Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Sabtu, 28 September 2013

Berapa royalti dia eh??

Pernah tengok wallpaper default Windows XP?
Eleehh...tipu noo kalau cakap tak penah..gigit satgi baru tau...
Hahahahaah......

Yang kat bawah nie ha..penah tgok dak?


Tau nie kat mana??
Pernah terpikir nak tau tak?
Mesti ramai ingat nie padang rumput kan?
Aku pon ingat nie padang rumput..



Sebenarnya................
Ini ialah sebuah ladang anggur yang terbentang luas..sayup mata memandangkan??
Gambaq nie diambik kat sebuah ladang anggur kat Napa Valley, California..
Yang ambik gambar nie bukan calang2 orang tau..
Dia photographer Nat Geo nama Chuck O'Rear..

Kat bawah nie la Mr. O'Rear..


Agak2 kan, berapa la dia dapat royalti untuk gambaq nie?
Pakai kat windows wehh..
Orang pakai gambaq untuk iklan pon ribu riban...
Nie dia pakai kat windows..
Dah tu jadi default wallpaper lagi...
Kaya noks....


Tengok....samakan??

Kaya orang tua nie kan...padahal gambaq biasa2 je pon...
Cehh..biasa lagi....


Khamis, 26 September 2013

Kawin orang obersi

2 hari lepas laki aku saja belek2 handfon rebet aku tu..
Walaupon guna rebet aku bangga sebab boleh eksyen enset baru,kahkahkah..


Ok berbalik kepada cerita asal..
Semua benda dia godek dalam phone tu,dari application sampai la ke gambaq..
Sampai dekat gambaq2 tiba2 laki aku cakap...


H : Abah suka la tengok gambaq ibu yang nie..(gambaq tak pakai tudung)
W : Awat? Lawa ka? (senyummmmm)
H : Hehehe...boleh la.. tapi kan, nampak macam Indon sikit...
W : Dah arr..mai sini phone tu..tak payah tengok dah..
H : Elehh..touching..kira ok la tu..boleh abah feeling kawin ngan orang obersiiiiii.....
W : pfffffffff... -____-


Nak ja aku karate tengkok laki aku.....

Isnin, 23 September 2013

Testimoni Fellicious BCD dari Yatt Hamzah

Thank tu kak NITA sebab mention saya dalam entry akak..hehehe
Nanti kalau ada perkembangan terbaru gitau saya ye,dont shy2 tau..

Ok, nie aku nak tayang testimoni dari yatt hamzah pulak.Anak dia yang amalkan Fellicious BCD nie.alhamdulillah..perkembangan sangatlah positif..






















Hopefully Suci Hanani Amalika cepat sembuh ye sayang..

Sapa2 yang berminat boleh terus contact saya di FB saya ye Ryuna Nabiela..

Maaf sapa2 yang hantar whatsapp..whatsapp saya gelong..
dah pening dah kot..hehehe

Sebarang pertanyaan terus ke FB saya eh..Insyaallah saya akan bagi reply sepantas mungkin..hikhik..

Ok, bai..

Jumaat, 20 September 2013

Info Penting Untuk Anak2 Kita Wahai Ibu Bapa Semua - Sila Baca!

Nie aku nak share 1 entry dari 1 blog yang aku terbaca di fb..

Aku rasa benda nie penting sangat2 terutama dekat ibubapa yang hantar anak ke taska & selalu ke klinik kerajaan untuk check up anak..Tengok apa nurse sana cakap,TAK PENTING..
Bukan nak kondem,sesetengah perkara kena ambik serius jugak..mybe depa tak tau..

Sila la baca..tambah ilmu mana yang kurang..kalau tak mau ambik tindakkan tu terserah..Kalau yang dah tau tu anggap la tindakkan aku nie 1 perkongsian sebab aku baru tau..

Nie link nya...




Kok makin pelik??

Aisehhh..terindon pulak aku..heheheh
Seminggu dua nie anak aku transform jadi cengeng..
Tiap2 hari jadi ratu ayaq mata walaupon dia jantan tapi aku nak boh title RATU jugak..kahkahkah..
Tiap2 hari merengek tak sudah2,sampai aku naik rimas...

Kalau tak nampak aku boleh je dia dok dendiam..elok ja main..
Tapiii..bila dia nampak ja bayang aku,konfirm melalak..
Dia punya melalak tahap kena belasah....
Otomatik mengekor ja mana aku pi,dah macam magnet melekat kat kaki..

Suap makan kena santai2,landing2 bagai..
Tak boleh haiippp langsung..dah macam kata2 keramat haiipp tu..
Dah tu,time aku nak masak konfirm bergayut ja kat kaki..nak ja aku buat goreng tepung budak kecik tu..
Nak masuk jamban pon tak boleh,dia punya ketuk pintu sampai aku pon tak selesa nak membuang.sampai nak kena stop dulu..nanti anak tido sambung membuang balik..adoii la anak..

