Anak aku senang sangat nak bagi tidoq..tapi dia jugak senang sangat bangun...tidoq ada la dalam 15minit..maka pabila dah ku google2...dapatlah tips ini yang sangat membantu.............
40 tips bayi tidur lena
1 . Selsema tidak mengira waktu dan usia, malah bayi begitu
mudah dijangkiti selsema. Sukar untuk dia tidur lena malam dan meragam akibat
kesukaran untuk bernafas. Cuba beri kelegaan dengan meletakan balm pada
bahagian yang tidak selesa.
2 . Ruam adalah salah satu masalah kulit yang dihadapi oleh
bayi yang biasanya terjadi di sekitar punggung bayi. Kemerahan pada bahagian
kulit memberi rasa pedih pada bayi. Longgarkan pemakaian lampin pakai buang
atau gunakan ubat anti ruam. Kerap juga tukar lampin pada waktu malam. Bayi
rasa selesa dan tidur lena.
3 . Kolik adalah masalah kembung perut yang membuatkan bayi
meragam dan tidak tidur lena. tidur secara meniarao di samping sapu ubat khas
di bahagian perut.
4 . Elakkan bilik dalam keadaan panas dan terlalu sejuk.
Pakaikan pakaian tidur yang nipis. Bayi adakalanya terjaya waktu malam kerana
kepanasan. Suhu bilik adalah terbaik untuk bayi tidur lena.
5 . Suhu badan bayi melebihi 39 darjah celcius, bayi demam
dan mudah terjaga waktu malam. Berikan ubat demam dan sejukkan badannya dengan
membasahkan kain dan lap seluruh anggota badannya. Pakaikan baju nipis. Jika
suhu badan masih tinggi segara dapatkan rawatan doktor.
6 . Batuk membuatkan bayi mudah terjaga. Pastikan bilik
tidak terlalu sejuk dan beri ubat batuk khas untuk bayi, ia membantu bayi tidur
lena. Pastikan juga bilik bersih dari habuk kotoran.
7 . Gusi bengkak, tanda gigi akan tumbuh. Rasa tidak selesa,
menyukarkan tidur bayi. Berikan teether tang telah disejukkan dalam peti ais.
Bayi akan rasa nyaman dan ketidakselesaan makin berkurang.
8 . Jadikan waktu tidur rutin setiap hari. Bayi akan secara
tidak langsung tahu akan waktu tidurnya. Dia akan tidur dengan sendirinya
apabila sampai waktunya.
9 . Bilik gelap, suhu bilik dan senyap membantu bayi tidur
dengan cepat. Lakukan setiap kali bayi mahu tidur. Bayi yang mendapat tidur
yang cukup akan kelihatan segar dan aktif.
10. Posisi
bayi tidur secara telentang mengelakan risiko sindrom kematian mengejut.
Cara ini membantu bayi tidur lena.
11.Tidurkan bayi di tempat yang sama. Secara psikologinya
bayi akan tahu bahawa itu adalah tempat tidurnya.
12. Elakkan
bermain di tempat tidurnya. Katakan padanya disitu bukan tempat bermain.
Sediakan satu tempat untuk dia bermain.
13. Nyanyikan lagu atau muzik kegemarannya dengan perlahan
supaya dia dapat tidur dengan sendirinya. Jangan terlalu mendesak.
14. Secara
tradisional, tungku juga boleh digunakan untuk sakit perut bayi yang boleh
menganggu tidurnya. Tungku secara perlahan di sekitar perut bayi. Gunakan
tungu yang kecil.
15. Ketika tidurkan bayi, dekatkan diri anda dengan bayi.
Tepuk dan gosok belakangnya secara lembut.Bayi anda akan rasa selamat. Lakukan
gerakan yang sama sehingga bayi anda tidur.
16. Mandikan
bayi dengan air suam. Bayi akan berasa nyaman dan segar dengan haruman
wangian mandian. Siapkan bayi anda, seterusnya berikan makanan berkhasiat
dan susu sebelum tidur.
