Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Khamis, 23 Mei 2013

Apa pendapat hampa semua.........

Assalamualaikum semua, selamat pagi........

Hari nie Khamis, untung la sapa2 keja gomen..hari nie last keja for this week, pastu cuti lak 3 hari..untong..untong....Macam aku nie esok cuti, Sabtu mai keja balik. Ahad baru la aku punya weekend...Mr.Saif lagi strees..esok tak cuti, Ahad tak pasti keja atau dak..Eh..bukan tu yang aku nak cerita kat sini...haishhh..besa la intro mesti lari dari tajuk...

Esok Jumaat, pasar malam dekat area rumah aku...Tiba-tiba aku teringat perbualan aku dengan Mr.Saif masa syok shopping kat pasar malam hari tu...

Ibu, nak beli sayoq dak?

Boleh gak, jom....tapi tak mau beli kat orang nie..Jom beli kat cina tu....


Ibu nie suka sangat beli dekat cina, ada masalah ka beli dekat Melayu kita?


Orang Melayu juai mahai sangat...tengok cina,depa memang nak kira untung tapi tak sampai cekik darah pelanggan... Mak ibu pon suka beli barang2 kering dekat kedai cina sebab depa nie bagus...kalau barang yang kita nak tak dak..depa tak cakap tak dak..depa cakap habis then suruh mai petang tu plak..mesti ada punya la barang tu..Bila mak ibu p petang, memang barang tu ada..depa sanggup buat apa saja asalkan pelanggan depa puas hati...Tengok plak orang melayu..barang yang kita nak depa kata tak dak..tak tau la tak dak tu habis @ betul2 tak dak...pastu siap suruh mai plak lain kali kalau nak..Tapi pi lain kali pon (selang 2,3 hari) still tak dak jugak....


Then kami beli jugak sayoq dekat orang melayu kita, betoi jangkaan aku.. kami beli kobis 1/4 (aku pilih yang kecik ja), sayuq yang 3 ikat RM2, carrot sebatang (kecik jugak), cabai melaka RM2, cabai besaq 5bijik saiz sederhana...kira semua sekali RM14.30...sekarang aku konfius..berapa harga kobis, carrot, dan cabai besaq 5bijik tu??? tak kan lah semua tu harga RM10.30...malas nak tanya banyak sebab ramai sangat orang...

Then lepas aku bagitau berapa harga sayoq tu Mr.Saif pon terdiam...harap sangat dia boleh terima pendapat yang aku bagi awai2 tu....

Selain tu, yang aku nampak orang cina kalau meniaga depa nak untung tapi depa tak mau rugi..Sebelum kita beli barang kat kedai depa, depa akan bagi servis yang terbaik supaya kita tak akan mai sekali lagi kedai depa mengadu barang yang kita beli tak dak kualiti tapi depa nak kita mai kedai depa sebab nak beli barang lain plak...Betoi dak?

Macam family aku & adik beradik aku kalau nak beli barang letrik kami akan pi 1 kedai ja kat Pekan Kulim nie, kedai cina..Guess what,yang start beli barang dari kedai tu adalah Tokwan aku (dah arwah tahun 2001).. Lepas tu arwah ayah aku pon beli dekat kedai tu..Mak aku pon beli dekat kedai tu. Kak aku pon beli dekat kedai tu..Turun temurun sepanjang zaman...hahaha...Tuan kedai tu pon dah meninggal, yang ambik alih kedai tu sekarang nie anak lelaki dia dan bini dia sendiri...

Dah lama kot tak ambik barang kat kedai tu, tak silap aku yang last mak aku ambik mesin basuh kot.Mesin tu pon dah reput redam..Then tahun 2011 tak silap aku, kak aku pi kedai tu nak ambik TV and pasang astro..mak pada tokey baru tu yang urus semua..Pi sembang2 dulu,juai nama tokwan,ayah aku & mak aku terus depa ingat dan boleh dapat harga murah (proses tawar menawar memang makan masa lama, heheheh)...