Bila dia dah kenyang,dah wangi mesti nak baring2 sebelah aku.Nak dok bawah ketiak..
Tak dapat ketiak,dapat betis aku pon jadi lah..asalkan boleh menempel..
Bila boring peluk betis,dia main rambut..Pastu korek telinga..mata..hidung..pastu korek mulut aku..
Puiii..pas korek idung,korek mulut..'Bagus' anak ibu nie..

Dia punya perangai memang lain macam..
Semua orang tau anak aku nie jenis tak kisah aku ada ke tak dak ke..
Boleh berdikari la..main sendiri,sapa suap makan pon tak kisah,sapa dukung pon tak kisah..
Bila dah menempel ngan aku macam ni,aku pon pelik..
Budak nie dah kenapa??

Dengan abah dia pon dia eksyen..Hahahah..sian abah,touching tak sudah..
Paling aku pelik,anak aku suka peluk aku dalam selimut..
Hoiii..pelik sangat nie..sebelum nie bila aku peluk dia camtu kenmain lagi tendang aku bertubi2..
Ada apa2 tanda ka?

Hahahah...kalau nie tanda yang 1 tuuu...
Aku terima dengan lapang dada selapang lautan terbentang lues gituww..
Aku plak dah lupa bila aku patut period,hahaha..orang macam aku pon ada ehh..
Tapi agak2 aku memang bukan time aku period lagi sekarang nie..nak ujung2 bulan kot baru period,aisehhh..lupa sungguh2 nie..

Tak pa..wait & see je la..
Sapa2 leh tak kongsi perangai anak kalau nak dapat adik?
Kalau bukan rezeki aku,maybe boleh buat rejukan masa akan datang..
Sapa tau kan??


k bai....


p/s : kenapa tak boleh upload pic?server rejected?? (aku dah la lembs sikit bab2 nie)

Khamis, 19 September 2013

Multi-purpose side mirror to me..hehehe

Nie aku ja yang amalkan..
Hampa2 kat luaq sana jangan ikut cara aku tau, bahaya..
Ceewahhh..macam gud-gud ja nasihat orang..

Selain kegunaan sebenar cermin nie ada manfaat dia kat aku..hehehe
Naik motor macam besa la..kalau ada bonggol ka,jalan tak rata ka..terasa diri ini macam naik kuda gitteww..
So apa2 yang bergendut kat badan aku nie mula nak ikut rentak menari..kehkehkeh..


Cuba perhati betoi2 apa yang aku fokuskan...
Haaa..betoi la tu..PERUT!!!
Side mirrow belah kanan ja aku guna ikut fungsi sebenar..
Yang sebelah kiri nie la aku guna,tengok perut time bawak motor..mihmihmih..

Sambil2 bawak motor,sambil2 jeling ekor mata kat cermin tu..
Boleh la nampak perut aku menari goyang inul ke,zapin ke,joget lambak ke..hehehe
Tapi jangan la ralit sangat jeling perut..ingat sama diri tu tengah bawak motor..
Perut tak pegi mana2..nyawa tu ja kalau silap langkah boleh melayang2...
Paham??

Nie dah jadi habit aku kalau naik motor aku sendiri,
Kalau pinjam moto orang lain aku tak berani buat..
Mau tuan motor sekeh kepala aku..huhuhu

Nie la salah 1 cara buat aku konfiden bawak motor di jalan raya..hehehe


Ok bai..




Rabu, 18 September 2013

*Luahan Perasaan*

Apa perasaan hampa kalau orang yang dekat dengan kita,kita hormat dia tapi kita dianggap orang luaq dengan dia??
Lebih2 lagi dia hanya nampak kesalahan kita walaupon tu baru kali pertama kita buat..
Actually bukan salah besaq pon,cuma salah faham ja..
Nak2 waktu tu kita memang tak boleh tolong tapi ada orang lain yang boleh tolong..
Namun kesalahan tu tetap nampak dekat aku sebab aku orang luaq..tali persaudaraan boleh putus bila2 masa..

Aku tak sangka akan masam muka dengan 'orang' tu..
Aku hormat dia wooo..tinggi respect aku dekat dia..
Tapi sampai hati aku dilayan macam nie..
Tu la orang kata,lepas kawin belajaq hidup sendiri..
Tak lama mana orang nak sayang,lama2 orang meluat jugak..

Terus aku tanam azam aku nak ajak laki aku hidup sendiri..
Susah senang kami anak beranak ja rasa..
Dok gaduh nak jaga hati orang,hati sendiri sapa yang jaga??
Tapi aku tak mau niat kat hati nak balas dendam,aku rasa nie ja jalan yang terbaik..

Tengok la,kuasa wang mampu ubah perangai orang...
Dulu gaji aku paling tinggi..lani ada yang lebih tinggi,so aku macam dah tak dak guna la..
Bagus2..mata duitan sangat..kalau macam nie la hidup,sampai bila2 pon dok tahap tu ja...

