Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Isnin, 10 Jun 2013

Perancangan Bufday

Ohkey...lebih kurang 3 bulan lebih lagi nak sampai bulan 10...atau lebih tepat bulan kelahiran putera tercinta....



Pagi tadi masa otw balik dari kampung dengan Mr.Saif meredah jammed yang Bapakkk aarrrr.............
Fuhhh...Kulim pon dah jammed berjela2 panjangnya....sapa2 orang Kulim yang tau Simpang 4 Keladi mesti tau teruknya jammed kat situ pagi2...pagi tadi siap abang polis traffic terpacak tengah jalan..Aku ingatkan traffic light sorak rupanya beliau mengawas & urus lalu lintas kat situ...

Geram betoi aku dengan orang yang pikir tentang diri sindiri ni...sanggup langgar lampu merah sebab nak cepat..kesudahannya terpaksa abang polis tu mai jaga jalan tu sebab sikap pengguna yang ntah apa2..Tak pasal2 dari 4 simpang tu,kali 1 simpang nak jalan..ambik masa 15 minit..nasib aku mandi siap2 kat rumah mak,sampai rumah terus tukar baju rush mai keja.

Kesian polis tu..ada jugak yang tak ikut arahan..langgar jugak arahan dia,relax je berdesup depan polis tu sampaikan tertonggeng2 polis tu bagi isyarat tangan & tiup wisel..mula2 aku gelak..ada jugak 2,3 yang naik motor gelakkan dia tapi pikir balik kesian dia...terus aku.."Eh..kenapa gelak kat dia? Dia menjalankan tugas tapi depa yang tak ikut arahan....mengong sungguh driver tu..." 

Mak aii...3 perenggan aku melalut ke laut.......pe kes nie kak ngah oiii??

Ok, kontinieu...masa dalam keta tetiba Mr.Saif cakap..."ibu..jom menabung untuk bufday Hamam..." macam nak buat besar-besaran.Rupanya nak ajak family aku & dia makan2 kat luar je...Otomatik aku pikir..kenyang ke?? Haahaa..aku mau kenyang ja...rugi lah kalau tak kenyang tapi nampak gayanya memang macam tak kenyang....

Bajet rendah tapi nak puas hati dan kenyang....kek tak termasuk dalam bajet...acaner nak buat..masa panjang jadi boleh pikir dulu...Kenapa aku nak buat bufday anak pon pikir awal gila? siap bajet2 bagai?

Sebabnya adalah, bufday Hamam kurang seminggu dari Hari Raya Qurban..nak raya lagi..bufday lagi...nak lagi senang lambatkan sikit sambut buday Hamam sekalikan dengan raya..ok tak?? Alahai..bufday pon dah kecoh kan?? Baru bufday...bukan kenduri lagi...

Sapa2 ada cadangan yang best2 kongsilah...

#eksited nak sambung bufday anak yang pertama,meroyan terus................

Untitle...........

Assalamualaikum..............................................

Tak bersemangat nak memulakan kerja...Kenapa eh??

Petang kelmarin kami (aku,Mr.Saif,Hamam) balik kampung aku...tak jauh pon kampung aku, ermmm..kira dekat jugak la dengan Arus Deras Sungai Sedim tu...

Saja balik sebab adik beradik aku dengan mak aku bising rindu dekat Hamam katanya..hehehe...Masa nak bertolak dari rumah aku,sempat la sms kat aku gitau dia kami nak balik...sekali dia cakap "kami baru ja keluaq rumah nak makan kenduri dekat SP..." Haaa...dah tu tak dak sapa kat rumah aku nak melangut cari apa??

Mr.Saif cakap dah..kalau tak dak sapa kat rumah so dia nak kluaq pi jumpa kawan2 dia kat kampung...aku pon,ok....pi la...Punya la aku boring dok hadap tv sorang2 dengan Hamam..Paling geram nak kepung Hamam jangan melasak sangat dengan walker yang buat dia meluncur lebih laju....Perghh..ayat macam nak buat iklan...

Tunggu punya tunggu dengan bersulam call yang bertalu2 dari aku..maka hampir maghrib baru la nampak bumper depan proton saga putih iteww...Penatnya tunggu depa nie..Caitt..padahal dok depan tv ja..heheheh....

Tengok depa nie macam baru balik bufday party pon ada..dengan kek sekotak,jajan,gift bag sampai 3/4 bag...mana depa pi nie?? Aku baru nak buka mulut terus kak aku menyampuk..."Ruuuuggiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........hang tak mau ikut kami tadi..Nasib baik kami pi kenduri pakai glamour habis..Depa buat kenduri dekat Cinta Sayang Resort..." Kehlasss la tu...

