Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Isnin, 7 Oktober 2013

Ayam masak kurma di hujung minggu (WITH RESEPI)

Isnin..tak boleh malas-malas...
No Monday Bluesss sebab Nabi kita lahir hari senin tau...

Cuti ujung minggu lepak kat rumah ja..
Somi aku keja malam..balik keja malam dia membuta..
Tapi sebelum membuta sempat order dulu nak makan apa tengahari tu..
Kenmain kan..bajet anak raja sangat...

Ramai tau kan yang area utara nie dah ada 2 kes food poisoning sebab makan ayam...
Aku pon jadi was-was sikit nak makan ayam..
Risau jugak kan..tapi somi aku dah order nak makan ayam masak kurma..
Dari bulan lepas lagi dia suruh aku buat,yang aku pulak asyik la mintak tangguh..

Nie dah alang-alang cuti..so buat aje lah..
Tapi was-was jugak nak pi beli ayam..risau..tapi aku niat kat hati time nak beli ayam tu..
Niat nak bagi makan suami dan family..Mintak dijauhkan apa-apa bala..
Tak semestinya semua ayam kat kedah nie macam tu kan? Niat yang baik2 ajalah time beli tu..huhuhu Insyaallah selamat..


Tengok aku punya ayam masak kurma..kurang mengiurkan sebab time nie dah lama dah siap masak..
Pastu baru terpikiaq nak ambik gambaq up status FB.
Dah sejuk dah kurma nie,masak pukoi 11pagi,pukoi 1 lebih ambik gambaq..pukoi 4 petang baru makan..boleh??

Aku balik ja market terus masak,sebab risau anak kacau..
Tapi tu la..dia kacau jugak..bagi benda makan pon dia dok pelok kaki aku sambik mulut tak berenti ngukngap..ngukngap..
Dia nak aku layan dia main,tengok tv,golek2 atas tilam..huiii tak jadi kerja la aku....

Tapi jenuh weh aku bersilat time masak dengan anak dok bergayut kat kaki..
Jadi keja pulak dok heret dia sambil masak,aku tengok dah macam mop pon ada..
Boleh dia melekat ja kat kaki tak berganjak,aku jalan merata pon kuat ja dia peluk kaki aku..
Nie ikut perangai sapa pon tak tau la..

Tapi dalam anak dok buat perangai tu sempat jugak la aku masak nasi,buat ayam masak kurma,goreng ikan, rebus rebung untuk ulam..sambal tumbuk pulak,petang tu nak makan baru aku tumbuk..huhuh..

Tak dak aktiviti menarik ujung minggu aku cuma semalam sempat la aku balik kampung lepak ngan adik aku kat sana.
Kak aku keja malam,adik aku cuti..boleh la relax2 sambil gossip2..Bukan selalukan..
Nak pulak semalam dia dok bizi pack goddies bag untuk wedding kak aku nanti..
Aku tak tolong pon,aku tolong tengok ja..hehehe..

Tak dak idea dah nak menaip..sambung buat keja pulak la..habis dah masa membuang masa aku..

ok, bai....

Nie resepi yam masak kurma versi derhaka aku..hehehe

AYAM MASAK KURMA

BAHAN-BAHAN :
3/4 ekor ayam, potong saiz sederhana,basuh & ketepikan
1 biji kentang,potong 8 (family tak makan sangat kentang,syarat ja nie)
1 biji tomato merah, didadu
1 biji cili merah, belah serong
1 biji bawang besar belah 4
500ml pati santan
2 camca besar kerisik
1bungkus perencah kurma Adabi
500ml air
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji buah keras (aku tumbuk sikit sebelum blend)
1 camca teh lada hitam biji

BAHAN TUMIS :
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar, hiris
3/4 camca teh jintan manis
3/4 camca teh jintan putih
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA-CARA NYA:
  1. Satukan rempah kurma dengan bahan kisar tadi, kacau sebati pastu ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan tumis dan tumis sampai bau wangi, masukkan tomato dadu dan masak sampai tomato layu. 
  2. Masukkan rempah kurma + bahan kisar tadi dan masak hingga rempah garing, kacau kerap-kerap.guna api kecik saja. Masukkan kentang,lepas 5 minit baru masuk ayam, Gaul rata dan biar hingga ayam kecut sikit. Tuang air secukupnya (agak2 ayam separa tenggelam saja,jangan letak banyak sangat nanti kuah cair). Biar mendidih.
  3. Masak hingga kentang empuk dan ayam masak, masukkan pati santan,( api kecik tau,kalau api besaq nanti santan tu overcook,berketul..tak cantik) masuk hirisan cili merah dan bawang besar. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biar mendidih perlahan. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tunggu apa lagi,ngap la..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Gojes-gojes yang komen