Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Selasa, 18 Jun 2013

Botak dan Tak Botak itu sama.......

Masa lepak2 sambil tengok Mr.Saif men game dalam fon dekat rumah dengan Hamam semalam tetiba naik isu rambut...

Aku: Bah..kita botakkan Hamam nak tak??
Dia: Tak payah la.....
Aku: Kenapa? tengok rambut Hamam nie..depan panjang..belakang tak tumbuh2 lagi...
Dia: Tak pa..biaq ja..nanti dia panjang la...
Aku: Mak ibu cakap, kalau kita rajin potong rambut lagi cepat rambut kita panjang...Ce abah tengok pokok..makin kita cantas pucuk2 tu makin cepat naik pucuk baru....
Dia: Kita bukan pokok.....nantilah,kita simpan dulu rambut Hamam nie,lambat tumbuh pon tak pa...agak Hamam nak masuk sekolah kita potong lah rambut dia.....
Aku: Whaattttttttttttt!!!!!

Gila engko....anak aku sekarang baru 8 bulan..paling awal nak masuk sekolah dalam umo 4 taun,maybe la...3 tahun lebih nak simpan rambut...Gilo ka apa....hahaha

Tapi serius rambut anak aku nie spesis lambat gila nak tumbuh...Selalu pakaikan topi kalau keluaq jalan2....

Tak senonoh betul gambaq nie,umpan suruh diam dalam keta.bagi benda makan diam lah dia

Nie kira gambaq terbaru la nie..bulan lepas punya gambaq masa trip 1 hari pi Cameron Highland..Rambut depan dia tu rambut dalam perut sebab masa nak cukur rambut dia tu tetiba penuh ruam kat atas kepala dia belah depan tu...Mak long aku cakap cukur belakang & tepi2 dah lah...Kiranya kepala dia nie rambut sejak dalam perutlah....

Yang dekat tempat cukur tu tak payah tengok lah..macam tak naik2..siap aku buat lawak dengan Mr.Saif nak bawak Hamam pegi Yun Nam Hair Care lagi tau..hahaha...


Better pakaikan topi macam nie lagi ok aku rasa...semua cakap,"Aloo..loo..comelnya"..Try aku buka topi tu,terus.."Eh..botak ka?" nak kena eksplain pulak...Jadi pakai topi dah tak tanya banyak dah....

Ada petua nak bagi rambut tumbuh cepat & lebat tak??

Bukan Sofi Jikan yang meninggal.........

Ayat atas tu macam ayat kat tabloid la pulak...........

Ramai sangat dok tag aku kat FB tentang cita Sofi Jikan meninggal....aku pon eh..betul ke?
Nie la gambar disebar2 tu pastu tag aku...buat pengetahuan semua aku bukanlah wartawan ke apa...Kalau untuk makluman tu tak apalah aku tak kisah tapi harap maaf ye sebab aku terpaksa unTAG ye atas sebab2 yang tak dapat dielakkan...ecewahhh...........





Tak lama lepas dapat gambar nie dapat pulak gambar nie....




Haaa...inilah dia kalau terlalu nak jadi yang terpantas menyampaikan berita.Sampai ada yang silap hingga menjadi kecelaruan maklumat..apa2 pon takziah kepada keluarga arwah dan sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah...

#Kecik pulak gambar tu kan? nie dah LARGE..kalau ambik X-LARGE terlebih templat pulok...

TAK SABAR!

Ececeh...tajuk ntah apa2 kan??

Aku selalu macam nie tiap2 bulan..elok masuk ja tengah bulan gigil2 tangan aku cari pen,kertas & kalkulator..
Untuk apa cari semua diatas tu?? Aku ada penyakit "TAK SABAR"....Haa...teruk tak penyakit aku??

Ok..tujuan pen,kertas & kalkulator tu adalah untuk list segala benda yang aku nak beli @ guna dari duit gaji aku.. Mesti ada yang cakap...Waaaa..pandainya merancang..mesti tak membazir.... Hahahah..harap maaf dan sila simpan kembali ayat anda didalam poket seluar anda...

