Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Khamis, 6 Februari 2014

Jalan pagi-pagi dengan abah



Dua hari dah aku tak jumpa en.somi,kami berhubung dalam dunia maya ja..Nasib baik berguna jugak dunia maya nie,kalau jenis zaman dulu yang kena kirim burung hantar surat lagi naya... -__-

En.somi keja malam,sebulan..Tanpa cuti! tapi nak jugak buat macam bulan lepas,aku hasut suruh ambik MC..dengan MC ja baru boleh cuti tu pon bos bising-bising..Gila ka apa keja sebulan tanpa cuti..ikutkan bulan lepas dia cuti Tahun Baru Cina 31hb tu saja..Semua tu sebab dia punya kawan dah cabut lari..patut 3 shif dah tukar jd 2 shif..siang dengan malam ja..grrrr!!

Aku bising sebab bos tak pikiaq ka pekerja dia ada anak bini..nie baru awai bulan dah tak nampak muka laki sendiri..Aku nak pi keja,en somi baru nak balik..Bila aku nak balik en.somi dah nak pi keja..Haishh..sian kat aku & amam..sedih nie,sedihhhh...

Hurmm..panjangnya mukadimah tak puas hati....Disebabkan tak dak masa nak spend time dengan family,so pagi-pagi en.somi yang hantar amam ke rumah babysitter..Time tu ja nak spend time dengan anak,petang aku ambik amam..memang tak sempat la nak jumpa petang tu..T__T

Selalu hantar naik keta atau jalan kaki,better jalan kaki boleh dedah amam dengan persekitaran luar..Rumah babysitter selang 1 lorong je,kentut pon dengar,kalau naik keta tu memang mengada sangat la..tak sempat nak betul tempat duduk dah sampai..

My big Baby Boy..*baby lagi ka? 


Dah besaq godang anak aku,kalau budak-budak panggil baby aku iyya kan ja..Bagi aku selagi budak tak boleh bercakap selagi itu la dia boleh dipanggil baby...:)


 
 
Boleh tengok pokok-pokok sayur dekat rumah orang...


Boleh test keberanian takut anjing ke tak.. *tak takut pon kat anjing yang jenis sergah terus lari nie..biasanya anjing jalanan la..*nampak dak anjing kat ujung nuuuu...



Yang nie dia dah start takut dah,hahaha..



Nie yang dia takut..dia takut anjing menyalak..gila kuat anjing nie menyalak..sakit telinga tau..nampak tak anjing kat dalam pagar tu,,kecik ja tapi bunyi..masyaallah!


Terus lari jauh sikit,sikit je..tapi mata tak lepas pandang punya..


Terus lari kat abah,mata tak lepas jugak tengok anjing tu..hehehe..




Anjing tu sebelah je dengan rumah babysitter,tengah takut-takut tu tetiba Tiger (kucing babysitter) mai jemput amam..dari jauh kucing nie dah kenal amam..

Kalau dah jumpa Tiger mesti la nak main,siap ajak main lari-lari lagi..Abah amam layan je..janji anak happy..




Aku bagi amam main dengan kucing,kalau kucing tu kucing bela..kucing jalanan aku kurang bagi la sebab risau tungau atau cikenet kena kat amam..

Dah penat abah hantar rumah mak terus (babysitter)..Abah pulak patah balik rumah jalan kaki..Esok pagi jalan lagi ye nak...:D

Aku dengan en somi berhubung dengan wassap ja, nie gambar pagi nie dia bagi pakai wassap ja..Aduh..sedih pulak kalau ingat tak sempat jumpa dia 2hari nie..