampa kalau orang yang dekat dengan kita,kita hormat dia tapi kita dianggap orang luaq dengan dia??
Lebih2 lagi dia hanya nampak kesalahan kita walaupon tu baru kali pertama kita buat..
Actually bukan salah besaq pon,cuma salah faham ja..
Nak2 waktu tu kita memang tak boleh tolong tapi ada orang lain yang boleh tolong..
Namun kesalahan tu tetap nampak dekat aku sebab aku orang luaq..tali persaudaraan boleh putus bila2 masa..

Aku tak sangka akan masam muka dengan 'orang' tu..
Aku hormat dia wooo..tinggi respect aku dekat dia..
Tapi sampai hati aku dilayan macam nie..
Tu la orang kata,lepas kawin belajaq hidup sendiri..
Tak lama mana orang nak sayang,lama2 orang meluat jugak..

Terus aku tanam azam aku nak ajak laki aku hidup sendiri..
Susah senang kami anak beranak ja rasa..
Dok gaduh nak jaga hati orang,hati sendiri sapa yang jaga??
Tapi aku tak mau niat kat hati nak balas dendam,aku rasa nie ja jalan yang terbaik..

Tengok la,kuasa wang mampu ubah perangai orang...
Dulu gaji aku paling tinggi..lani ada yang lebih tinggi,so aku macam dah tak dak guna la..
Bagus2..mata duitan sangat..kalau macam nie la hidup,sampai bila2 pon dok tahap tu ja...

Sapa kata lelaki tak pandang harta?tak pandang duit?
Bila kuasa duit dah ikat kita,llaki ka pompuan ka dah tak dak beza..sama ja semua..

Terpaksa pendam sorang2 dalam hati..aku doa laki aku tak baca coretan nie..
Kalau dia tau pon dia terpaksa pilih keluarga @ bini...
Tak mau peningkan kepala dia..
Harap aku kuatkan hati..cekalkan hati ini Ya Allah.....

Jumaat, 13 September 2013

Majlis Pernikahan Black Mentor Dan Naquia Yasirah 13 September 2013



Tahniah diucapkan kepada Black Mentor kerana telah sah menjadi suami kepada Naquia Yasirah. Penyanyi yang dilahirkan menerusi program realiti TV Mentor, Hanifah Bin Md Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Black Hanifah selamat diijab kabulkan dengan wanita pilihannya, Naquia Yasirah Mohd Khairi sekitar 12.06 tengahari tadi.


Pasangan yang mengenakan persalinan rona putih ini telah dinikahkan oleh Mohamad Khairi Abu Hassan yang merupakan bapa mertuanya sendiri dan disaksikan oleh Ustaz Mohammad Shukri Yaacob yang merupakan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.
Majlis yang dihadiri seramai 200 tetamu itu telah dijalankan di Zebra Square, Kuala Lumpur.
Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak lelaki dan mas kahwin berjumlah RM80 dengan wang hantaran sebanyak RM12000.
Pihak perempuan menerima hantaran berupa sepasang kasut berjenama Charles & Keith, beg tangan berjenama Channel, sebentuk cincin, set pewangi BVLGARI, iPad Mini, set kosmetik Kanebo, dan sepasang telekung.

P/S: Tahniah Black & pasangan..kenmain lagi Black sengih besaq noh...Apa2 pon saya ucapkan Selamt Pengantin Baru..Berangan sat Black jemput kenduri dia..kahkahkah..*Hang sapa Black nak ajak sangat tu??