Ayat tu tak sesuai untuk aku ok, sebabnya adalah..bila gaji sudah ditangan..list tu dah hilang melayan ibarat pasir ditiup angin..hahahaktuihhh!! Aku nie golongan tak sabarkan..mesti ingat tu...

Tengah bulan list barang nak beli time gaji-TAK SABAR! 
Dah gaji terus shopping-TAK SABAR!
Tengok apa2 benda pon semua nak beli-TAK SABAR!
Tak boleh tengok duit-TAK SABAR!
Bila duit habis TAK SABAR! nak tunggu gaji seterusnya...

Haa..acaner nie kan? bila nak kaya kalau gini kekdahnya....tulun..tulun..tulun sedarkan aku..............

Tapi bulan nie punya barang aku dah list dah...

1.Buku resepi 350 Selera Setiap Hari..


Kenapa aku nak beli buku nie?? Kelmarin jiran aku lepak kat luar rumah dia,anak dia baru saja belikan buku nie guna baucer buku..Aku cakap nak tengok sat boleh tak kak?? sebab menarik giler lah..slumber dia cakap..Tak boleh,buku kakak nie.baru beli semalam satgi rosak pulak uda ada anak kecik.. Perghh..aku nak belek depan dia ja kot,bukan nak bawak balik rumah pon.

2.Baju Raya

Aku nak beli kain je,suruh mak aku buat..Sempat gak la aku "chup" tempahan untuk aku,Mr.Saif & Hamam..hehehe..Malas nak glamor2 sangat,aku pakai kerongsang yang berjuntai2  tu pon anak aku tarik sampai putus dah tu ilang terus kerongsang tu.Nak pakai yang glamor2 memang idok lerrr.

3.Baju di FB

Hahahah..bukan baju aku tapi baju untuk Hamam..kiut2 je..geram aku..alang2 nak beli biar 2,3 pasang kenn?? Murah sikit postage..

4.Deposit kuih raya

Haa..nie memang kena..deposit nie penting sebab aku nak "chup" kuih aku.tak mau la last2 minit cakap...eh..kuih tak cukup la dik..ahkak mintak maaf yee.. kasi lempang sikit sama itu orang...

Nie ja list aku buat sementara waktu nie..biasanya makin dekat dengan gaji makin bertambah..jangan bertambah ohkey...cukuplah setakat ini sahaja....

#nampak sedap2 kuih & kerepek orang jual online,risau gak kalau tempah nanti sampai kat aku je hancur. Kadang2 pihak yang uruskan postage nie tak tau dalam parcel tu benda sensitip gegaran..


Marilah Sama-sama Menderma Sambil Beramal - Surau An-Nur Kg Air Kepar

Assalamualaikum..........................

Hari Selasa menjengah kembali...Begitu cepat masa berlalu, sedar tak sedar kita semakin menghampiri bulan Ramadhan yang mulia yang bakal menjelma tidak lama lagi....................

Marilah kita bersama2 memperbanyakkan beramal bagi menyambut bulan yang mulia ini..Banyakkan lah bersedekah dijalan Allah...

Kebelakangan ni bila aku buka Fb aku ternampak satu page yang menarik minat aku,




Nama page tu Surau An-Nur Kg Air Kepar, Kedah D.A..nie dekat sebelah kampung aku..Atau lebih tepat sekali nie tempat kelahiran arwah ayah aku..Rumah tok aku kat kampung nie lah...bukan tok aku saja,Pak Long aku,Mak lang aku,Tok Lang aku,Tok Cik aku & Tok Su aku jugak...boleh dikatakan ramai yang duduk kat kampung nie ada pertalian darah @ bau2 bacang dengan aku...

Buat pengetahuan semua, page nie diwujudkan bagi mengumpul dana untuk pembinaan surau yang dah terlalu uzur dan tidak dapat lagi menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah...

