Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Isnin, 25 November 2013

Please help me to help her...

Aku ada sorang kawan dalam pantang,
Dia bersalin 2minggu lepas...
On the same time doktor gitau anak dia ada G6PD..
G6PD nie bukanlah 1 penyakit,dia lebih kurang faktor genetik...

Doktor dapat detect anak dia ada G6PD sebab ada test dengan darah tali pusat..
Nie yang aku google..mai la rajinkan diri baca sama-sama..

G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.
 
Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am. Ditemui pada mereka yang mana ibu bapa mereka berasal dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria seperti Asia Tenggara, Afrika dan juga Mediterranean.

Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.

Bagaimanakah G6PD diwarisi?

 
G6PD berlaku akibat mutasi (perubahan) terhadap gen yang terdapat pada kromosom X, iaitu salah satu kromosom yang menentukan jantina seseorang individu. Kromosom X secara tunggal dapat diketemukan dalam sel-sel gamet seperti ovum atau sebilangan nukleus yang terdapat dalam sperma. Oleh itu, kebanyakan pengidap kekurangan G6PD adalah lelaki yang mempunyai padanan kromosom XY, manakala wanita yang mempunyai padanan kromosom XX kebanyakannya adalah sebagai pembawa yang sihat sahaja. Untuk seorang wanita yang mengidap kekurangan G6PD, kedua-dua kromosom X nya perlu mengalami mutasi dimana keadaan seperti ini amat jarang berlaku.

Komplikasi:
Kebanyakan pengidap masalah kekurangan G6PD biasanya jarang mengalami sebarang gejala atau kompilasi. Pada penghidap yang terdedah kepada bahan-bahan tertentu seperti beberapa jenis antibiotik dan ubat anti malaria, sel darah merah akan mudah terpecah dengan lebih awal dari tempoh matangnya. Akibatnya pesakit akan mengalami gejala penyakit kekurangan darah (anaemia) seperti pucat, sesak nafas, lemah dan tidak bermaya. Bagi bayi yang baru lahir, mereka mungkin lebih mudah mendapt penyakit kekuningan di seluruh wajah dan tubuh badan (Jaundice).

Diagnosis:
Ujian darah boleh dilakukan bagi menentukan samaada individu pengidap kekurangan G6PD ataupun tidak. Pada masa kini, ujian G6PD juga boleh dijalankan secara rutin sebaik sahaja seseorang bayi itu dilahirkan.

Rawatan:
Pengidap kekurangan G6PD biasanya tidak perlu dirawat melainkan dia telah menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda komplikasi. Sekiranya anda adalah pengidap G6PD, anda perlu perlu mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti memakan kacang parang semasa mengandung, terdedah kepada ubat gegat dan meminum air kosong dengan terlalu banyak melebihi sejag air dalam sesuatu masa dimana anda tidak bersenam, tidak penat, tidak kehausan, dan tidak berasa kering akibat pengambilan kadar gula atau nutrien yang tinggi pada sesuatu masa. Anda juga harus memberitahu doktor anda tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor anda kerana ada beberapa jenis ubat yang mungkin tidak membolehkan anda mengambilnya.

Ubat anti-malaria:
Status G6PD perlu diketahui sebelum anda dibenarkan untuk mengambil ubat anti-malaria. Di kebanyakan pusat perubatan awam pada masa kini, ujian saringan pengesahan kekurangan G6PD adalah diwajibkan sebelum seseorang mengambil ubat anti-malaria untuk sebarang aktiviti di kawasan tertentu seperti aktiviti di hutan, jungle tracking dan lain-lain lagi. Oleh itu adalah penting untuk anda merancang setiap aktiviti yang hendak anda jalani di kawasan hutan. Ianya perlu dimaklumkan ke Pusat Kesihatan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh aktiviti. Selain bertujuan untuk menjalani ujian G6PD , dos pertama ubat anti malaria perlu diambil seminggu sebelum tarikh aktiviti dijalankan.

