Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Khamis, 10 Oktober 2013

Maut Di dalam Lori Simen


Astagfirullahalazim........
Kenapa boleh jadi macam nie? 1 ja yang terlintas kat kepala aku bila baca ja tajuk nie..
Tak amalkankan "Safety First" ke? Ehh..kalau kerja bahagian industrial or construction..hal2 keselamatan nie terlalulah penting even dia nie warga asing..
Melainkan company pakai PATI..nak senang kerja kan?lagi 1 lebih murah..betol tak?

Aku tak tuduh company tu pakai PATI tapi benda-benda macam nie kena buat berpasukan maksud aku kena ada TEAM untuk selesaikan 1 tugas,bukan buat kerja sorang-sorang..
Kalau buat kerja berpasukan,tak kan ada kes 'tak tau ada orang dalam mesin tu'..sebab bila buat kerja berpasukan,mesti ada perancangan,sapa buat nie,sapa buat tu..dari start kerja sampai kerja tu siap...
Haiii..maybe ajal dia kot..ntah la..

Sandakan - Seorang lelaki warga asing maut selepas tubuhnya dikisar mesin pembancuh simen ketika membersihkan sisa simen di dalam tangki lori berkenaan di tapak pembinaan rumah di Kampung Cahaya Baru Batu 3 di sini, semalam.
Mangsa, Bakis Jaujan, 37, pekerja tapak pembinaan itu dikatakan masuk ke dalam tangki pembancuh terbabit untuk mencucinya.

Bagaimanapun, rakannya yang tidak menyedari mangsa berada di dalam tangki pembancuh itu menghidupkan enjin lori menyebabkan mesin pembancuh berkenaan berputar.


 Dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai terkena bilah besi pada mesin pembancuh itu.

Difahamkan, kejadian disedari selepas seorang pekerja di tapak pembinaan itu menjerit mengatakan ada pekerja di dalam mesin pembancuh simen berkenaan.

 Mayat mangsa selepas dikeluarkan dari mesin pembancuh simen


Cakap dulu!!


Semalam lepas balik dari rumah babysitter, Amam main sat sangat-sangat..dalam 15minit gitu saja,lepastu dia bantai tidoq sampai pukoi 10malam..pffff
Cer bayangkan...dari  pukoi 7.15malam gitu sampai pukoi 10..lama wehh..
Bila aku nak tidoq dia pon bangun buat cergas..
Semua orang dia kacau ajak main..
Maksu yang dah terbongkang dalam bilik pon dia boleh panjat atas belakang nak ajak main..
Sapa nak main pukoi 10malam wehh..semua nak tidoq dah haihh..

Semua tak layan dia,terus buat bebai..
Merajuk ngan aku yang tak menahan tu..
Sembam muka kat perut aku tapi nak merajuk ngan aku...apekehel??
Merajuk-merajuk pon nak nenen..so masa nak sakat dia la kalau nak nenen nie...


aku : nak apa? cakap dulu..ibu tak paham...
baby : ehek..ehek..ehek..ehek..(dok sondol-sondol nenen)
Aku : cakap!! nak apa?? ibu tak paham nie..*buat2 bengap sikit
baby : ehekk..ehekkk...ekkkkkkkk....
aku : nak nenen ka?? sebut nak nenen.. sebut N.A.K  N.E.N.E.N.....
baby : ehekkkkkkk................
aku : cakap cepat! kalau dak tak mau bagi..N.E.N.E.N
baby : ehekk..ENEN..ehekk..
aku : Warghhhh!!! Abahhhh..hamam sebut nenen..dengaq dak?? dengaq dak??!!

Eksited melampau pulakkan..
Kesian kat hamam dapat ibu mengong macam aku..main paksa-paksa pulak..melampau sungguh...
Bukan selalu..semalam aku saja nak sakat dia...
Anak-anak nie tak boleh paksakan? Nanti dia suka proteskan? Kan??