Rupanya depa nie dah sampai SP baru melilau cari jalan sebab depa nie dijemput makan kenduri di SP tapi tak tanya buat kenduri kat mana..Nasib baik call pengantin,pengantin jawab..pukul 5 baru bertandang rumah kenduri...Memang kenduri glamours habis la....disebabkan tetamu diakhir2 majlis nie...maka dapat la kek 3 tingkat yang bahagian atas tu kat depa..bawak balik rumah,maka aku pulak yang hadap...puas hati....





Ok...gambaq aku curi dari FB akak aku...soriiiiiiiiiiii......................

Banyak betul yang pengantin bagi kat depa..sebijik macam baru balik bufday party..yang bezanya depa nie tak pakai topi party yang budak2 pakai ja..ok....melalutttt............

Tu ja nak story untuk senaman jari hari nie..byee...........


Sabtu, 8 Jun 2013

40 Tips Anak Tidor Lena............

Anak aku senang sangat nak bagi tidoq..tapi dia jugak senang sangat bangun...tidoq ada la dalam 15minit..maka pabila dah ku google2...dapatlah tips ini yang sangat membantu.............

40 tips bayi tidur lena

1 . Selsema tidak mengira waktu dan usia, malah bayi begitu mudah dijangkiti selsema. Sukar untuk dia tidur lena malam dan meragam akibat kesukaran untuk bernafas. Cuba beri kelegaan dengan meletakan balm pada bahagian yang tidak selesa.

2 . Ruam adalah salah satu masalah kulit yang dihadapi oleh bayi yang biasanya terjadi di sekitar punggung bayi. Kemerahan pada bahagian kulit memberi rasa pedih pada bayi. Longgarkan pemakaian lampin pakai buang atau gunakan ubat anti ruam. Kerap juga tukar lampin pada waktu malam. Bayi rasa selesa dan tidur lena.

3 . Kolik adalah masalah kembung perut yang membuatkan bayi meragam dan tidak tidur lena. tidur secara meniarao di samping sapu ubat khas di bahagian perut.

4 . Elakkan bilik dalam keadaan panas dan terlalu sejuk. Pakaikan pakaian tidur yang nipis. Bayi adakalanya terjaya waktu malam kerana kepanasan. Suhu bilik adalah terbaik untuk bayi tidur lena.

5 . Suhu badan bayi melebihi 39 darjah celcius, bayi demam dan mudah terjaga waktu malam. Berikan ubat demam dan sejukkan badannya dengan membasahkan kain dan lap seluruh anggota badannya. Pakaikan baju nipis. Jika suhu badan masih tinggi segara dapatkan rawatan doktor.

6 . Batuk membuatkan bayi mudah terjaga. Pastikan bilik tidak terlalu sejuk dan beri ubat batuk khas untuk bayi, ia membantu bayi tidur lena. Pastikan juga bilik bersih dari habuk kotoran.

7 . Gusi bengkak, tanda gigi akan tumbuh. Rasa tidak selesa, menyukarkan tidur bayi. Berikan teether tang telah disejukkan dalam peti ais. Bayi akan rasa nyaman dan ketidakselesaan makin berkurang.

8 . Jadikan waktu tidur rutin setiap hari. Bayi akan secara tidak langsung tahu akan waktu tidurnya. Dia akan tidur dengan sendirinya apabila sampai waktunya.

9 . Bilik gelap, suhu bilik dan senyap membantu bayi tidur dengan cepat. Lakukan setiap kali bayi mahu tidur. Bayi yang mendapat tidur yang cukup akan kelihatan segar dan aktif.

10. Posisi bayi tidur secara telentang mengelakan risiko sindrom kematian mengejut. Cara ini membantu bayi tidur lena.

11.Tidurkan bayi di tempat yang sama. Secara psikologinya bayi akan tahu bahawa itu adalah tempat tidurnya.

12. Elakkan bermain di tempat tidurnya. Katakan padanya disitu bukan tempat bermain. Sediakan satu tempat untuk dia bermain.

13. Nyanyikan lagu atau muzik kegemarannya dengan perlahan supaya dia dapat tidur dengan sendirinya. Jangan terlalu mendesak.

14. Secara tradisional, tungku juga boleh digunakan untuk sakit perut bayi yang boleh menganggu tidurnya. Tungku secara perlahan di sekitar perut bayi. Gunakan tungu yang kecil.