 
Ujian G6PD tidak perlu dilakukan berulang kali atau setiap kali apabila perlu mengambil ubat anti malaria. Sekiranya anda telah tahu status G6PD anda adalah normal, anda hanya perlu mengambil ubat anti malaria untuk kali ke-2 dan seterusnya tanpa menjalani ujian sekali lagi. Namun anda perlu sentiasa berwaspada kerana apabila anda gagal ataupun menipu mengenai status G6PD anda mungkin boleh mengalami komplikasi yang sukar untuk anda kawal dan meredakannya.



Jadi kawan-kawan semua,kawan aku nie ada gitau yang dia tak boleh makan sebarang jamu sebab akan effect pada baby dia yang ada G6PD tu...
Kawan aku tu dah la Czer,kesian pulak kalau tak makan apa-apa untuk pulih tenaga dia..

So aku harap sangat ada antara kawan-kawan yang boleh tolong suggestkan apa-apa kat dia..
Berdasarkan apa yang dia gitau,dia tak boleh makan sebarangan ubat sebab takut effect baby dia..

Any suggestion?

Blackout punya pasai...

Ada stori best..tapi tak dak gambar...
Macam malu sikit la nak gitau,tapi kalau pikiaq balik aku nak gelak guling2..

Semalam ada projek tergendala...hikhokhikhok
Alaa..biasa la,orang dah kawin..mihmihmih..*mata ke atas..

Semalam kenmain lagi laki kite buat air tau kat kite...
Sambil tunggu dia buat air,kite packing baju anak nak antar umah pengasuh..pack untuk seminggu..
Dah siap buat air dua jenis..*air untuk merangsang tenaga..muahahaha..
Dia duduk sebelah kite tengok kite pack baju anak..pastu suruh kite minum air tu..
*Hoiii..gediknya ayat aku...

Tetiba kan...'PLUPP!!'
BLACKOUT!!!! Ok..satu taman blackout..
Sapa dok taman selasih,taman angsana mesti tau semalam blackout kan?? kan??

Mesti hampa kata,wohooo..best arr nak 'teruskan'..gelappp..mesti syok...
Tak dak maknanya syok..
Panas hoii..nyamuk mesti banyak..dah tu dengan anak kecik lagi..
Terus aku ambik kertas keras kipas anak aku...
Tapi dalam hati dah agak dah...habis la..ada la yang tergendala nie...(^___^)

Sambil kipas anak dalam gelap tu,aku tengok laki aku dok kacau air yang dia bancuh..
Ok..2-2 air tu dalam kuantiti yang sama and dalam gelas yang sama bentuk dan warna..
Aku cakap dah kat laki aku,plan kami tak jadi..laki aku badan sampai berkilat sebab peluh..Area rumah aku memang panas tahap gila..kipas dalam rumah 24/7 kena buka kalau ada penghuni..
Tiba-tiba laki aku cakap...

L : Ibu....abah tak tau la mana 1 ayaq ibu & ayaq abah...
A : Laa..tertukaq ka?
L : Tak tau..konfius...Nie kot ayaq abah..abah yakin..

Terus dia togok sampai habis ayaq yang dia yakin sangat tu...
Aku pon minum jugak ayaq yang dia yakin bukan ayaq dia tu...
45minit lepas tu, lampu kipas semua on macam biasa...
letrik dah ada balik..

Tapi kami tak jadi on dah,panas..lagi pon dah lewat sangat..
Esok kami laki bini keja pagi...
Tapi puas kalih badan kiri kanan..tak jugak lena-lena...
Mula2 tu aku terlelap dalam 15minit kot..sempat mimpi sat..
tetiba terjaga sebab anak merengek..Pastu terus tak boleh lena..

Ingat aku ja tak boleh lena..laki aku pon sama..
Last aku tengok jam pukoi 3.45pagi..pastu entah bila aku lena pon tak tau la..
Laki aku dok keras statik 1 tempat..dia ingat dok macam tu dia boleh lena..
Entah pukoi berapa dia lena dia pon tak tau..dalam pukoi 2 lebih atau 3 lebih jugak kot..
Tapi pukoi 5pagi dia dah terjaga..aku sedap dok lena lagi..jam bunyi pon aku tak dengaq dah..
Pukoi 6 pagi laki aku gerak suruh bangun pi mandi...