Sapa kata lelaki tak pandang harta?tak pandang duit?
Bila kuasa duit dah ikat kita,llaki ka pompuan ka dah tak dak beza..sama ja semua..

Terpaksa pendam sorang2 dalam hati..aku doa laki aku tak baca coretan nie..
Kalau dia tau pon dia terpaksa pilih keluarga @ bini...
Tak mau peningkan kepala dia..
Harap aku kuatkan hati..cekalkan hati ini Ya Allah.....

Jumaat, 13 September 2013

Majlis Pernikahan Black Mentor Dan Naquia Yasirah 13 September 2013



Tahniah diucapkan kepada Black Mentor kerana telah sah menjadi suami kepada Naquia Yasirah. Penyanyi yang dilahirkan menerusi program realiti TV Mentor, Hanifah Bin Md Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Black Hanifah selamat diijab kabulkan dengan wanita pilihannya, Naquia Yasirah Mohd Khairi sekitar 12.06 tengahari tadi.


Pasangan yang mengenakan persalinan rona putih ini telah dinikahkan oleh Mohamad Khairi Abu Hassan yang merupakan bapa mertuanya sendiri dan disaksikan oleh Ustaz Mohammad Shukri Yaacob yang merupakan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.
Majlis yang dihadiri seramai 200 tetamu itu telah dijalankan di Zebra Square, Kuala Lumpur.
Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak lelaki dan mas kahwin berjumlah RM80 dengan wang hantaran sebanyak RM12000.
Pihak perempuan menerima hantaran berupa sepasang kasut berjenama Charles & Keith, beg tangan berjenama Channel, sebentuk cincin, set pewangi BVLGARI, iPad Mini, set kosmetik Kanebo, dan sepasang telekung.

P/S: Tahniah Black & pasangan..kenmain lagi Black sengih besaq noh...Apa2 pon saya ucapkan Selamt Pengantin Baru..Berangan sat Black jemput kenduri dia..kahkahkah..*Hang sapa Black nak ajak sangat tu??

Babysitter Hamam- Kak JUE

Aku nie dah hantar Hamam berapa bulan eh kat baby sitter? Lupa lak..ehhe..
Tu laa..try hang update kat blog,konfirm boleh jadi rujukan masa2 macam nie kan?
Aku agak dalam 6 bulan dah kot..huhuhu...

1st time aku nak cari baby sitter aku tak dak rujuk sapa2 pon..tak tau langsung babysitter jenis mana yang aku nak kena pilih..Aku bergantung dekat jiran sebelah2 rumah ja tolong carikan babysitter sebab kakak2 tu 'orang lama' kat perumahan aku duduk tu..Depa konfirm kenai sapa2 yang biasa mengasuh budak..
Tengok..cetek sungguh pengetahuan aku..tak pikiaq risiko langsung..Alhamdulillah..Aku dapat babysitter yang bagus2 & baik hati...

2kali dah anak aku tukaq babysitter termasuk la yang sekarang..Babysitter pertama aku panggil dia Kak Imah,jarak umah aku dengan umah dia 5minit je kalau naik motor.Terpaksa tukaq babysitter sebab time aku balik keja clash dengan time anak Kak Imah balik sekolah..Kak Imah nie tak pandai bawak motor..keta apatah lagi..tiap2 hari dia hantaq & ambik anak dia sekolah naik basikal ja...Klasik kan?? dia sebenarnya trauma sebab pernah eksiden.Tu yang terus tak berani bawak kenderaan bermotor nie.. Kesian lak kat dia letih berkejaq sana sini..Anak dia yang tu pulak sakit.Sakit apa aku tak tau.Yang aku tau anak dia tak boleh bersesak2 dengan orang ramai..antibodi dia lemah & dia boleh jatuh sakit.

Kak tu bagus,tapi dengan dia time hantaq & ambik anak kena punctual..Sebab dia ada komitmen dengan anak dia kan..So aku tak boleh nak patuhi syarat tu..Jadi dengan rela hati & persetujuan bersama aku tukaq orang.Haa..babysitter yang kedua nie sempoi sikit..jenis boleh sembang bertepuk bertampaq..Kalau ambik anak ja konfirm aku lekat dekat rumah dia dalam 20,30 minit..syok sembang..hahahaa..rumah dia lorong 8,aku lak lorong 10..dekat sangat la kan..Nie aku panggil Kak Ju..