15. Ketika tidurkan bayi, dekatkan diri anda dengan bayi. Tepuk dan gosok belakangnya secara lembut.Bayi anda akan rasa selamat. Lakukan gerakan yang sama sehingga bayi anda tidur.

16. Mandikan bayi dengan air suam. Bayi akan berasa nyaman dan segar dengan haruman wangian mandian. Siapkan bayi anda, seterusnya berikan makanan berkhasiat dan susu sebelum tidur.

17. Lakukan urutan di seluruh badan bayi. Minyak zaitun atau losyen boleh digunakan. Digalakan dilakukan selepas mandi dan lakukan secara konsisten.

18. Jika bayi terjaga waktu malam, redakan tangisannya. Segara lihat lampin perlu ditukar atau bayi berasa panas atau sejuk. Jangan bercakap ataupun membuka lampu.

19. Bayi menangis dengan tiba-tiba walaupun baru setengan jam tidur. Baring bersebelahan dan pastikan ia tidur semula

20.Dukung sambil berjalan dan dodoikan akan menyelesaikan masalah bayi menagis diwaktu malam.Tetapi jangan selalu lakukan demikian.Boleh dilakukan apabila terdesak ataupun bayi demam.

21. Bau aromaterapi di seluruh bilik membuatkan rasa nyaman dan perasaan tenang pada bayi.

22. Gunakan selimut kapas yang tidak terlalu tebal untuk bayi. Selimut yang tebal membuatkan bayi berpeluh dan terjaga pada waktu malam.

23. Jika anda kaki tv pastikan bunyi tv dan muzik tidak menganggu tidur bayi. Bayi begitu sensitif pada bunyi jika ia tidak dapat tidur.

24. Jika bayi pramatang pula, baju yang berlengan panjang, seluar berkaki dan topi perlu dipakai ketika tidur. Bayi ini sangat sensitif dengan persekitarannya yang sejuk dan mudah dijangkiti penyakit.

25.Jika perlu, anda dan pasangan anda turut sama tidur bersama-sama bayi. Bau badan ibu dan bapanya membuatkan bayi tahu keadaan sekelilingnyaselamat dan usah bimbang.

26. Belajar tanda bayi mahu tidur.Selalu tanda letih seperti menggosok mata, tarik telinga dan meragam. Jika ada, segera bawa ke katil. Dia akan menjadi bartambah letih dan sukar tidur jika gagal berbuat demikian.

27. Buat mood untuk bayi faham waktu tidur hampir tiba denagn memandikannya, membaca buku, membuaikannya atau mendodoikannya.

28. Penghawa dingin yang dipasang di dalam bilik tidur dikatakan membantu bayi tidur dengan lena.

29. Bawa bayi anda ke katil waktu dia sedar dan beri masa untuk dia tidur dengan sendirinya. Selalunya antara enam sehingga lapan minggu usianya cara ini boleh digunakan.

30. Alat permainan tergantung yang berpusing juga membantu bayi tidur dengan mudah. Sesuai untuk bayi baru lahir.

31. Lalukan aktiviti permainan di atas katil secara tetap sebelum tidur. Jangan terlalu lama. Kemudian ajak bayi tidur.

32. Ubah posisi tidur bayi jika terjaga di tengah malam. Mungkin bayi sukar menggerakkan badannya lalu menangis. Pastika ia memberi keselesaan pada si manja.

33. Hiduk bayi yang tersumbat akibat selsema menggangu pernafasannya. Bantal yang tinggi diperlukan supaya hidung dapat bernafas dengan baik.

34. Tilam yang empuk yang diperbuat dari getah asli adalah pilihan yang terbaik. Ia menggalakkan bayi tidur lena.

35. Bilik yang bersih memberi kesan psikologi yang baik pada bayi.

36. Dakapan yang penuh dengan kasih sayang perlu dilakukan dengan kerap akan membuatkan bayi berasa dirinya dihargai.

37. Katil yang kuat dan selesa dan tilam khas digunakan untuk membantu bayi tidur dengan lena.

38. Galakan aktiviti di sianga hari separti barmain, bercakap atau menyaikan lagu. Ia membantu bayi tidur lebih diwaktu malam.

39. Dekorasi bilik tidurnya yang menarik juga membantu bayi suka akan tempat tidurnya.

40. Jika bayi menangis diwaktu malam dan tidur kembali mungkin ia tidak selesa dengan posisi tidurnya. Tenangkan ia sehingga ia tidur kembali.