Yang bestnya masa nie kak aku pi daftar astro dulu, TV tak bayaq lagi..Tup..tup..tokey kedai & pengikut dia mai pasang astro kat rumah sebab banyak sangat rumah depa nak pi jadi tokey pon turun padang lah  tapi TV tak dak nak cari signal mcm mana betoi dak?? Nasib ada orang beli TV,pinjam dulu TV depa nak cari signal astro...TQ tuan TV (tak tau sapa dia)..Masa nie anak tokey merangkap tokey baru cakap, Eh, aku penah mai rumah hang nie, lama dah tak mai..ayah hang suka ambik barang kat kedai aku..ayah hang mana?
Then aku pon cakap, ayah dah arwah tahun 2007...dia terkejut terus dia cakap, kalau la aku tau nak mai pasang nie rumah hampa,aku bawak mai TV teruih tadi.bayaq kemudian-kemudian pon tak pa...
Nie bukan ayat aku, nie memang ayat dia sendiri..Tengok cara depa meniaga..kita percaya depa then terus-terus depa pon percaya kita...Buat masa sekarang nie, kat rumah mak aku tu TV, astro, mesin basuh, blander, peti ais & penyangkut TV LCD pon beli kat kedai tu...Ibarat pelanggan tetap depa la family aku nie...

Macam mana pulak pendapat hampa? Nie pendapat aku ok...Tak dak kena mengena nak sanjung bangsa depa atau nak merendahkan bangsa kita..kita punya pendapat berbeza dan pandangan berbeza...Tolong jangan anggap ini semua 1 isu perkauman...Lagi 1 aku tak dibayar untuk promosi kedai depa..semuanya adalah secara sukarela....Peace Yoo...!!!!

Sekian....



Rabu, 22 Mei 2013

Dia...Penyeri Hidupku.....

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah kerana masih lagi dipertemukan dengan hari Rabu...syukur Ya Allah.....

Tiba-tiba terdetik dihati untuk membuat sedikit coretan tentang seseorang yang telah menjadi penyeri hidupku...Seseorang yang sangat bermakna didalam hidupku...Siapa lagi jika bukan suami tercinta, Muhammad Shaifullah bin Ahmad...



Selama kami bersama-sama mengharungi pahit manis asam rumah tangga, dia sentiasa setia bersama. Suka duka kisah kehidupan kami penuh dengan kenangan yang sukar diungkap dengan kata-kata...

Sepanjang kami hidup bersama,dia seboleh-bolehnya berusaha untuk menjaga perasaan aku. Walaupon kadang-kadang aku lupa tentang perasaan dia. Dia sentiasa berusaha sedaya upaya nak tengok aku sentiasa ceria & gembira...

Bila aku sedih, dia akan beri kata-kata semangat.. Dia berusaha untuk meredakan apa sahaja perasaan negetif yang boleh buat aku sedih..Adatlah hidup berumah tangga, perselisihan faham sentiasa berlaku tetapi dia lebih suka mendiamkan diri..tak kira salahnya dari aku atau dari dia sendiri...Bagi aku, berdiam diri itu adalah jalan yang terbaik setakat ini...Jika salahnya dari aku sendiri, dalam tempoh dia berdiam diri itu akan buat aku flash back apa kesalahan aku, dalam tempoh tu jugak aku dapat bezakan baik buruk perbuatan aku. Jika salahnya dari dia sendiri, dalam tempoh aku berdiam diri tu dia akan perasan dan akan berusaha untuk buat aku ceria & dia akn mnyedari kesilapan dia...

Tulah untungnya kalau orang yang banyak cakap macam aku nie, kalau 1 hari aku diam saja pon dia berpuluh kali tanya soalan dekat aku..kenapa aku diam ja 1 ary,sakitkah..marahkah..ada masalah kah...untungkan??

Selain tu dia jugak la penghibur hidup aku, kelakuan dan sifat semulajadi dia yang sentiasa ceria dan bersahaja selalu membuatkan hati aku sejuk..Selalu sangat bila ada perselisihan faham antara kami, aku akan niat yang aku akan terus berdiam dan tak akan bercakap dengan dia.. Tapi..pegangan aku tu hanya bertahan 5minit...Ya..rajuk aku cuma 5minit kalau berhadapan dengan dia...Dengan sikap dia yang bersahaja, sedaya upaya dia akan buat aku kembali senyum...Hidup aku dengan dia tak pernah sunyi dengan gelak tawa..Syukur, alhamdulillah....

