Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Selasa, 18 Februari 2014

Siakap Stim Malas


Perut tengah mendidih kelaparan,boleh pulak aku pi publish entry makan-makan..keji gila kan? Sebab tengah lapar la aku up entry nie,biar bertambah-tambah aku punya lapar..lunch satgi makan banyak-banyak tau...



Nie hari jumaat lepas,aku cuti..boleh main masak-masak..Aku pi kedai dengan encik somi,15minit pusing-pusing bahagian ikan terus decide nak ambik siakap..Kenapa nama dia Siakap Stim Malas? sebab sepanjang nak buat lauk nie,semuanya malas-malas belaka..

First aku beli ikan nie encik somi mintak aku buat siakap stim..terus laju mulut aku jawab malas..tapi aku buat jugak..

Second, aku mintak tokey ikan nie siang siap-siap..dia cakap tak da orang nak siang ikan padahal aku nampak ilek je anak dia main henpon dalam kedai celah-celah rak tu..cakap je la malas,senang cita..

Third, semua ramuan dalam menu nie adalah ramuan manusia malas semata-mata..

Forth, cara masak pon malas jugak..

Fifth, lepas makan terus rasa malas nak basuh pinggan and terasa diri ingin bermalas-malasan dan tidur...

Haa..tu pasal la nama dia Siakap Stim Malas..dah,malas cakap banyak meh aku bagi resepi..

SIAKAP STIM LIMAU (nama sebenar beliau)

1 ekor ikan siakap saiz sederhana (cuci bersih)
2 labu bawang besar (potong besar-besar)
2 biji tomoto (belah ikut suka)
2 batang cabai/cili besar (potong serong atau ikut suka)
6-7 biji cabai kecik/cili api (potong kecik2,kalau nak pedas tambah la cabai nie)
1 inci halia (potong kasar2,takut terkunyah satgi kentut sepanjang hari) 
5-6 biji limau kasturi (ambik jus saja,bijik tak mau ye)
1 sudu besar sos tiram
Minyak untuk menumis 
garam,gula secukup rasa
air secawan atau ikut suka nak kuah banyak mana..gittew..

Cara-cara nak buat :

1. Sedia kuali yang bersesuaian dengan saiz ikan,kan dan nama malas..buat cara malas la kan..kikiki kita tak kukus tapi kita masak dalam kuali..

2. Panaskan kuali,masuk minyak..bila minyak dah panas masukkan halia dan bawang besar tadi..pastu masukkan sos tiram..kacau-kacau sampai layu terkulai..

3. Dah layu,masuk air..ikut suka la hampa nak kuah banyak mana..

4. Terus masukkan cabai besar dan cabai kecik tadi..

5. masukkan ikan siakap tu..pastikan ikan dah siang dan basuh bersih..

6. Masukkan jus limau tadi..kacau2 sikit kuah tu supaya sebati,ingat..kacau kuah saja..jangan gatal tangan pi godek ikan tu..tak pasal2 ikan tu hancur lebur pulak..

7. Api sederhana ye,pastu masukkan tomato..siram2 ikan tu dengan kuah dia.. 

8. Masukkan garam,gula..sambil tu siram2 la ikan dengan kuah dia..dah agak sebelah bawah tu dah masak..terbalikkan ikan..hati2 takut ikan hancur..

9. biar mereneh sikit lagi..rasa..kalau rasa semua dah ok,dah boleh angkat..hidang panas2 pon sodapppp!!!

Ok,dah siap boleh makan terus..sebelum makan baca doa ye..takut lekat sifat malas aku kat hampa-hampa kat luaq sana..

Bai...