Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Isnin, 7 Oktober 2013

Waris Ke 3 Allahyarham ASP Zulkifli bin Mamat Wira Negara Selamat Dilahirkan



Ingat lagi dengan Wira Negara  kita Allahyarham ASP Zulkifli bin Mamat yang terkorban ketika menentang musuh di Lahad Datu? Dia tinggalkan seorang balu dan dua orang anak,masa tu anak-anak dia sorang umor 5 tahun sorang lagi 1 tahun dan isteri dia sedang hamil anak ke tiga dan anak dalam kandungan baru berusia beberapa minggu.

Alhamdulillah..balu allahyarham Nor Aziah Nor 28 tahun selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 6-10-2013 pada 4.27 pagi dengan berat 3.25kg..


Gambar bayi Nor Aziah Nor,nama masih belum diberi..comelkan?


Aziah dengah bayinya,semoga Aziah tabah membesarkan anak-anaknya ini.Amin..

Allahyarham ASP Zulkifli bin Mamat

Alhamdulillah, kesemua zuriat Allahyarham ASP Zulkifli dan isterinya Nor Aziah adalah lelaki..Insyaallah kesemua mereka mempunya darah pahlawan seperti Allahyarham..Dan insyaallah kesemua anak-anak lelakinya akan menjaga Nor Aziah apabila mereka besar nanti..

Amin..Alfatihah

 

1 ulasan:

  1. Alhamdulilah.. tu la penyambung warisan allahyarham nanti..moga menjadi pahlawan negara seperti bapanya..

    BalasPadam

Gojes-gojes yang komen