Sejuk juga hati aku sampaikan menitis air mata bila dia dengan lembut menegur bacaan Al-Quran yang aku baca...Dia terlalu cuba menjaga hati...dia suka dengar ceramah UAI..kalau dia nak tegur aku..dia akan cari klip video daripada ceramah UAI tu dan bagi aku dengar sama-sama dengan dia...Jadi fahamlah aku yang dia buat macam tu untuk tegur sesuatu tentang diri aku..Ya..aku terima teguran itu. Mungkin dia ingat dengan teguran terus dari dia, aku akan ignore sebab aku nie jenis yang banyak bercakap dan selalu berselisih pendapat dengan dia...

Tujuan aku menulis coretan ini bukanlah hendak menunjuk siapa suami aku..bukan...kita selalu dengar tentang ayat-ayat yang memuji wanita bergelar isteri tapi apa salahnya kalau aku memuji seorang lelaki yang bergelar suami kepada aku didalam blog tulisan aku sendiri..Tak salahkan?

Buat suamiku..terima kasih yang tak terhingga dengan kasih sayang dan apa sahaja yang telah abah beri kepada isterimu & anakmu ini...Semoga kita sekeluarga akan kekal bahagia hingga akhir hayat..Amin......

Jumaat, 17 Mei 2013

Bukan Luahan Perasaan....

Assalamualaikum......Gud Monink.......\(^o^)/

Wahhh...pagi2 kalau selalu cheers up macam nie kan best? heheheh......#happy bermakna nie....

Minggu nie adalah minggu yang agak memenatkan bagi aku dengan ketiadaan Mr.Saif disisi..Semuanya aku uruskan sendiri..

Every morning aku akan bangun & uruskan beberapa perkara dengan MIL aku..Maksud aku kemas2 apa yang patut la..

Then bila Hammam bangun aku uruskan dia, Hammam nie suka poo poo pagi2...
Macam pagi nie,elok dia bangun ja aku dah bagi minum susu lepas tu dia dah start guling2 atas tilam..Aku takut dok guling2 satgi tergolek jatuh bawah ja..Terus aku angkat letak dalam walker..Haa..pi la melawat kawasan..Boleh aku bersiap nak pi keja..

Pukul 7 sekali lagi aku bagi susu,60ml saja..Elok habis sebotol,haa..baik je ada isi dalam pampers..Tukaq pampers dia, tukaq baju, bedakkan sikit bagi wangi..Ok..dah siap....

Sekarang ni aku pi keja nek motor saja sebab cepat sampai & boleh mencelah dekat traffic light..Opss..bukan langgaq traffic light tapi mencelah dok depan sekali.hehehe...

Sebelum nie Mr.Saif yang hantaq aku tapi sejak dia outstation seminggu nie aku kena pi sendiri & kenderaan yang aku pandai bawak hanyalah motosikal. Jadi tu pasai aku naik motor, bapak mertua aku ada offer nak ambik & hantaq. Segan lak aku,kalau laki sendiri tu lainlah kan?? hehehe...

Nak hantaq Hammam kat baby sitter pon dah jadi tugas aku pagi2..Kalau tak berpeluh ketiak pagi2 bukan aku la tu...Nak-nak lak Mr.Saif tak dak minggu nie, melampau2 lak peluh tu keluaq..Muahahah....
Jadi, pagi2 aku pakai baby carrier untuk hantaq Hammam kat baby sitter.Memang nampak bahaya tapi tu saja yang terbaik..Lagi pon dekat saja, tak sempat nak tukaq gear motor dah sampai..hahaha...#tipuuu....

Lepas pas Hammam kat mama dia terus pecut ke tempat keja...
Pukul 6 aku balik, singgah ambik Hammam dulu then terus balik rumah..Sampai rumah tolong MIL aku masak makan malam, bagi mandi Hammam,bagi dia makan then tdoq.

Macam tu la kehidupan aku hari2 sejak Mr.Saif tak dak minggu nie...Boring...Tak dak orang nak sakat aku,marah aku,teguq aku..Dan aku pon tak tau nak merepek dekat sapa..Kalu Mr.Saif ada dia la mangsa mulut murai aku nie...Dia tak celik mata lagi dah dengaq mulut aku bunyi...tunggu aku tidoq dulu baru diam la mulut aku nie..heheheh....

#Cepat balik ye bah....(^___^)