Tapi bebal jugak la aku pagi nie,ngantuk sangat-sangat..
Nasib baik anak aku bangun elok ja,siap boleh senyum lagi..
kalau bangun-bangun ja terus cranky memang aku libas....hahahah

Pelik sangat kenapa semalam tak boleh tidoq,padahal kami letih sangat-sangat..
Laki aku keja 12 jam,aku pulak siang tu tolong-tolong kat majlis kenduri sebelah rumah aku..
Tapi malam kenmain susah nak tidoq,kalau ikutkan memang patut tidoq tak sedaq diri..
Kami laki bini syak,kami nie tertukaq ayaq..
Aku minum tongkat ali..laki aku minum kacip fatimah..
Tu yang terbuntang mata dua-dua orang...

Dan pagi nie memang aku dah yakin sangat yang kami nie tertukaq ayaq..
Aku baru perasan ayaq yang aku minum tu rasa macam pahit sikit...
Selalunya ayaq aku tak pahit macam tu,dia siap rasa manis-manis sikit bila tinggal sikit-sikit dalam cawan..

Nie aku dah patploh kali menguap..
Kepala dah start sakit berdenyut-denyut..
Mata tak boleh nak fokus..
Kerja pon tak tau nak mula mana 1 dulu..
aku start taip entry nie dari pukoi 8..nie dah pukoi 10 lebih..
banyak berhenti sebab rasa nak muntah..

So, pesanan untuk semua..jangan tertukaq ayaq..
Kalau diri tu berjantina P - sila minum kacip fatimah saja,jangan gatal tangan pi try tongkat ali..
Begitu jugak jantina sebaliknya...
Paham??

Mula-mula rasa syok nak buat entry nie,tapi makin lama makin lemau...




Jumaat, 22 November 2013

First Word!


Baca betoi-betoi..tau la sekarang musim cuti sekolah..
First word jadi FIRST WORLD pulak...
Iye..sekarang musim cuti sekolah..
Tapi anak aku tak sekolah lagi..
Maknanya cuti non ado la..Bila anak dah start sekolah baru la ada cuti sekolah..
gittuww...:D

Ehh..terpanjang pulak mukadimah...
Nie haa..aku nak gitau anak bujang aku dah ada tanda-tanda nak belajar becakap...
Dia punya first proper word yang dia sebut bukan lah ibu abah..
Kalau panggil ibu jadi Abuuuuu...
Kalau pangil abah jadi bahhhhh...
Kalau panggil dua-dua jadi buuuuuu...bahhhhh..
Try ulang 5 kali,konfirm dengar macam orang halau lembu.... -___-

Aku kalau mintak apa-apa dari Amam, aku guna perkataan "BAK"..
Nie ayat orang kedah la..Bak = Bagi...
Contoh : Amam..bak ibu asam jawa tu..ibu nak buat masak asam...
*Motip nak gitau anak selalu jadi assistant tak berdaftar kat dapur..

Soo..semalam aku guna banyak sangat words 'BAK' tu...
Jadi terlekat la kat otak dia perkataan 'BAK' tu..
Jadinya terjadi lah 1 conversation antara ibu dan anak..
*Ayat tak boleh blah.. -___-

Amam : Abuuuu...bakkk... *tunjuk botol susu
Ibu : Apaaa?? nak susu? baru habis sebotoi nak lagi ka? pecah perut kot.. -___-
Amam : Abuuu..bakkk...*tolak botol susu kat muka aku
Ibu : Kenapa? apa dia?
Amam : Bakkkk!! *Letak botol susu atas riba aku pastu lari pi main kat depan..
Ibu : *still bengap tak dapat tangkap

Sebenarnya anak aku baru lepas minum susu..lepas minum dia datang kat aku dia cakap 'BAK' sebab dia nak bagi botol kosong tu kat aku...
Perghh..dapat mak bebal..gini la jadinya...

Pastu sebelum tido Amam ambik buku ABC pastu terus dia dok atas riba aku..

Amam : haah..bakk abuuu...
Ibu : haaa..bagi ibu?? nak baca dengan ibu??jom baca sama-sama...

