Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Jumaat, 12 Julai 2013

Ditikam kerana gigit ibu semasa menyusu - Kejam!


Aku terbaca status nie kat fb..seriusly terkejut! Astagfirullahalazim...kenapa dengan mak dia nie?? Gila ke? Kesian baby nie...Kena tikam 90 kali! Fuhh..urut dada..Kejadian berlaku di China..



Jiangsu – Gara-gara menggigit ibunya ketika menyusu badan, seorang bayi berusia lapan bulan telah ditikam sebanyak 90 kali oleh wanita tersebut dengan menggunakan gunting.
Ia menyebabkan Xiao Bao menerima 100 jahitan.
Bayi malang itu menetap bersama ibu dan dua bapa saudaranya dan mereka menjalani kehidupan dengan mengutip sampah-sampah untuk tujuan kitar semula.
Kejadian itu disedari oleh salah seorang bapa saudaranya selepas melihat Xiao Bao dalam keadaan berlumuran darah, sebelum dikejarkan ke hospital.
Wanita berkenaan akhirnya mengaku bahawa dia menikam anaknya sendiri kerana bayi itu menggigitnya ketika sedang menyusu.
Laporan polis menyebut wanita itu tidak mengalami sebarang penyakit mental.
Dalam pada itu, jiran-jiran telah meminta supaya pihak berkuasa mengambil bayi berkenaan, agar kejadian sama tidak berulang.


Tengok,mak dia tak gila pon..Tau la anak baru tumbuh gigi..Dia gigit sakit..Tapi padan ke sakit anak gigit dengan tikaman gunting yang dia balas balik tu?? Akai tak dak ka?? 

Tak pasal2 buat aku naik hangin bulan posa nie.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Gojes-gojes yang komen