Kak Ju nie jaga 2orang budak termasuk anak aku..Budak sorang lagi dah umor 4 tahun..tu yang dia pon tak kisah jaga 2orang budak..Kak Ju nie termasuk dalam golong pendapatan rendah..suami dia kerja jual buah kat pekan hari Kulim saja..dia lak SRT sepenuh masa..selain mengasuh budak dia ambik upah jadi incharge cucuk wayar dari kilang.Haa..tang cucuk wayar tu aku malas nak explain..

kak Ju ada 4 orang anak,4 lelaki & sorg pompuan..paling besaq form 2 paling kecik darjah 1..Semua anak2 dia memang boleh dibanggakan..Aku pulak siap plan nak suruh Kak Ju nie jaga Hamam sampai dia besaq kalau aku masih lagi bekerja..Anak2 Kak Ju nie semuanya cemerlang dalam pelajaran di sekolah..Depa semua TOP 3 & TOP 5 disekolah..Mak mana tak bangga anak berjaya dalam pelajaran.Dah tu kak Ju nie siap buat tuisyen free dekat rumah dia untuk budak2 darjah 1,2,3..sekitar lorong tu..

Lagi 1 dia masak sedap..setiap kali raya berduyun2 orang tempah ketupat palas..Macam tahun lepas 10 000 biji..Tahun nie aku lupa lak nak tanya..Dah tu dia bagi 30biji ketupat kat aku,siap serunding & rendang..sedekah katanya..Aku pulak malu sebab tak bagi apa2..Tiap2 minggu mesti ada ja buah2an dia bagi sebab suami dia kerja jual buah kan..kadang2 epal,jambu,oren,limau,tembikai..fuhh..banyak la..semua tu dia cakap sedekah..

Lagi 1 dia suka buat pekasam..ikan pekasam dia sedap..selalu jugak dia bagi 4,5 ekor pekasam kat aku,kerap pulak tu dia bagi..Lagi 1 dia suka buat makan2,selalu jemput aku & family..dia cakap alang2 nak buat makan2,baik buat banyak..boleh jemput orang makan..Ritu dia buat bihun sup,mee,sup,kueteow sup..saja2 buat sebab anak nak makan..Dia buat banyak pastu panggil orang makan..sedekah katanya..

Semalam pulak anak dia yang no 2 baru habis UPSR,dia buat nasi ayam..jemput aku sekeluarga..sedap woo..tak puas aku makan sebab malu nak bangun tambah..laki aku pon dok termenung tengok bekas nasi sebab malu nak bangun tambah..Ye lah..dia bukan pasang khemah bagai,just bentang tikar dekat porch keta pastu letak meja untuk hidang makanan..Konsep layan diri,pas ambik makanan duduk la makan bersila kat bawah tu..Maunya tak segan sebab kami laki bini makan sebelah Tuan Rumah.

Kak Ju sampai tolak2 badan aku suruh bangun tambah nasi,tapi aku tengok macam laki aku jegil bijik mata kat aku..Macam amaran jangan bangun,tapi boleh jadi dia jegil suruh tambah dalam pinggan dia sekali kot..kehkehkeh..Last2 tak bertambah pon..maleww..hehehee

Dengan Kak Ju anak aku terdidik dengan baik,bukan sekadar jaga biasa2..Dengan Kak Ju anak aku nampak bijak..sampai ja rumah Kak Ju anak dia yang bongsu (perempuan) akan ambik hamam bawak masuk rumah terus buka story book..Hamam dengar ja apa akak tu baca kat dalam story book..Rumah kakju tak da mainan..semuanya buku2 saja tak pon block2 ABC atau 123..Aku tengok sampai 2,3 almari buku besar..penuh..padat..siap label buku pembelajaran & buku cerita..

Sekali tengok rumah dia dah macam tadika..mulanya aku ingat dulu Kak Ju nie cikgu,rupanya dulu dia kerja kilang saja..Dia cakap kecik2 dulu pon dia dididik macam tu sebab tu dia amalkan dekat anak dia jugak supaya anak2 dia akan didik keturunan dia macam tu jugak..

Anak2 dia 3orang lelaki,semua ringan tulang..pernah sekali aku pi rumah dia nak ambik hamam.tengok2 si abang goreng ikan sambil dok basuh pinggan kat dapor.dah tu selalu nampak si angah lipat baju,sapu rumah,kemas rumah..boleh dikatakan depa nie tak berkira langsung buat kerja rumah..Sama2 tolong mak..

Sejuk perut Kak Ju mengandungkan anak2 dia..Aku harap Hamam akan terdidik dengan baik bawah jagaan Kak JU..kalau la aku terpaksa tukar babysitter,agak2 dapat tak yang macam nie??









Khamis, 12 September 2013

Penyakit Misteri - Baby 8bulan tinggal tulang & kulit saja



Rantau Panjang - Seorang bayi sembilan bulan, di Kampung Tersang menderita penyakit misteri, tiga bulan selepas dilahirkan.


Ibunya, Marlina Ab Rahman, 33, berkata, anak bongsunya, Lia Nur Zahirah Osman dilahirkan normal, 1 Januari lalu namun berubah selepas menghidap batuk, muntah dan cirit-birit.