Time nie baru dapat tangkap bak tu maknanya dia bagi kat aku..
Pastu terus dia macam semua benda dia ambik bagi kat aku pastu dok sebut 'Bak..bak.."
Dok keeksitedan dapat sebut words 'BAK' tu..tiba-tiba dia nampak beg aku bawak pi keja yang aku gantung kat bilik..

Dia pegang beg tu pastu dia senyum tengok aku..

Ibu : Haa..beg ibu...B.E.G..beg!
Amam: Bakkkk..-___-


Muka konfident gila jawab bakkk..
Ok sayang,ujung minggu nie ibu cuti..kita buat tuisyen ehh...
(^____^)

Khamis, 21 November 2013

Nasib baik tak mati...


Kalau aku ada heart attack dah lama dah aku Innalillah....-__-
Cuak sangat-sangat..nasib baik nyawa aku masih utuh tak tinggalkan badan..
Hampir-hampir ja tadi...pffff

Pukul 10.30 tadi, tiba-tiba dapat call dari Nusajaya, Johor..

" Nabila..where's our air curtain?! why we not receive yet??! You told me,they will sent yesterday...where??! "

Nak tersedak aku jawab fon,ehh..bukan ke semalam aku call dia cakap dah otw nak sampai ke??
Rini dah menjerit-jerit tanya aku apahal pulak...
Semalam bukan main relax lagi cakap..
" You tak payah risau..I deal sendiri dengan itu driver..dia cakap dah nak sampai.."
Macam lipas kudung aku capai phone terus call sana sini cari orang incharge..
Bila call dealer dia bagi driver number..dah tu alasan dia tu aku tak boleh terima..
"Tu saya dah bagi number phone,you call sendiri tanya itu driver mana dia hantar itu barang..Saya tak tau sebab saya di KL..dia yang hantar itu barang pegi Johor.."

Hoii..mangkuk sungguh..macam nie ke supplier??
Nak hilang customer ke?
Mentang-mentang dah bayar,pastu barang pon dah keluar..boleh lak main lepas tangan..
Kejadahnya hang buat macam tu?? Ini negara ada law la..
Hello boss!! Selagi barang tak sampai mana boleh buat gitu..
Memang tak ambik dah apa-apa barang pon kat hampa lepas nie..

Dah tu aku siap aku ugut driver tanya kat mana dia hantar barang tu...
Kesian dekat kamu wahai Encik Jali..diri ini tak sengaja..emosi mempengaruhi diri..
Gittuww...

Lepas selidik sana sini...
berbelas call aku buat...
Rupa-rupanya....

"deyy boss...itu barang sudah sampai maa..you punya assistant tak bagitau you apa-apa ka??"
"you punya assistant yang pegi ambik tu barang dekat guard house..you dah buat saya hampir-hampir mati sakit jantung tau tak..itu barang belas-belas ribu kalau hilang..big bos kerat saya punya tengkok kasi putus tau!!"

"ehh..iya ka?? bila sampai? itu ****** tak inform saya apa-apa pon..sekejap saya tanya dia.."
"yaa..yaa..itu barang sudah sampai petang kelmarin..sori aaa"

Sori naik lori la..kes hari tu pon aku dok kecut perut lagi..nie tambah kes baru pulak..
Ehh..tak tau kes apa?? kes WTF nie la..
*WTF - With This Fioneee - motip??

Dok opis nie risiko tinggi tau dak...
Lagi-lagi keja macam aku yang kena deal duit ringgit dengan orang nie..pfff

Any job offer to me??


Motip letak gambar anak..nak ilangkan stress..
nie la ubat stress aku..
tapi kan..kadang-kadang nie jugak la penyebab stress aku...
(^___^)

Selasa, 19 November 2013

Tengok Dunia Dengan Si Baju Merah Pojaan Hati


Siapa tu yang menjadi pojaan hati ku??
Nie haa..budak nie....


