Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Jumaat, 6 Disember 2013

No outing, no entry..so boring......


Aku kan tiap-tiap hari buka blog...
Tiap-tiap hari aku buat entry baru...
Tapi entah kenapa semua entry aku tu separuh jalan je,
pastu terus aku SAVE pastu CLOSE...
Aku lebih suka baca entry orang (blogwalking) , 
semua entry orang best-best..
Entry aku hampassssssss....
Bila dah jadi hampas terus aku biaq berkepok dalam draf..malas nak tengok dah..kalau bersawang pon tak apa sebab aku rajin housekeeping hari-hari..*tiup habuk

Aku rasa entry aku tak best sebab aku tak sempat nak melihat & 
menikmati keindahan dunia yang fana ini..-__-
Ayat semua macam nak best je..macam nak syok je...-____-
Aku masuk keja pukoi 8,balik keja pukoi 6..dah balik keja kena pi ambik anak dulu...
Mau tak mau dalam pukoi 7 jugak la sampai rumah..

Aku tak mintak tolong laki aku ambik anak, sebab dia keja lebih teruk dari aku..
Keja tak tentu,kadang-kadang pi OT..kadang-kadang 12jam..
kadang-kadang kena ganti orang...
Jadi aku lebih suka buat semua sendiri..
Bukan susah pon,pagi-pagi hantaq anak pastu pi keja..
balik keja singgah ambik anak dulu baru balik rumah...
Kalau time ujan baru aku mintak tolong laki aku ambik sebab aku pi keja naik motor..
Aku rela diri sendiri kena hujan..jangan anak kena nanti demam..

Dah pukoi 7 sampai rumah nak keluaq pi mana lagi maghrib-maghrib tu kan...
Tapi ada la 2,3 hari lepas kami anak beranak pi lepak Tesco..
Macam biasa,tujuan utama nak pi Tesco sebab nak makan Original Toko,
Ehh..ritu aku macam ada cakap nak bagi gambar kan..huhuhu
Sori la derr..aku lebih utamakan perut... 
Lenkali aku ambik gambaq,janji!   

Selain nak makan tako,aku nak cari kasut amam jugak kat Tesco tu.
Kasut buat pakai kat rumah je,kalau dapat selipar lagi bagus..
Kasut dia dah kecik padahal baru beli 2bulan lepas..pfff
Masa beli dulu dah ambik saiz besaq,siap test letak jari aku kat tumit belakang dia tu..
Cepat nau anak aku besaq,bagus ibu bela dia..kikiki


Yang warna cokelat buruk gila tu kasut lama..
Yang kaler biru hijau ben10 tu aku plan nak beli tapi tak berkenan 
sebab nampak sangat tak tahan lama..
Plus rega mahal nak mamps..
Selipar gitu je dah RM20?? 
Kasut buruk amam tu lagi murah la,RM16 je kat The store Landmark Kulim.

Last decision,tak jadi beli selipar 20hinggit tapi beli jeans 
kat aku buat pakai pi keja 29hinggit...
Bukan berkira dengan anak,tapi kalau pakai sehari pon dah lekang acaner?
Baik cari yang elok,yang jenis tapak tak cepat haus..
Nie tengok material macam gabus je..kikiki..
Ok..aku tak mau kondem nanti kena kutuk pulak..

So kesimpulannya,no outing no entry...
Macam entry nie,tengok dunia malam-malam di Tesco?
Whats the hell was going on? Kemon la..
Aku rasa hidup aku boring...Entah apa la yang amam pikir..
Mesti dia double boring..
Rutin hamam hari-hari..pagi-pagi pegi umah babysitter,petang pulak balik rumah.
Tiap-tiap hari ulang benda yang sama...pffff

Nanti kita jalan-jalan ye,tunggu ibu abah cuti hari yang sama ehh...
Ok, bai....



Confident betul dia tu,kikiki


Aku tak sangka ada manusia yang betul2 confident macam dia nie....
Kesian ada,nak tergelak pon ada...
Kesian sebab macam mana la dia nak hadapi dunia bila dia tau kebenarannya..
hehehehe

Biar gambar berbicara...




Isnin, 25 November 2013

Please help me to help her...

Aku ada sorang kawan dalam pantang,
Dia bersalin 2minggu lepas...
On the same time doktor gitau anak dia ada G6PD..
G6PD nie bukanlah 1 penyakit,dia lebih kurang faktor genetik...

Doktor dapat detect anak dia ada G6PD sebab ada test dengan darah tali pusat..
Nie yang aku google..mai la rajinkan diri baca sama-sama..