Selain itu, surau ini jugak turut berkongsi bahagian dengan Tadika Kemas bagi anak2 penduduk disini....Surau ni dua tingkat, iaitu separa kekal..Bahagian atas diperbuat daripada papan manakala bahagian bawah pula daripada batu simen...Dibahagian atas dijadikan ruangan solat manakala dibahagian bawah pula dijadikan  tadika dan tempat penyimpan alatan memasak bagi kegiatan kenduri kendara di kampung tersebut.

Nie adalah gambar bagi surau yang telah uzur ini...


bahagian sisi surau.


bahagian depan,terdapat dua tangga disediakan untuk ke ruangan solat.kiri untuk muslimat manakala kanan untuk muslimin


bahagian bawah ialah tadika manakala khemah didepan tadika dijadikan ruangan untuk aktiviti kerohanian akibat ketiadaan tempat yang bersesuaian atau dijadikan tempat menjamu tetamu jika ada pihak yang mengadakan majlis kenduri di surau ini.


tangga bahagian muslimin

ruang solat muslimin


ruang solat muslimat


tangga diperbuat daripada papan yang sudah semakin uzur


tempat berwuduk


pintu masuk tadika kemas

Tak silap aku dah lama sangat surau nie, aku tak lahir ke dunia lagi surau nie dah ada dah...kampung nie terpencil sikit...dalam google map ada tapi kena tekunlah mencari sebab nama ditukar jadi Kampung Ayer Kepal...sapalah lah yang salah eja nama kampung ni tak,tak pasal2 cari tak jumpa...


kerja2 penambakan tanah sedang dilakukan

tapak surau baru yang akan didirikan

tapak surau dari sisi lain

Pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama negeri Kedah sedang mengukur arah kiblat bagi surau baru.

Tuan Haji Ghazali-Imam Surau An-Nur turut mencuba menggunakan alat untuk mengukur arah kiblat

 yang pegang kayu tu Pak Lang aku, kayu tu sebagai landmark arah kiblat bagi surau baru.


Nie pulak adalah lakaran surau baru An-Nur Kg Air Kepar.


Pembinaan surau ini sudah pon dirujuk dengan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. Alhamdulillah sebut harga setelah dirunding dengan kontraktor adalah sebanyak RM150,000.00 diperlukan bagi membina dan membangunkan surau tersebut daripada jangkaan asal iaitu sebanyak RM300,000.00.

Tetapi buat masa sekarang dana yang terkumpul baru mencecah RM5K sahaja...Oleh itu,saya memohon jasa baik anda semua untuk menderma bagi menambah dana bagi pembinaan membangunkan semula Surau An-Nur yang uzur ini...

RUJUKAN Jabatan Agama Islam Negeri Kedah : bil(46)dlm.AGAM(K)A-4-2012

Jika anda ingin menderma atau memberi sumbangan kepada surau ini,sumbangan anda bolehlah disalurkan terus ke nombor akaun yang tertera dibawah.Akaun ini telah dinamakan atas nama surau ini sendiri iaitu Surau An-Nur Kg Air Kepar.

No. Akaun : 02057010034919 - Bank Islam Malaysia Bhd.

Dibawah ini pula adalah Setiausaha Surau An-Nur :

En.Mohd Fazeli bin Mohammad
Tel: 012-4183785 / 019-3486415
Email: surauannur02@gmail.com / fazeli1447@gmail.com

Atau admin page Surau An-Nur Kg Air Kepar :

Zainudin bin Rozali aka Ayah Dean
Wisma R&D UM
Email: ddean9898@yahoo.com
Tel: 013-3856014


"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-
Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya". Al-Baqarah261

Saya memohon jasa baik kawan2 sekalian untuk menyebarkan entri ini bagi mengumpul dana membangunkan surau tersebut..kerjasama anda semua amatlah diharapkan.Terima Kasih.

~ SEBARKAN ~