Aku balik keja dengan kak aku & suami dia..
Lepas tu terus pi ambik budak nie kat rumah babysitter..
Konon nak bawak jalan-jalan tengok dunia...
Disebabkan bukan aku yang bawak so moh la kita ikut saja ke destinasi melihat dunia...
Ke Giant...-__-

Sedih sangatkan Amam tengok dunia kat Giant..
Nak ja aku ajak anak aku cari Globe Bumi tu..
Nak tengok dunia....:D


Masuk Giant ja benda nie ada kat betoi-betoi depan pintu masuk tu..
Promosi 2kg RM32...mai beli mai...
Anak aku tak mau jalan tempat lain..nak melekap dengan milo-milo nie jugak..
So aku pon ehemm..ehemm...
"Minum Milo anda bersemangat JUARA...."
Terus anak aku gedik menari-nari..Patut la nak dok situ ja,dia tengok sama macam dalam TV..




Tak reti dok diam,semua benda dia nak tarik..
Dah tu tergaru-garu sana sini...nak ambik gambaq pon susah,kena pegang dia kuat-kuat..








 
Kenmain gelak besar..bukan senang nak bagi dia gelak besar macam nie hoiii..
Jenuh aku berauw cak..buat muka macam monkey mintak kaki..lompat-lompat macam zirafah..haaa..
Nie la hasilnya..belengaih keti aku...

Pastu pi makan..lepas makan lepak Dataran Raudhah aka I-City Kulim...



Dia bajet dah besar kot..
Ada budak-budak umor dalam 8-9 tahun dok main lari-lari..
Dia pon pi ikut lari sekali..memang tak boleh blah..
Siap acah-acah suruh orang kejar dia tapi tak dak sapa layan..kihkihki




Macam peghak ja macam jakun ja..bhahaha..






Berhingus anak aku..nie modai nak demam balik la nie..
Gila aku nie,anak baru baik demam dah bawak berembun pulak..
APTB...







Sambungan itu..Mengamuk..Terharuuu....


Mengada sangat nak buat entry sambung-sambung..
Nie otak krem dok pikiaq celah mana aku nak start sambung..
Apa kata hampa abaikan ja word BERSAMBUNG kat bawah entry NIE...
Boleh?? (^___^)
Mai la aku sambung sikit..sian lak kat hampa semua..heheh

Ok,esok tu lepas balik keja aku ajak laki aku keluaq pi hantaq barang kat Panasonic.
Tapi nasib tak baik,tak boleh jumpa customer tu..Dia kena masuk keja awai..
Masa nie jugak la aku hampir-hampir jadi tikus sebab laki aku mengamuk..
I is tatuit tau..bukan selalu dia mengamuk..

Alkisahnya,kami keluaq rumah lambat..nak jumpa customer tu pon memang tau dah tak sempat..
Orang keja kilang kena masuk on time..Lambat ja potong KPI..
Sepanjang jalan aku bebel-bebel..semuanya aku salahkan laki aku..Dia lak diam ja..
So,bila sampai ja kat Panasonic memang budak tu dah masuk dalam..
Aku ajak ja laki aku balik,tapi hati tengah panas kan..Aku still bebel-bebel..

Pastu dia tak mau balik...dia cakap..
L : CALL SAMPAI DIA ANGKAT..
B : Dia dah masuk keja,nak angkat kebendanya..
L : CALL SAMPAI DIA ANGKAT...
B : Dia kat dalam..entah-entah dia tinggai henfon kat loker..
L : CALL SAMPAI DIA ANGKAT!!
B : *ambik henfon try call* Dia tak angkat..dia tinggai fon kot..
L : CALL SAMPAI DIA ANGKAT!!!
B : Jom la balik,esok ibu mai sendiri..
L : CALL SAMPAI DIA ANGKAT!!!?
B : *try call..budak tu angkat terus aku settle kat luaq keta..tinggal barang budak tu dekat guard* Dah siap jom balik...
L : .............................................................

Tudia kalau laki dah mengamuk..pakai 1 ayat ja terus settle semua benda..
Lepas nie kalau nak membebel kena pikiaq panjang...
Laki kita nie ada hati & perasaan jugak....
Aku kan kalau dengar orang beletiaq pon aku rasa nak muntah..
Nie la jadi kalau dia pendam lama-lama..sekali keluaq haa..Hambik!!