G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.
 
Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am. Ditemui pada mereka yang mana ibu bapa mereka berasal dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria seperti Asia Tenggara, Afrika dan juga Mediterranean.

Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.

Bagaimanakah G6PD diwarisi?

 
G6PD berlaku akibat mutasi (perubahan) terhadap gen yang terdapat pada kromosom X, iaitu salah satu kromosom yang menentukan jantina seseorang individu. Kromosom X secara tunggal dapat diketemukan dalam sel-sel gamet seperti ovum atau sebilangan nukleus yang terdapat dalam sperma. Oleh itu, kebanyakan pengidap kekurangan G6PD adalah lelaki yang mempunyai padanan kromosom XY, manakala wanita yang mempunyai padanan kromosom XX kebanyakannya adalah sebagai pembawa yang sihat sahaja. Untuk seorang wanita yang mengidap kekurangan G6PD, kedua-dua kromosom X nya perlu mengalami mutasi dimana keadaan seperti ini amat jarang berlaku.

Komplikasi:
Kebanyakan pengidap masalah kekurangan G6PD biasanya jarang mengalami sebarang gejala atau kompilasi. Pada penghidap yang terdedah kepada bahan-bahan tertentu seperti beberapa jenis antibiotik dan ubat anti malaria, sel darah merah akan mudah terpecah dengan lebih awal dari tempoh matangnya. Akibatnya pesakit akan mengalami gejala penyakit kekurangan darah (anaemia) seperti pucat, sesak nafas, lemah dan tidak bermaya. Bagi bayi yang baru lahir, mereka mungkin lebih mudah mendapt penyakit kekuningan di seluruh wajah dan tubuh badan (Jaundice).

Diagnosis:
Ujian darah boleh dilakukan bagi menentukan samaada individu pengidap kekurangan G6PD ataupun tidak. Pada masa kini, ujian G6PD juga boleh dijalankan secara rutin sebaik sahaja seseorang bayi itu dilahirkan.

Rawatan:
Pengidap kekurangan G6PD biasanya tidak perlu dirawat melainkan dia telah menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda komplikasi. Sekiranya anda adalah pengidap G6PD, anda perlu perlu mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti memakan kacang parang semasa mengandung, terdedah kepada ubat gegat dan meminum air kosong dengan terlalu banyak melebihi sejag air dalam sesuatu masa dimana anda tidak bersenam, tidak penat, tidak kehausan, dan tidak berasa kering akibat pengambilan kadar gula atau nutrien yang tinggi pada sesuatu masa. Anda juga harus memberitahu doktor anda tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor anda kerana ada beberapa jenis ubat yang mungkin tidak membolehkan anda mengambilnya.

Ubat anti-malaria:
Status G6PD perlu diketahui sebelum anda dibenarkan untuk mengambil ubat anti-malaria. Di kebanyakan pusat perubatan awam pada masa kini, ujian saringan pengesahan kekurangan G6PD adalah diwajibkan sebelum seseorang mengambil ubat anti-malaria untuk sebarang aktiviti di kawasan tertentu seperti aktiviti di hutan, jungle tracking dan lain-lain lagi. Oleh itu adalah penting untuk anda merancang setiap aktiviti yang hendak anda jalani di kawasan hutan. Ianya perlu dimaklumkan ke Pusat Kesihatan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh aktiviti. Selain bertujuan untuk menjalani ujian G6PD , dos pertama ubat anti malaria perlu diambil seminggu sebelum tarikh aktiviti dijalankan.

 
Ujian G6PD tidak perlu dilakukan berulang kali atau setiap kali apabila perlu mengambil ubat anti malaria. Sekiranya anda telah tahu status G6PD anda adalah normal, anda hanya perlu mengambil ubat anti malaria untuk kali ke-2 dan seterusnya tanpa menjalani ujian sekali lagi. Namun anda perlu sentiasa berwaspada kerana apabila anda gagal ataupun menipu mengenai status G6PD anda mungkin boleh mengalami komplikasi yang sukar untuk anda kawal dan meredakannya.



Jadi kawan-kawan semua,kawan aku nie ada gitau yang dia tak boleh makan sebarang jamu sebab akan effect pada baby dia yang ada G6PD tu...
Kawan aku tu dah la Czer,kesian pulak kalau tak makan apa-apa untuk pulih tenaga dia..

So aku harap sangat ada antara kawan-kawan yang boleh tolong suggestkan apa-apa kat dia..
Berdasarkan apa yang dia gitau,dia tak boleh makan sebarangan ubat sebab takut effect baby dia..

Any suggestion?