Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Rabu, 22 Mei 2013

Dia...Penyeri Hidupku.....

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah kerana masih lagi dipertemukan dengan hari Rabu...syukur Ya Allah.....

Tiba-tiba terdetik dihati untuk membuat sedikit coretan tentang seseorang yang telah menjadi penyeri hidupku...Seseorang yang sangat bermakna didalam hidupku...Siapa lagi jika bukan suami tercinta, Muhammad Shaifullah bin Ahmad...



Selama kami bersama-sama mengharungi pahit manis asam rumah tangga, dia sentiasa setia bersama. Suka duka kisah kehidupan kami penuh dengan kenangan yang sukar diungkap dengan kata-kata...

Sepanjang kami hidup bersama,dia seboleh-bolehnya berusaha untuk menjaga perasaan aku. Walaupon kadang-kadang aku lupa tentang perasaan dia. Dia sentiasa berusaha sedaya upaya nak tengok aku sentiasa ceria & gembira...

Bila aku sedih, dia akan beri kata-kata semangat.. Dia berusaha untuk meredakan apa sahaja perasaan negetif yang boleh buat aku sedih..Adatlah hidup berumah tangga, perselisihan faham sentiasa berlaku tetapi dia lebih suka mendiamkan diri..tak kira salahnya dari aku atau dari dia sendiri...Bagi aku, berdiam diri itu adalah jalan yang terbaik setakat ini...Jika salahnya dari aku sendiri, dalam tempoh dia berdiam diri itu akan buat aku flash back apa kesalahan aku, dalam tempoh tu jugak aku dapat bezakan baik buruk perbuatan aku. Jika salahnya dari dia sendiri, dalam tempoh aku berdiam diri tu dia akan perasan dan akan berusaha untuk buat aku ceria & dia akn mnyedari kesilapan dia...

Tulah untungnya kalau orang yang banyak cakap macam aku nie, kalau 1 hari aku diam saja pon dia berpuluh kali tanya soalan dekat aku..kenapa aku diam ja 1 ary,sakitkah..marahkah..ada masalah kah...untungkan??

Selain tu dia jugak la penghibur hidup aku, kelakuan dan sifat semulajadi dia yang sentiasa ceria dan bersahaja selalu membuatkan hati aku sejuk..Selalu sangat bila ada perselisihan faham antara kami, aku akan niat yang aku akan terus berdiam dan tak akan bercakap dengan dia.. Tapi..pegangan aku tu hanya bertahan 5minit...Ya..rajuk aku cuma 5minit kalau berhadapan dengan dia...Dengan sikap dia yang bersahaja, sedaya upaya dia akan buat aku kembali senyum...Hidup aku dengan dia tak pernah sunyi dengan gelak tawa..Syukur, alhamdulillah....

Sejuk juga hati aku sampaikan menitis air mata bila dia dengan lembut menegur bacaan Al-Quran yang aku baca...Dia terlalu cuba menjaga hati...dia suka dengar ceramah UAI..kalau dia nak tegur aku..dia akan cari klip video daripada ceramah UAI tu dan bagi aku dengar sama-sama dengan dia...Jadi fahamlah aku yang dia buat macam tu untuk tegur sesuatu tentang diri aku..Ya..aku terima teguran itu. Mungkin dia ingat dengan teguran terus dari dia, aku akan ignore sebab aku nie jenis yang banyak bercakap dan selalu berselisih pendapat dengan dia...

Tujuan aku menulis coretan ini bukanlah hendak menunjuk siapa suami aku..bukan...kita selalu dengar tentang ayat-ayat yang memuji wanita bergelar isteri tapi apa salahnya kalau aku memuji seorang lelaki yang bergelar suami kepada aku didalam blog tulisan aku sendiri..Tak salahkan?

Buat suamiku..terima kasih yang tak terhingga dengan kasih sayang dan apa sahaja yang telah abah beri kepada isterimu & anakmu ini...Semoga kita sekeluarga akan kekal bahagia hingga akhir hayat..Amin......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Gojes-gojes yang komen