17. Lakukan urutan di seluruh badan bayi. Minyak zaitun atau
losyen boleh digunakan. Digalakan dilakukan selepas mandi dan lakukan secara
konsisten.
18. Jika
bayi terjaga waktu malam, redakan tangisannya. Segara lihat lampin perlu
ditukar atau bayi berasa panas atau sejuk. Jangan bercakap ataupun membuka
lampu.
19. Bayi menangis dengan tiba-tiba walaupun baru setengan
jam tidur. Baring bersebelahan dan pastikan ia tidur semula
20.Dukung sambil berjalan dan dodoikan akan menyelesaikan
masalah bayi menagis diwaktu malam.Tetapi jangan selalu lakukan demikian.Boleh
dilakukan apabila terdesak ataupun bayi demam.
21. Bau
aromaterapi di seluruh bilik membuatkan rasa nyaman dan perasaan tenang
pada bayi.
22. Gunakan selimut kapas yang tidak terlalu tebal untuk
bayi. Selimut yang tebal membuatkan bayi berpeluh dan terjaga pada waktu malam.
23. Jika
anda kaki tv pastikan bunyi tv dan muzik tidak menganggu tidur bayi. Bayi
begitu sensitif pada bunyi jika ia tidak dapat tidur.
24. Jika bayi pramatang pula, baju yang berlengan panjang,
seluar berkaki dan topi perlu dipakai ketika tidur. Bayi ini sangat sensitif
dengan persekitarannya yang sejuk dan mudah dijangkiti penyakit.
25.Jika
perlu, anda dan pasangan anda turut sama tidur bersama-sama bayi. Bau
badan ibu dan bapanya membuatkan bayi tahu keadaan sekelilingnyaselamat
dan usah bimbang.
26. Belajar tanda bayi mahu tidur.Selalu tanda letih seperti
menggosok mata, tarik telinga dan meragam. Jika ada, segera bawa ke katil. Dia
akan menjadi bartambah letih dan sukar tidur jika gagal berbuat demikian.
27. Buat
mood untuk bayi faham waktu tidur hampir tiba denagn memandikannya,
membaca buku, membuaikannya atau mendodoikannya.
28. Penghawa dingin yang dipasang di dalam bilik tidur
dikatakan membantu bayi tidur dengan lena.
29. Bawa
bayi anda ke katil waktu dia sedar dan beri masa untuk dia tidur dengan
sendirinya. Selalunya antara enam sehingga lapan minggu usianya cara ini
boleh digunakan.
30. Alat permainan tergantung yang berpusing juga membantu
bayi tidur dengan mudah. Sesuai untuk bayi baru lahir.
31. Lalukan
aktiviti permainan di atas katil secara tetap sebelum tidur. Jangan
terlalu lama. Kemudian ajak bayi tidur.
32. Ubah posisi tidur bayi jika terjaga di tengah malam.
Mungkin bayi sukar menggerakkan badannya lalu menangis. Pastika ia memberi
keselesaan pada si manja.
33. Hiduk
bayi yang tersumbat akibat selsema menggangu pernafasannya. Bantal yang
tinggi diperlukan supaya hidung dapat bernafas dengan baik.
34. Tilam yang empuk yang diperbuat dari getah asli adalah
pilihan yang terbaik. Ia menggalakkan bayi tidur lena.
35. Bilik
yang bersih memberi kesan psikologi yang baik pada bayi.
36. Dakapan yang penuh dengan kasih sayang perlu dilakukan
dengan kerap akan membuatkan bayi berasa dirinya dihargai.
37. Katil
yang kuat dan selesa dan tilam khas digunakan untuk membantu bayi tidur
dengan lena.
38. Galakan aktiviti di sianga hari separti barmain,
bercakap atau menyaikan lagu. Ia membantu bayi tidur lebih diwaktu malam.
39. Dekorasi
bilik tidurnya yang menarik juga membantu bayi suka akan tempat tidurnya.
40. Jika bayi menangis diwaktu malam dan tidur kembali
mungkin ia tidak selesa dengan posisi tidurnya. Tenangkan ia sehingga ia tidur
kembali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Gojes-gojes yang komen