Serius aku takut..walaupon dia tak jerkah..*hanya keraskan suara je pon..
Rasa nak pitam ooo..Rasa nak teriak situ jugak tapi nak teriak pon tatuitt... -__-
Tapi sat ja dia marah...otw balik tu dia cakap..

L : Ibu jangan la dok berlembut sangat..satgi orang pijak kepala..Kadang-kadang tak semua customer always rights..
B : Haaa......*takut nak jawab panjang-panjang...... (^___^)

OTW balik tu kami singgah hospital sat..
Bukan sebab nak check up Amam..Kejadahnya nak check up malam-malam..
Maunya doktor kat sepital tu baling stetoskop kat aku...
Aku tau sebut stetoskop dengan microskop ja.. -__-

Kami nak tengok sepupu aku yang baru bersalin tu..
Tapi tak boleh tengok lak sebab dia dibawah pantauan 12jam wad bersalin.
Diagnosis PPH secondary to anaemia atau pon senang cakap tumpah darah..
Gila la darah hilang dekat dua liters..banyak tu weyh..
Sampai tak sedaqkan diri..Jadi pihak hospital masukkan 4 pack darah..

Masa aku sampai tu mak lang aku cakap dia dah sedaq tapi family  ka husband ka tetap tak boleh tengok lagi..
Boleh tengok baby saja..baby dia super duper comel & bambam..:D


Ok,gambaq nie bukan aku ambik..aku ambik kat FB sepupu aku..adik kepada sepupu aku yang bersalin tu.Alhamdulillah semuanya dah selamat..Baby & sepupu aku tu dah balik rumah untuk berpantang..

Aku ada tanya laki aku..time nie mood semua dah ok la..

B : Abahh..ibu bersalin kat Amam operatekan?? Nanti kalau Amam nak dapat adik,abah nak ibu operate jugak atau bersalin normal..
L : Operate!!
B : Tapi operate boleh 3 kali saja..setiap kali operate dia tambah seinci kiri & kanan..Tak pa ka?
L : Insyaallah..ibu boleh..abah tak sanggup kalau apa-apa jadi kat ibu...abah tak dapat bayangkan kalau ibu jadi macam sepupu ibu tu..abah tak mau....
B : *sobbsss..terharu weyhhh....
L : Sebab tu lah bersalin nie ibarat telur hujung tanduk..kalau dah ajal masa bersalin tu maknanya tergolong mati syahid..Tapi abah tak sanggup kalau ibu jadi macam tu..abah tak sedia..
B : *Pulak dahhhh......





Sabtu, 16 November 2013

A Year Of Parenting..


I had my baby almost a year ago and I'm totally agree with this pictures..
So adorable!! (^_____^)

Being a mother to Ahmad Thaqif Hanzalah  was a best moments in my life....
Love you sweetheart!!


Jumaat, 15 November 2013

Akronim Sesajaaaaa....

Ahad baru-baru nie kan aku ada bawak Amam jumpa mak aku kan? 
So mak aku nak belanja Amam makan kek,ala..saja nak sambut bufday yang dah lepas sebulan tu..kihkihkih
Mak aku singgah bank kejap,aku ngan akak aku dengan Amam lepak la dalam keta..
Tiba-tiba keluar topik akronim atau singkatan perkataan kot..
Adoii..kenapa teruk sangat BM aku..*puiiiii!!?

E : Akak aku
A : Aku lettew

E : Weyhh..ang nak tau dak,sebenaqnya aku baru tau maksud yang orang dok tulis kat FB tu..
A : Benda apa? Tulis apa?
E : Laa..yang depa dok tulis, APTB tu..baru aku tau maksud dia Apa Pon Tak Boleh..
A : Ohh..ang tau dak maksud OOTD??
E : Benda apa tu? Mekjah pon sama gak,dia baru tau APTB tu..sebelum nie dok agak-agak sendiri ja..
A : Outfit Of The Day...banyak sangat akronim lanii..nak mudah,cepat,cekap & telus la kononya bila SMS atau chatting...