Ketika mendapat pemeriksaan lanjut di Hospital Pasir Mas, Marlina berkata, doktor mengesahkan darah anaknya dijangkiti kuman seterusnya merebak ke bahagian paru-paru.






“Selepas itu, susuk tubuh Lia semakin mengecil malah berat badannya menurun daripada 2.8 kilogram (kg) kepada 2.5 kg.



“Kini tubuhnya semakin cengkung malah hanya tinggal kulit dan tulang,” katanya, semalam.



Menurutnya, sebelum ini anak sulung dan anak ketiganya juga maut akibat penyakit yang sama.



Disebabkan sibuk menguruskan anak bongsu, Marlina tidak mempunyai masa untuk ke pejabat Jabatan Kebajikan dekat Pasir Mas.



Lebih merisaukan katanya, anak keduanya, Mohd Khairul Ikhwan Osman, 11, merupakan pesakit autisme sejak lahir.



Menurutnya, jika dihubungi oleh guru, suaminya, Osman Kamar, 35, terpaksa ke sekolah untuk membersihkan kotoran setiap kali buang air besar.



Dalam masa sehari katanya, Khairul menggunakan tiga lampin pakai buang termasuklah ketika berada di sekolah.



Disebabkan perkara itu, suaminya diberhentikan kerja kerana sering meminta cuti daripada majikan.



“Ia menyebabkan pendapatan keluarga semakin berkurangan, maka saya memohon agar bantuan dipanjangkan, demi keperluan kami sekeluarga.



“Buat masa ini, keperluan kami dibantu oleh orang tua malah terpaksa menumpang di rumah bersama 10 lagi adik-beradik yang lain,” katanya.


P/s : Berharap sangat ada yang membantu,berat mata memandang berat lagi bahu memikul..Harap ada pihak yang akan buat siasatan tentang penyakit anak2 pasangan nie kan..Ntah apa la perasaan mak pak budak2 nie kan???

Gelak kat ibu ehh....

Nak gelak dulu boleh??? 

Muahahaha.....kehkehkehkeh...
Ek eleh...camtu je gelak??
Nie semalam punya video,kenmain anak aku gelakkan aku....

Aku tau sora aku tak sedap..hehehe
Nie dok tengah pujuk Hamam sebab tetiba ja semalam dia mengamuk sebab nak ikut abah pegi keja..
Ehh..sebelum nie ok je..tak heran pon abah keja malam..semalam lak buat perangai..

So aku pujuk la sambil nyanyi lagu sayang-shae tu..tak buat parody ke apa..aku buat live terus..kahkahkah..
Tapi kenmain anak aku gelakkan kan aku...
Tapi tak pa la..tetap nampak kiut gituwww...

Nak tengok?? Nah la tengok..sapa kutuk aku babap!



Ok..tu aja..bai...

Selasa, 10 September 2013

Kesan fellicious untuk anak aku yang wallahhhh!!!!

Aku dah publish perubahan diri aku kat entry INI..Jadi kali nie aku nak story kesan fellicious untuk anak aku pulak..

Aku dapat agak dah anak aku nie konfirm lambat boleh apa2..dalam maksud lain perkembangan dia maybe slow sikit..
Sebabnya tali pusat dia jatuh pon masa umoq dia 14hari..haa.2minggu baru jatuh..lambat gila..
Kalu ikut orang tua2 kata la tapi makin lama aku pon mengiyakan juga kata2 mereka tu..

Aku tak buat milestone hamam tapi aku ingat la..simpan dalam kepala ja haa..
Sebab malas nak menaip nie..ishh..ishh..ruginya tak boleh baca dia besaq nanti..

Umor hamam 7bulan dia baru dok belajar menerap..tu pon kalau dok lama sikit mesti merengek..
Aku dok pikir macam mana nak buat bagi perkembangan dia sama dengan budak2 seusia dia..
7BULAN barudok belajar meniarap..orang lain dah advance boleh macam2..
Sampai la aku diperkenalkan dengan fellicious nie..terus niat dihati nak try kat hamam..

Aku start try kat hamam masa bulan puasa haritu..minggu ke3 puasa,umoq hamam 7hari lagi nak genap 10bulan..aku bagi dia 1 sudu sebelum kami keluaq shopping raya &berbuka kat luaq..
Yang aku nampak perubahannya anak aku aktif,tak buat perangai,behave sepanjang kami kat luaq walaupon hari tu kami balik dah pukoi 3 pagi siap keluaq pulak sahur kat KFC..hahahaha..terus cop yang fellicious nie bagus..
Masa tu anak aku masih belum boleh merangkak betul2 sebab lutut dia tak kuat..bila tiap2 hari amal fellicious dah nampak kesan2 positif tu..

