Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Rabu, 12 Jun 2013

contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com


Syarat & Peraturan:

1.contest terbuka kepada semua golongan masyarakat malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa.

2. Semua lapisan umur boleh join.

3. Anda cuma perlu submit gambar baby anda dalam mood yang ceria. Tak kisah samaada baby tu anak sendiri,anak saudara, atau cucu.


Peraturan contest untuk yang nak join guna facebook :-


1. Jika anda tiada blog,anda boleh submit gambar melalui facebook.

2.Add facebook personal penganjur. (Ada di sidebar Mommy Safiyyah nie). Jangan add acc fan pages dia lak ye..

3.Create 1album khas dengan nama "contest baby ceria by barangbabymurah.blogspot.com"


4. Di dalam album tersebut,anda diwajibkan letak banner contest(refer gambar diatas).


5. Kemudian,anda upload gambar baby anda dalam mood yang ceria dan HARUS TAG FACEBOOK penganjur.


6. Description gambar haruslah letak point2 berikut :-
1. Jom membeli barang baby dengan harga borong minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot com


7. Anda juga harus menulis hadiah yang anda nak jika anda dipilih sebagai pemenang.

List hadiah yang ditawarkan kepada anda jika anda menang(pilih salah satu sahaja).ANDA MESTI COPY PASTE SENARAI HADIAH YANG DITAWARKAN INI DI RUANGAN CAPTION GAMBAR BABY ANDA. KEMUDIAN BARU MENTION HADIAH YANG ANDA PILIH JIKA ANDA MENJADI PEMENANG.

1.rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4.toys storage(pooh,cars,princess)
5.playmat mothercare(pink, lion)
6.toilet train toddler
7.elc purple with hanging toys

Sila pilih salah satu. Jika anda dipilih sebagai pemenang,penganjur akan hadiahkan pilihan yang anda pilih di awal contest.

Jika anda nak join contest melalui entry blog :-

1.. Jika anda nak join melalui entry blog,  anda harus letak title entry :: contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com

2. Anda harus masukkan gambar banner contest.

3. Masukkan juga gambar anak anda dalam mood ceria.

4. Anda perlu menulis di bawah gambar tersebut :- " mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com"

5. Anda juga harus menulis hadiah yang anda nak jika anda dipilih sebagai pemenang.

List hadiah yang ditawarkan kepada anda jika anda menang(pilih salah satu sahaja).ANDA MESTI COPY PASTE SENARAI HADIAH YANG DITAWARKAN INI KE DALAM ENTRY YE. KEMUDIAN BARU MENTION HADIAH APA YANG ANDA NAK JIKA ANDA DIPILIH SEBAGAI PEMENANG.

1.rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4.toys storage(pooh,cars,princess)
5.playmat mothercare(pink, lion)
6.toilet train toddler
7.elc purple with hanging toys

Sila pilih salah satu. Jika anda dipilih sebagai pemenang,penganjur akan hadiahkan pilihan yang anda pilih di awal contest.


6. Submit kepada penganjur entry tersebut dengan meninggalkan link entry anda pada ruang komen di SINI.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

4. Sama ada join melalui facebook atau blog,anda jangan lupa untuk letak nama penuh anda dan nama baby anda.

5. Hanya akan ada 2pemenang dan 8orang hadiah saguhati. Hanya pemenang PERTAMA yang akan dapat hadiah yang dipilih sendiri, pemenang KEDUA akan mendapat TRUNKI BAG. 8 orang saguhati akan menerima rompers ck 3in1.

6. Jika anda pasangan yang berkawen,anda dan suami boleh join secara berasingan.

7. Anda boleh ajak family anda untuk join, 1baby ada 6 7 gambar pun tetap penganjur terima,tapi haruslah berlainan owner blog dan berlainan owner facebook.

8. Gambar tak semestinya anak anda seorang..gambar anak anda dengan anda boleh. Dengan kawan2 dia boleh..tapi mesri makesure anak anda nampak ceria,nampak happy dalam gambar.(if dalam gambar ramai baby,tolong inform penganjur mana satu anak anda ye).