Serius weyhh..banyak sungguh akronim,sampai aku pon pening gak..
Kadang-kadang akronim yang memang tak dak dan tak akan jumpa dalam kamus nie memang buat aku sakit..
Jenuh aku termenung 3,4 kali sebab dok pikir kejadah yang orang dok tulis tu..


Contah kan,kita dah makan kenyang-kenyang pastu bangun pi bayar.
Elok siap bayar semua cashier bagi resit gini..
Agak-agak berapa lama kita nak stand depan dia nak mintak penjelasan?

TIP tu untuk apa weyh? YOLO tu orang ke?atau sejenis servis yang tak tercapai dek akal??
Gila aku google,rupanya YOLO adalah..YOU ONLY LIVE ONCE!!!

Nie satu lagi,entah apa-apa la manusia sekarang..kihkihkih..
Benda nie pon dah boleh buat kecoh...
Aku dok bayang dia baling sandwhich pastu jerit kuat-kuat Yooo...Loooo... :)
Ke dia jerit camni eh..Youuuu Onlyyyy Livveee Onnncceeeeeee.........
Bhahaha..bongok sungguh aku nie...

Apa-apa pon aku rasa live is to confusing already...
Semuanya nak dipendekkan....

APTB..eh..ehh..
hehehehe


Amam Demam -__-

 

Dekat 3 minggu jugak la blog aku nie tak berupdate,
Malas tu dah 1 hal, bizi pon 1 hal jugak..
3,4 hari lepas lak anak aku demam sampai ke hari nie masih tak okey-okey lagi..
Demam on-off nie tau-tau la kan..makan masa jugak nak okey..

Bila ingat balik macam mana anak aku boleh demam memang buat aku nak ketuk kepala sendiri dengan kepala laki aku sekali...
Kami la penyebab utama anak demam meleret-leret nie..

Hari Jumaat lepas kami laki bini saja-saja pi Tesco belakang rumah aku nie..*belakang la sangat
Tau apa motip pi Tesco? Nak beli deodorent je derr..padahal kedai runcit kat area depan rumah aku nie ada selonggok deodorent..
Saja nak cari yang jauh sikit..tengah rajin nak bakar minyak keta.kan tengah "murah" nie kan..

Macam adik ngan kakak ken??bhahaha

Lepas rembat deodorent 2 botol, kami bawak la budak kecik nie main keta goyang-goyang  dekat tempat mainan dalam Tesco.
Apak dia bawak dia main dulu,aku pi beli aiskrim..beli 1 je tp share 3 orang..nak jiiimatttttt duittt..


Anak aku jenis gila stering je..aku tak ajar dia naik keta nie siap masuk duit..Boleh rabak poket sebab aku dok tengok budak-budak kalau naik keta nie nak 10 round..tu pon macam tak cukup..

Dah habis drift semua sempat pulak kami tapau benda apa ntah, nama Original Tako..
First time makan,sedap..beli yang set je.. ada 4 ketul pastu teh hijau 1..RM12 je..Gambar tak da sebab kami laki bini makan kat parking lot je..
Nanti kalau aku pi lagi Tesco belakang rumah aku nie aku beli pastu aku ambik gambar..
Ehh..ada sapa-sapa mintak gambar ke? over konfiden lak..hehehe

Time nie aku tengah marah apak and anak,tapi dua-dua buat donno kat aku..-__-

Kami parking kat luar sebab parking kat dalam tu YaRabbi..Penuh!!
Ramai pulak orang Kulim nie eh..hehehe

Dah la parking kat luar,boleh lak relax-relax dulu picnik makan Original Tako pastu sengaja lepas anak bebas bermain ketika jam menunjukkan pukul 11 malam..Ya..11 malam!!!
Tu pasal la anak boleh demam..boleh biar anak berembun,sian Amam ada parent sengal macam kami nie..pffff

Esok pagi tu aku hantar Amam kat babysitter macam biasa,Tengahari aku ambik sebab aku halfday je setiap Sabtu.Time ambik Amam babysitter cakap Amam demam..suhu badan baru 37.6..demam sikit..