Sekarang dah 11 bulan,dah pandai jalan walaupon jalan2 jatuh..bayangkan la dalam tempoh sebulan lebih dari belajar merangkak terus boleh jalan..maybe untuk anak orang lain macam tak dak apa sangat..
bagi aku yang memang tau dia jenis lambat boleh berubah secepat itu...syukur Alhamdulillah sangat2..

Selain perkembangan fizikal,perubahan ketara pulak adalah selera makan..anak aku nie tak tolak apa2..semua dia makan..bukan makan cuit2,rasa2,kulum2 dalam mulut tu..nie jenis makan2 je habis,makan je habis..hahaha..siap ada balang roti kat sebelah tilam dalam bilik..muahahah..

Bila anak aktif,automatik dia cepat lapar & dahaga..Jadi nie lah salah 1 inisiatif nak bagi anak lalu makan..jangan risau sembelit ka apa..anak aku makan,minum,main..tak sembelit pon kecuali dia minum milo..baby tak bagus minum milo..nanti poo-poo keras..Ramai budak jenis main bnyak tapi tak mau makan,sian tengok badan kurus kering..Dengan fellicious selera makan anak akan bertambah..tu yang bagusnya tau..lega hati ibu2 atau mak2 yang susah hati anak tak mau makan..

Selain tu..fellicious nie boleh jadi milkbooster untuk BF mommies..meriah sangat susu tau..sampai meleleh2..boleh dikatakan semuanya dalam 1 botol saja..dah la sedap,tak payah nak campur air ke apa..freshh dari botol terus minum..ehemm..ehem..nak sopan sikit tolong guna sudu..wakakaka..buruk benor kalau minum dari botol terus...

ehh..kalau nak beli..boleh PM aku di FB.nak FB aku? tu cari kat profile badge kat bawah tu..tak pon whatapp aku ye 0165998699

Buat perubahan untuk diri sendiri ,anak dan family..IKHTIAR..HIJRAH....

Sabtu, 7 September 2013

Apa kebaikan Fellicious?? Haa..mai nak share dengan hampa....


Ada orang tanya..
"apa kebaikan Fellicious nie..elok ka?harga berapa??"
Ha..nie nak hambaq mai kat hampa..
Elok yakmat tau dak..malas nak pompang..pompang banyak sangat..
Aku buat diri aku sebagai testimoni baru berani nak juai kat orang lain..

Dulu aku ada masalah keputihan teruk gila..
Bau dia ya Allah..Tak sanggup nak cakap.
Kadang2 bau macam nasi basi,bawang putih,muntah kucing..Haaa...
Segan tau dak bila asben nak 'bersama'..
Lari2 aku masuk toilet 'cuci' apa yang patut..
Tapi tu la,cuci luaq ja,,dalam macam tu jugak..

Asben aku tu ada ja benda dia nak komen.
Tapi aku tau dia nak jaga hati,dia diam ja..
Ntah banyak mana la dia makan hati & tak selesa masa bersama..

Aku start bagi kat Hamam fellicious nie,bagi dia try dulu..
Bila aku nampak positif aku try pulak kat aku..
Alhamdulillah..seminggu ja pakai dah nampak perubahan..

Bau makin kurang,keputihan tak seteruk dulu..
Kalau dulu keputihan aku berketul2 macam nasi yang lenyek2 tu..
Lani dah ok sikit,warna dah jernih sikit..
Jadi aku terus amalkan....

Perubahan pertama aku nampak ofkos la keputihan,
seminggu aku ambik,masa tengah mandi..
Aku rasa ada benda dok meleleh,
Ingat period tapi benda lain..
Rupa macam gam tapi pekat sikit..Bau dia ya Allah...
Nak ja aku simbah softlan 1 bilik ayaq..Busuk sungguh2..
Dekat secawan keluaq..Hambikk!!

Makin lama aku amalkan fellicious, makin banyak perubahan aku nampak..
Whitehead kat muka makin kurang,terutama kat hidung nie.
Lebam bawah mata makin pudaq,
Bibir kurang kering..Kaki pon dak tak kering sangat sampai keluaq kurik2 puteh tu..
Tumit pecah2 pon dah tak dak..

Tu baru story pasal aku..belum lagi perubahan dekat asben & anak aku..

Nie contoh testimoni pengguna lain..
Banyak perubahan yang depa nampak kat diri & anak masing2...







Kena tolak bonus??!!

Arrghhhhhh!!!!
Stressss yakmat nie tau dak..
Benda kecik tapi effect besaq gila..
Dah tu kena bergolok gadai dengan titik peluh kita..WTF!

Ok,aku mula dari ujung pangkal dulu..
Bos aku ada bagi aku 1 kerja yang aku pernah handle tapi kali nie bos aku suruh aku handle 100% kecuali kos benda tu la.

Memang aku handle & follow up semua.
Aku hantaq inquiry,hantaq PO,confirm semua benda la..
Semuanya brjalan lancar ja..memang aku senang hati..

