Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Khamis, 11 Julai 2013

Berenang-renang Di dalam Bilik

Assalamualaikum......

Hari nie hari kedua kita berpuasa...Pagi tadi sakan sungguh bersahur..siap 2pinggan nasi aku bedal, tu la..semalam pukul 11.30mlm aku cakap lapo kat Mr.Saif dia cakap tunggu sahur baru makan..so,jangan jegil2 mata itu melihat bini mu ini melantak nasi..hehehe

Eh2..nie nak story benda lain tapi benda lain lak yang keluar..Ingat lagi tak entry Hamam ikut opah dia balik kampung kat SINI..2hari lepas tu depa hantar dia balik kat aku..Bilik pon masih tak berkemas dengan bakul susu & beg baju..

Haa..kejadian berlaku awal pagi masa aku tengah siap nak pegi keja..

Masa aku nak masuk mandi,si Hamam nie tengah khusyuk koyak2 katalog2 lama..aku pon terus mandi cepat2 takut dia main benda lain pulak..Masa tengah mandi,aku dengar bunyi 'Brrammm!!' Ada benda terbalik/benda jatuh..Haa..tak sedap hati dah..Mesti ada apa2 nie...Cepat2 mandi terus masuk bilik....

Tengok-tengok, arghhhhh......


Yeyy..Hamam buat swimming pool dalam bilik..Benda yang terbalik adalah bakul merah itu..Kat dalam tu ada termos oren nie,susu,botol susu & bekas air masak..Aku dah angkat termos tu dengan bakul merah tu pastu baru teringat nak ambik gambar..so,nie lepas kejadian la..

Cer tengok budak Hamam tu men tepuk2 air..ggeerrrr!!! Geram aku..


Haa..tengok..nampak tak air?? Basah lencun lantai bilik,dah la bertikar getah..masam!


Close up sikit...nie pon dia main tepuk2 lagi..last sekali aku lepuk tangan kecik tu...haa..hambik..tapi tak nangis,dia gelak pulak kat aku..Caiittt!


Nie la penyebab kenapa terbalik sikit pon boleh banjir..Termos tu tak tutup ketat2..Just letak je penutup dia kat atas tu..Disebabkan tak bertutup,jadi air kat dalam termos nie pon sejuk...Nasib baik sejuk,kalau panas?? Nauzubillah...minta dijauhkan la...

Habis lencun anak aku..dia nie pulak kalau main air memang no 1..Pagi nie dia masuk jamban dengan walker sebab nak main air dalam baldi..Nasib MIL aku perasan,terjerit jugak la MIL aku..maunya tak jerit..baldi besar sama paras dengan walker dia,air penuh lak tu...Aku lak tengah bizi iron tudung..Hai la anak, kalau hari2 macam nie..sakit jantung la ibu hang nie tau dak!




2 ulasan:

  1. adoiyai... bahayanya kalau lepaskan baby camtu je kan.. nasib la air sejuk..kalau panas habis melecur..huhu

    BalasPadam
  2. jijah : tu lah..memang tak perasan pon termos tu tak bertutup..budak nie pulak tengah melasak.memang tak boleh dok diam.

    BalasPadam

Gojes-gojes yang komen