Malam tu aku balik kampung sebab nak attend kenduri..Badan anak aku suam-suam gitu je..Tapi esoknya kat rumah kenduri punya la lemau..baring je dia..Sian betul..

OTW balik tu sempat la bawak Amam lepas rindu kat Opah dia..Opah belanja kek,Opah cakap nak sambut bufday Amam yang dah lepas bulan lepas..bulan nie baru nak sambut dengan opah..hehehe

Beli kek pandan..serius cakap,tak sedap..T_T

Muka bahagia padahal tak tau apa-apa

Demam-demam pon mentain ja aktif..

Lepas jumpa Opah,kami hantaq opah balik rumah lepas tu zass hantaq aku ngan Amam balik Kulim,Ehh..lupa nak gitau..aku balik rumah mak aku kat kampung aku..Kak dengan adik aku ja yang dok rumah tu lani..Mak aku dok kat kampung 1 lagi..paham dak? kalau tak paham buat-buat paham udah lerr..

Sampai rumah dalam pukoi 6.30petang camtu la..dok relax-relax jap tapi anak aku dah lemau gila time nie..
Terus ambik termometer,check suhu badan dah 39.8..
Apa lagi,terus ajak laki aku p hospital..Laki aku keja malam..patutnya masuk pukul 7malam..
Mintak excuss masuk pukul 11.30 malam..

Selalu kecemasan kena tunggu jugakkan?nie tak dak tunggu-tunggu dah..
Daftar kat kaunter terus aku gitau umur anak & suhu badan..
Zass..zass..terus masuk jumpa doktor.
Doktor masukkan ubat bontot pastu kena lap badan Amam bagi suhu turun,

Masa masukkan ubat bontot,masyaallah..Amam mengamuk..punya la susah nak pegang dia..
Nak lap badan pon melalak macam aku lak yang belasah dia..pfff
Aku lap badan dia dalam 20minit pastu terus bagi pakai baju..




10minit pas pakai baju nurse mai nak check suhu..38.9..pfff sikitnya turun..
Nurse cakap buka baju,lap balik...nak je aku mintak lap kat rumah..sian anak aku sejuk..walaupon aircon situ tak kuat sangat..

Dengan abah ok je,,dengan ibu melalak...

Lap dalam 10 minit gitu,doktor cakap dah boleh balik..yuhhu!!
Kami memang dah lapar tahap gila babeng dah nie...
Sian kat laki aku la,,dari pagi lagi tak makan apa-apa..tahan betul perut dia..nie kalau mogok lapar pon tak da masalah nie...:D

OTW balik laki aku nak makan nasi arab.Tak ingat nama restoren tu..
Tu pon jenuh bertekak dalam keta,dia nak jugak nasi arab...
Dekat telinga aku nie jenuh dengar dia dok berzikir kambeng..kembeng..kembeng..
So..ikut je..bukan aku bayar pon..aku kena teman dan makan je...

Kami order Nasi Kabsa Kambeng 1..Kabsa ke Kabsya  ntah..Pastu Nasi Mandy Ayam 1..
Tapi yang sengalnya dua-dua kambeng..mana nasi mandy ayam aku??
Malas nak mintak tukar takut lambat..Mandy Kambeng pon kambeng la...

Air teh o gelas dan milo ais..Amam makan share dengan aku..
Aku nie spesis anti kambeng walaupon lahir tahun kambeng...
Aku makan kambeng tu sikit je,tak lalu..laki aku cakap kambeng dia tak bau..
Tapi aku bau kambeng tu macam kambeng sekoq dok atas riba...

Aku makan tak habis,otomatik sakit kepala..
Macam overdose kambeng lak..
Laki aku relax je walaupon dia pon ada gak sakit kepala sikit-sikit tu...

Balik rumah aku terbongkang..tak larat nak angkat kepala..
Amam lak demam..langsung tak bunyi..tidur terus...
Laki aku lak terus pegi keja...
Time tu kalau ada sapa-sapa ajak bersembang memang aku nak bagi kaki..

Otak pon tak boleh proses apa aku nak cakap...






: : BERSAMBUNG.......