9. Contest terbuka kepada baby/toddler umur 6bulan hingga 5tahun.

10. Dibawah gambar banner samaada difacebook atau di blog,sila copy paste langkah2 untuk join contest ini.


11. LETAK SEKALI TARIKH MULA CONTEST DAN TARIKH TUTUP CONTEST YE.


TARIKH TUTUP CONTEST PADA 7.7.2013.



mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com

Nama Baby: Ahmad Thaqif Hanzalah
Umur: 8 bulan
Nama Ibu: Nabilahuda Zaremi
Hadiah pilihan saya: Trunki Bag (biru)

Hamam Dah Tumbuh GG.........

Nak snap gambar GG pertama Hamam..ken main kedekut lagik budak nie nak buka mulut..siap kemam rapat2 mulut dia...

Sudahnya semua gambar goyang2....Jadi gambar non adooo.....

Siap aku dengan MIL aku pegang kaki tangan Hamam nak tengok GG 1st dia...bersilat jugak la kami berdua lawan Hamam meronta nak lepas diri dia..Hahahah..........

Last2 bapak mertua aku cakap..."Ishh..sudah la tu..kesian dia..dia takmau tunjuk sebab kecik lagi GG tu..nanti dah besaq pakat2 takmau tengok pulak..." Haaa..terus lepas Hamam..heheh lawak lak rasa...Biasa la,teruja lebih aku dengan MIL aku...

Yang lebih best Hamam jerit2 macam histeria sebab takmau orang buka mulut dia...Akhirnya guna jari ja raba2 gusi dia..memang ada pon..

Semalam suap Hamam makan nasi blend pon aku buat kasar2 sikit..ken main kunyah2 nasi tu...hahaha..lawak la....

Kisah bayangan semalam, minta dijauhkan......

Assalamualaikum.............

Selamat pagi dan salam Rabu semua...........#skema

ILUSI........BAYANGAN..........

Dua perkara yang kadang-kadang indah..kadang-kadang menakutkan/mengerikan.............

Semalam..pukul 11.30 malam lepas siap kemas2 bilik sikit aku decide nak mandi sebab badan berpeluh & melekit...Mr.saif keja dan balik lewat.Agak pukul 12 tengah malam baru sampai..Si Hamam pulak tidoq dah,tergolek tengah tilam.....

Tilam dalam bilik aku letak atas lantai saja sebab Hamam terlalu lasak takut jatuh katil..Tu la inisiatif Mr.saif buat...

Masa seronoknya tengah mandi..tetiba aku terbayang Si Hamam bangun,dia main golek2 pastu dia mnyusur turun ke lantai...(tilam dengan lantaikan tak tinggi mana) Dia main2 dekat lantai then menyusur ke soket sambung 5pin dekat bawah meja dalam bilik tu..

Pastu dia men tekan2 suis tu then masukkan jari dalam lubang pin tu..Tetiba Hamam kena renjatan letrik..Aku masuk ja bilik badan Hamam berasap..Hamam dah tak da dan aku macam orang gila berminggu2 sebab teringat Hamam.....

Tiba2 aku tersedar, "Eh,apa aku bayang nie? Astaghfirullahhalazim....." Terus aku mandi cepat2...
Elok aku buka je pintu bilik.."Ya Allah!" terjerit aku..berderau darah aku,lembik lutut aku...Hamam memang bawah meja tengah main dengan soket tu,dia tengah seronok main tekan2 suis...

Cepat2 aku angkat dia peluk kuat2..geram nak cubit pon ada tapi tak sampai hati..Aku jentik2 tangan dia..Tapi dia senyum saja..mulut aku memang bising marahkan dia...mertua aku yang dah tidoq bangun sebab terkejut dengar aku jerit terus masuk bilik aku tanya kenapa..kenapa...

Besar sungguh kuasa-Mu Ya Allah...bukan bayangan semata-mata masa aku tengah mandi tu..Mungkin ada hikmah Allah tunjukkan aku bayangan tu.....Disebabkan bayangan yang Allah tunjuk tu,aku mandi cepat & dapat selamatkan Hamam dari apa2 benda buruk yang berkemungkinan akan terjadi.....

Dok taip entry nie pon rasa lemah lutut nie....teringat kejadian semalam...tak dapat aku bayangkan kalau ada perkara buruk yang terjadi...minta di jauhkan Ya Allah........

#ada sapa2 pernah jadi macam aku tak? dapat bayangan then benda tu hampir2 berlaku.............