Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Jumaat, 12 Julai 2013

Ditikam kerana gigit ibu semasa menyusu - Kejam!


Aku terbaca status nie kat fb..seriusly terkejut! Astagfirullahalazim...kenapa dengan mak dia nie?? Gila ke? Kesian baby nie...Kena tikam 90 kali! Fuhh..urut dada..Kejadian berlaku di China..



Jiangsu – Gara-gara menggigit ibunya ketika menyusu badan, seorang bayi berusia lapan bulan telah ditikam sebanyak 90 kali oleh wanita tersebut dengan menggunakan gunting.
Ia menyebabkan Xiao Bao menerima 100 jahitan.
Bayi malang itu menetap bersama ibu dan dua bapa saudaranya dan mereka menjalani kehidupan dengan mengutip sampah-sampah untuk tujuan kitar semula.
Kejadian itu disedari oleh salah seorang bapa saudaranya selepas melihat Xiao Bao dalam keadaan berlumuran darah, sebelum dikejarkan ke hospital.
Wanita berkenaan akhirnya mengaku bahawa dia menikam anaknya sendiri kerana bayi itu menggigitnya ketika sedang menyusu.
Laporan polis menyebut wanita itu tidak mengalami sebarang penyakit mental.
Dalam pada itu, jiran-jiran telah meminta supaya pihak berkuasa mengambil bayi berkenaan, agar kejadian sama tidak berulang.


Tengok,mak dia tak gila pon..Tau la anak baru tumbuh gigi..Dia gigit sakit..Tapi padan ke sakit anak gigit dengan tikaman gunting yang dia balas balik tu?? Akai tak dak ka?? 

Tak pasal2 buat aku naik hangin bulan posa nie.....


3 Ramadhan ~ Jumaat Yang Tenang + entry rojak

Assalamualaikum.....

Hari Jumaat pertama di bulan Ramadhan..Tenang dan syahdu..

Sungguh tenang sampaikan jalan raya pon lengang..Bertuah sungguh sapa duduk Kulim nie kan,jammed kadang2 je..Tu pon sebab traffic light rosak @ ada pasar malam / bazar ramadhan..kann? kann?

Aku dok Kulim, Kedah kan cuti Jumaat & Sabtu..Opis aku ja yang ikut Penang/KL..orang keja gomen boleh la lepak2 kat umah hari nie ngan esok..bestnya..

Hari nie enggineer & technician kat tmpat keja aku dah start apply cuti raya..Aku jugak yang dok ternganga lagi..nak cuti ke idok eh? Cukup tak cuti 2 hari yang bos bagi tu?? Paling sedih,aku cuti tapi Mr.Saif tak cuti..Hurmm..kena konfirm lain nie dengan Mr.Saif..kalu tak rugi AL aku..

Buka blog bagi tadi ramai lak yang post menu berbuka..aku pon teringin nak post jugak tapi maleww nak snap pic depan mertua..hikhikhik

Tetiap hari menu mabeless uollss..Mertua aku memang masak taraf boleh buat meniaga..sedap giler..kena pulak sekarang nie bulan posa,lagi lah mabeless..Bukan apa,masak sedap2 tu sebagai reward adik ipar aku yang dua orang tu boleh puasa...

Nie nak share menu sikit,sori eh..menu saja..gambor eilek poci..kuikuikui..

Sahur 1 Ramadhan:
-Kari daging+ubi
-Telur masin
-Ikan pekasam goreng bawang
-Sambal belacan+tempoyak
-Ulam (petai,timun,kacang botol)

-Air milo panas
-Air kopi O

Berbuka 1 Ramadhan:
-Gulai udang+ubi 
-Rendang daging
-Sayur campur goreng
-Mee goreng
-Ikan kembong goreng
-Sambal belacan+tempoyak
-Ulam (petai,timun)
-Kueh muih

-Soya cincau
-Tebu
-Oren Sunquick

Sahur 2 Ramadhan:
-Gulai udang (baki semalam)
-Telur masin
-Ikan kembung sweet sour
-Ikan pekasam goreng bawang
-sambal belacan+tempoyak
-Ulam

-Teh Panas
-Kopi O

Berbuka 2 Ramadhan:
-Ayam bakar
-Sos pencicah
-Ayam goreng
-Kobis+brokoli+suun+fucuk masak lemak
-Gulai nangka muda
-Sambal belacan+tempoyak
-Ulam
-Laksam

Menu dari param:
-Roti jala
-popia goreng
-seri muka
-buah melaka
-cucur jagung
-cucur udang

-Laicikang
-Air kelapa

Sahur 3 Ramadhan:
-Ayam masak merah
-Telur Masin
-Ikan Pekasam Goreng bawang
-Sambal belacan+tempoyak

-Kopi O
-Milo panas

Haa..jangan cakap membazir ye...semua lauk tu habis..kalau tak habis masa berbuka,habis masa sahur..Family mertua aku semua perut melayu..pagi ke petang ke malam ke kena makan nasi & wajib ada sambal belacan+ulaman..

Nampak banyak kan sebab kami ramai..termasuk hamam dah 9 orang..kalau berbuka & bersahur makan sekali,bukan bulan posa pon sama kalau nak makan kena hidang..makan rebut2 nie la yang best sampaikan jiran aku pon cakap,"Bestnya dengaq hampa makan ramai2..kak na kalau nak makan ramai2 tunggu bulan posa.." Tengok,punya la riuh rendah sampai jiran sebelah2 pon boleh dengar..hihihi..

Haa..udang yang ada dalam menu tu memang besar gedabak! besar sikit dari penumbuk anak aku tau..dah la banyak,aku sorang ja hadap dekat 10 ekor..tu baru aku sorang,yang family aku makan?? Haa..banyakkan? mana la mertua aku cari udang banyak2 tu...

Dah la kot entry nie..panjang melalut dah..macam rojak pon ada..macam2 cerita aku taip..ok lah..bye...