Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Jumaat, 13 September 2013

Babysitter Hamam- Kak JUE

Aku nie dah hantar Hamam berapa bulan eh kat baby sitter? Lupa lak..ehhe..
Tu laa..try hang update kat blog,konfirm boleh jadi rujukan masa2 macam nie kan?
Aku agak dalam 6 bulan dah kot..huhuhu...

1st time aku nak cari baby sitter aku tak dak rujuk sapa2 pon..tak tau langsung babysitter jenis mana yang aku nak kena pilih..Aku bergantung dekat jiran sebelah2 rumah ja tolong carikan babysitter sebab kakak2 tu 'orang lama' kat perumahan aku duduk tu..Depa konfirm kenai sapa2 yang biasa mengasuh budak..
Tengok..cetek sungguh pengetahuan aku..tak pikiaq risiko langsung..Alhamdulillah..Aku dapat babysitter yang bagus2 & baik hati...

2kali dah anak aku tukaq babysitter termasuk la yang sekarang..Babysitter pertama aku panggil dia Kak Imah,jarak umah aku dengan umah dia 5minit je kalau naik motor.Terpaksa tukaq babysitter sebab time aku balik keja clash dengan time anak Kak Imah balik sekolah..Kak Imah nie tak pandai bawak motor..keta apatah lagi..tiap2 hari dia hantaq & ambik anak dia sekolah naik basikal ja...Klasik kan?? dia sebenarnya trauma sebab pernah eksiden.Tu yang terus tak berani bawak kenderaan bermotor nie.. Kesian lak kat dia letih berkejaq sana sini..Anak dia yang tu pulak sakit.Sakit apa aku tak tau.Yang aku tau anak dia tak boleh bersesak2 dengan orang ramai..antibodi dia lemah & dia boleh jatuh sakit.

Kak tu bagus,tapi dengan dia time hantaq & ambik anak kena punctual..Sebab dia ada komitmen dengan anak dia kan..So aku tak boleh nak patuhi syarat tu..Jadi dengan rela hati & persetujuan bersama aku tukaq orang.Haa..babysitter yang kedua nie sempoi sikit..jenis boleh sembang bertepuk bertampaq..Kalau ambik anak ja konfirm aku lekat dekat rumah dia dalam 20,30 minit..syok sembang..hahahaa..rumah dia lorong 8,aku lak lorong 10..dekat sangat la kan..Nie aku panggil Kak Ju..

Kak Ju nie jaga 2orang budak termasuk anak aku..Budak sorang lagi dah umor 4 tahun..tu yang dia pon tak kisah jaga 2orang budak..Kak Ju nie termasuk dalam golong pendapatan rendah..suami dia kerja jual buah kat pekan hari Kulim saja..dia lak SRT sepenuh masa..selain mengasuh budak dia ambik upah jadi incharge cucuk wayar dari kilang.Haa..tang cucuk wayar tu aku malas nak explain..

kak Ju ada 4 orang anak,4 lelaki & sorg pompuan..paling besaq form 2 paling kecik darjah 1..Semua anak2 dia memang boleh dibanggakan..Aku pulak siap plan nak suruh Kak Ju nie jaga Hamam sampai dia besaq kalau aku masih lagi bekerja..Anak2 Kak Ju nie semuanya cemerlang dalam pelajaran di sekolah..Depa semua TOP 3 & TOP 5 disekolah..Mak mana tak bangga anak berjaya dalam pelajaran.Dah tu kak Ju nie siap buat tuisyen free dekat rumah dia untuk budak2 darjah 1,2,3..sekitar lorong tu..

Lagi 1 dia masak sedap..setiap kali raya berduyun2 orang tempah ketupat palas..Macam tahun lepas 10 000 biji..Tahun nie aku lupa lak nak tanya..Dah tu dia bagi 30biji ketupat kat aku,siap serunding & rendang..sedekah katanya..Aku pulak malu sebab tak bagi apa2..Tiap2 minggu mesti ada ja buah2an dia bagi sebab suami dia kerja jual buah kan..kadang2 epal,jambu,oren,limau,tembikai..fuhh..banyak la..semua tu dia cakap sedekah..

Lagi 1 dia suka buat pekasam..ikan pekasam dia sedap..selalu jugak dia bagi 4,5 ekor pekasam kat aku,kerap pulak tu dia bagi..Lagi 1 dia suka buat makan2,selalu jemput aku & family..dia cakap alang2 nak buat makan2,baik buat banyak..boleh jemput orang makan..Ritu dia buat bihun sup,mee,sup,kueteow sup..saja2 buat sebab anak nak makan..Dia buat banyak pastu panggil orang makan..sedekah katanya..

Semalam pulak anak dia yang no 2 baru habis UPSR,dia buat nasi ayam..jemput aku sekeluarga..sedap woo..tak puas aku makan sebab malu nak bangun tambah..laki aku pon dok termenung tengok bekas nasi sebab malu nak bangun tambah..Ye lah..dia bukan pasang khemah bagai,just bentang tikar dekat porch keta pastu letak meja untuk hidang makanan..Konsep layan diri,pas ambik makanan duduk la makan bersila kat bawah tu..Maunya tak segan sebab kami laki bini makan sebelah Tuan Rumah.

Kak Ju sampai tolak2 badan aku suruh bangun tambah nasi,tapi aku tengok macam laki aku jegil bijik mata kat aku..Macam amaran jangan bangun,tapi boleh jadi dia jegil suruh tambah dalam pinggan dia sekali kot..kehkehkeh..Last2 tak bertambah pon..maleww..hehehee

Dengan Kak Ju anak aku terdidik dengan baik,bukan sekadar jaga biasa2..Dengan Kak Ju anak aku nampak bijak..sampai ja rumah Kak Ju anak dia yang bongsu (perempuan) akan ambik hamam bawak masuk rumah terus buka story book..Hamam dengar ja apa akak tu baca kat dalam story book..Rumah kakju tak da mainan..semuanya buku2 saja tak pon block2 ABC atau 123..Aku tengok sampai 2,3 almari buku besar..penuh..padat..siap label buku pembelajaran & buku cerita..

Sekali tengok rumah dia dah macam tadika..mulanya aku ingat dulu Kak Ju nie cikgu,rupanya dulu dia kerja kilang saja..Dia cakap kecik2 dulu pon dia dididik macam tu sebab tu dia amalkan dekat anak dia jugak supaya anak2 dia akan didik keturunan dia macam tu jugak..

Anak2 dia 3orang lelaki,semua ringan tulang..pernah sekali aku pi rumah dia nak ambik hamam.tengok2 si abang goreng ikan sambil dok basuh pinggan kat dapor.dah tu selalu nampak si angah lipat baju,sapu rumah,kemas rumah..boleh dikatakan depa nie tak berkira langsung buat kerja rumah..Sama2 tolong mak..

Sejuk perut Kak Ju mengandungkan anak2 dia..Aku harap Hamam akan terdidik dengan baik bawah jagaan Kak JU..kalau la aku terpaksa tukar babysitter,agak2 dapat tak yang macam nie??









2 ulasan:

Gojes-gojes yang komen