Benda nak settle dengan kastam pon aku yang urus walaupon aku just p hantaq borong ja.
Bila barang dah sampai Singapore,kami rent 1 company transporter.
Memang servis depa cepat la,lajuuuu..
Servis terbaik..(sempat lagi puji walaupon dlm hati aku nie macam nak meletup)

Hari Khamis baru kastam lulus tax exemption.
Dapat ja dokumen terus aku email ke transporter tu.
Masa tu dah pukoi 5 lebih,dah nak balik pon tapi aku nak buat kerja bagi siap takmau tangguh2..
Depa just sahkan depa dapat email ja tapi tak gitau bila nak ambik cargo.

Tup2..tengahari kelmarin depa kol marah2 aku.
Aikk..terkejut aku angkat ja fon terus kena semboq,apa kes nie?
Depa kata barang tak release,jadi lori tak boleh bawak keluaq cargo..

"Eh..awak dah pegi ambik ke?"
"Yaa..kami dah pegi pagi tadi.."
"Eh cepatnya,sy tak mintak lagi detail lorry awk.."
"Kami nak bagi servis terpantas..kenapa awak tak mintak awal2? Ni macam mana? Awak kena bayar ganti rugi..Saya dah tarik lori kami balik..Nanti hari isnin kami datang ambik balik...kami cas 2kali penghantaran.."
"Awak yang tak bagitau saya bila awak pi ambik,tak kan company awak tak penah handle benda mcm ni??Kena bagi details lori sebelum ambik & deliver barang tu perkara biasa kan??"
"Kami tak kira,apa2 pon awk kena bayar ganti rugi sebab nie dah kira 2trip..tu saja.." TUP! terus letak tepon,WTF! 

Aku dah kelam kabut,bayar ganti rugi???
Penang -> Singapore -> Penang????
Mampos bos aku mengamuk,sapa nak tanggung rugi???sapa pon tak mau wehh...
Bila aku eksplain kat bos,mood aku dah down gila..memang nampak kat muka aku...

"Aiyaa Nabila,you dah failed la ini task.Tapi tak pa..you jangan down..Bila nak berjaya you kena ada failed jugak baru you boleh survive..."
"Sekarang nie macam mana bos? Depa mintak ganti rugi...."
"Sorry aaa..kali nie saya terpaksa tolak you punya bonus.So lepas nie you buat baik2 aa..Takmau ada silap macam nie aa..You ambik nie sebagai 1 pengajaran dekat you tau..Sori saya tak boleh tolong nanti bos besar pulak marah saya..."

Tolak bonus?? Pastu ada task lagi nanti...
Terus aku rasa nak taip surat resign...
Banyak kali bos aku dok mai kat tempat aku pujuk2 aku..
Aku dah serabut gila..
Transporter tu pon bila aku col depa tak angkat..padan la jam pon dah pukoi 5.30

Aku panas punggung,last sekali aku lari dok dalam meeting room..
Dok sampai pukoi 6 pastu terus balik..
Rasa tak mau tengok muka sapa2...

Laki aku mai ambik pon aku jadi takdak mood nak sembang..
Tapi bila tengok rambut dia dah botak hilang sikit stress aku..heheh
Tapi pagi nie aku mai keja,elok masuk ja pintu ofis terus mood aku down balik...
Pffff....

K bai...




Jumaat, 6 September 2013

Dinner..Dating..Tugeder-geder...

Kelmarin asben tak pi keja.
Tak sedap badan katanya.
Maunya tak sedap badan,main futsal sampai pukul 2,3 pagi..
Padahal esok pagi tu keja..pffff

So,dia memboringkan diri dia la siang hari kelmarin.
Hamam lak ikut opah dia balik kampung.
Lagi la tahap keboringan tu menebalkan,kennnn???

Petang tu adik aku gitau depa nak bawak Hamam pi Jusco Perda,
Maknanya lambat sikit depa hantaq Si Hamam malam tu..
So kami laki bini pon plan la nak keluaq berjimba2..
Anak 'tak da' kan??muehehehehe

1st cadang nak tgok woyam..pi la kami laki bini ke Landmark Center Kulim.
Punya la eksaited,tengok2 ehh..tutup pulak.
Terus kami pikiaq,ohh..maghrib..depa tutup sat kot.maybe satgi bukak balik..
Jadi kami tukaq plan nak makan dulu..

Pikiaq tempat makan pon ambik masa dekat 1/2 jam..
Last2 keluaq dari Landmark kami ke Restoren Chef Det kat Kilang Lama.
Asben cheq teringin nak makan kambing ala western.


Nama pon perut Melayu,bukan boleh western sangat..konfirm nak nasik jugak..
Nie menu asben,Lamb Grilled Nasi Goreng with blackpepper sauce extra pedas..
Tengok..nama pon dah lari dari westren..kihkih..


Nie plak aku punya,Creamy Spagetty extra cheese with chicken chop..
Fuhh..kenyang weh ohh..portion besau k..
Ayaq tak payah tunjuk kot sebab aku order sirap bandung,laki cheq order barli suam..


"ibu ambik gambaq dulu.."
Cait..perli aku la tu..hahaha..mulut dok pot..pet..pot..pet..kata tak habis.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii...............
Tengok pinggan sapa nak licin dulu...


Sambil makan sambil layan Cinta Jannah kat tv3..saja ja pilih tempat betul depan tv & dekat dengan kipas...
Sakan kami makan kepit2..bersilang tangan2 #tipu
Main suap2 bagai..mesti berbulu mata customer lain..kahkahkah..
Try kalau bawak anak,comfirm depa tak heran..
Bila berdua macam nie saja ja buat tambah dosa orang kutuk kami..hehehe

Aku makan sampai nak muntah,serius tak tipu..
Banyak gila tau spageti tu.Tu pon jenoh dok paksa laki makan sekali..
Otw balik laki aku dok puji sedap2..
Yaa..memang sedap pon..kira puas hati la..2orang makan tak sampai RM50..
1 pinggan aku tu boleh kongsi dua orang.
Laki aku jenih makan banyak..kira ok la dia sepinggan..tu pon dia kata mengah..hahahah

Pas makan kami tak balik terus,kami pi balik ke Landmark Centre.
Kata nak tengok woyamkan?
Sampai level 2,sobs..sobs..punah harapan..rupanya setiap hari khamis waktu operasi sampai pukol 7 ja..
Awat la tadi kami tak check betoi2..dah rugi tiket parking & tenaga..

Malas balik lagi,jadi kami jalan2 dulu..
Pusing2 seround dua,pastu perasan ramai gila manusia kat Digi Centre..
Kami pon tumpang menyibuk sama la,nak tengok apa yang ramai sangat..
Rupanya pakat2 tebus rebat..
Ada 1 jenih henfon ja,brand ZTE + Simkad Digi Best (RM20 kredit & 1GB kuota internet) = RM50.
Padan la ramai nak mampos..hahahah


Sekali tengok dah macam korek2 idung lak laki aku nie..bhahahaha


Nampak macam ramai dak? Nie tak ramai sebab depa pi serbu kios Digi kat luaq sebab nak daftar rebat..
Yang kat dalam nie dok tunggu rebat diproses la..budak2 ramai..mak pak budak pon ada jugak..
Makcik pakcik pon ada...pandai Digi buat promosi menggunakan rebat lepas orang dapat gaji...

Ehh..panjang berjela entry...mood nak berentry dah mai la nie...hahaha 
Bagus2..teruskan-teruskan...

ok,bai...





Khamis, 5 September 2013

Hamam & Oreonya.....

ohhoiiii.....

Gila arr,lama tak update blog..seminggu jugak la,malas wehh..
Nak buat macam mana bagi hilang penyakit 'M' nie??
Sapa tau ubat dia? mai share ngan aku..aku pi beli seploh buat stok...

Banyak benda nak share tapi tu la,malas nak taip..
Tolong taip kat aku sat,boleh??
muehehehe....

Pagi nie mak aku ambik Hamam,pinjam sat sehari bawak balik kampung..
Rindu lettewwww...
Pastu mak aku cakap behave ja hamam ngan dia..
Pas makan elok ja dia main keta dia..
Makan nasi lemak sejemput ngan kueh seketoi...
Jadi la..tapi kalau ngan aku tak mau lak dia buat baik macam tu...
Saja nak uji kesabaran aku kan...
Tak pa sayang,ibu redho....


Balik keja kelmarin anak aku dah buat peel dia..
Melekat kat kaki aku..siap peluk kuat2 tak mau lepas..
Sapa pujuk pon tak jalan,termasuk la apak dia..
Aku dah la tengah basah lencun sebab balik naik motor.
Ujan lebat oii kot area Kulim nie petang2..

Aku ngan apak hamam basah bersama dalam ujan sebab naik motor sekali..
Terus feeling romentik naik motor dalam ujan..muahahah
Balik umah anak buat peel,tak pa..aku faham anak nak perhatian..
Terus umpan ngan oreo..apak dia boleh pi mandi..
Aku boleh salin baju dulu sementara tunggu turn mandi..

Dia ni dah mandi siap2 kat rumah babysitter sebab aku ambik dia pon dah pukoi 7.
Ambik lambat sikit sebab ujan lebat,tu pon redho ja redah ujan..
Mandi wangi2 pastu aku bagi oreo..muahaha..
Terus comot habih,tak pa..aku mandikan sekali lagi..
Takat bagi mandi dia sorang,tak dak aih meter ayaq pusing ligat...

Hoihh..rindu lak kat budak nie..baru 2 jam lebih mak aku ambik..
Padahal hantaq umah pengasuh hari2 ok lak aku..
Mengada sangatkan??

K bai....