Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Khamis, 16 Mei 2013

Hammam 1 minggu.....

Assalamualaikum.................

Entry kedua untuk rinie..Hampa semua tak payah mengeluh nak baca entry aku, kali nie aku bagi hampa tengok gambaq banyak2 pulak...Lenguh noh baca entry2 aku sebelum nie..tak dak gambaq kan...asyik kosong~~kosong~~kosong~~...(ikut nada najwa latif)
Nah hampa tengok gambaq2 nie...

Laii ~~ Laii ~~ Mai cuci mata dulu mai......
Jom kita start flash back beberapa bulan dulu....

Haa..nie first time aku aku tengok anak aku..lepas operation dia kena masuk wad yg baby problem tu untuk pantauan..Alhamdulilillah tak dak apa2..teleng ja kepala sian dia..sapa la buat anak aku mcm nie..Awat tak mintak bantai kat aku weii Ooo...

Abah dia terketaq2 pegang,kekok la katakan..Kecik sungguh Hamam.aku lagi la tak berani pegang tapi kena pegang jugak sebab nak menyusu dia kan.....




Kecik kan..ce tengok jari Mr.Saif & kepala Hamam..alahai..keciknya dia..

Nie tengok jari aku dengan dia pulak..tapak tangan aku boleh tekup 1 kepala dia.




Baju new born kalau dia pakai semua sampai ke betis..kecik sungguh.sapa tengok dia pon kata macam tu.

Tenggelam..pakai baju ja..seluar tak payah pakai pon tak apa.

Sat kiri,sat kanan..hahah..malas rotate gambaq.baju nie kalau pkai balik sekarang dah dok atas pusat dia..hehehedulu tak payah pakai seluaq pon dah tutup aurat anak aku.

Dari kecik sampai la lani gaya mulut nie jugak yang dia suka.

Nie aku snap idung sebab ramai kata idung mancung.Nak tengok mancung sampai bila..


Ada yang jahat mulut mai tengok aku & Hamam kat rumah kata Hamam kecik macam budak Somalia...Caitt, mulut longkang sungguh...






Buat la macam mana pon,bedung2 dia mesti tangan terkeluaq macam tu jugak...

"Jangan amik gambaq la ibu...adik silau nie..."



Sejuk ja tengok anak tidoq.....





Nostalgia Hari Guru ........(^__^)

Assalamualaikum..........(^____^)

16 Mei Hari Guru...
Hari mengenang jasa-jasamu,
Terima kasih ikhlas untukmu,
Yang rela berkorban selalu.

Semua pelajaran dan pesanan,
Untuk menyuluh masa depan,
Ingatlah..wahai kawan-kawan,
Guru selalu banyak berkorban.

A,B,C..kita diajar membaca,
1,2,3..kita diajar mengira,
Didikan diberi sehingga berjasa,
Jasa diberi tak akan dilupa.

Ingat2 lupa dah aku dengan lirik lagu nie...dulu masa sekolah rendah selalu nyanyi lagu nie masa Hari Guru.
Masa tu semua kelas WAJIB buat persembahan pentas sebabnya aku sekolah kampung, tak ramai sangat student macam sekolah2 dekat pekan & bandar sekarang..Berkelas2..sampaikan sampai 6,7 kelas untuk satu darjah..kat sekolah aku dulu setiap darjah ada 1 kelas saja..dalam 6 kelas tu mesti ada jugak 1 kelas akan buat persembahan dengan menyanyi lagu ni..

Untuk pastikan setiap kelas tak buat persembahan yang sama, mesti ada sorang dua mamarazzi yang pi mengintai apa persembahan kelas2 lain buat..best gila kot kalau ingat balik..Tak kira la darjah 1  ka darjah 6 ka,kalau bab persembahan semuanya pandai menyibuk & sama taraf umoq..heheheh...

Sehari sebelum Hari Guru,ada la aktiviti memborong hadiah di kedai2 runcit kat kampung. Dulu zaman aku yang sekolah kat kampung nie mampu beli sabun mandi ketul ja untuk bagi hadiah dekat cikgu2 aku. Tu pon kumpul duit belanja sekolah,kalau yang bernasib baik boleh la minta kat mak pak masing2, tu pon kalau mak pak depa bagi. Kebanyakkan orang tua kami kerja kampung saja, penoreh getah..Mana mampu nak bagi yang mahai2. Ada 2,3 kerat saja yang bagi hadiah best2 kat cikgu sebab depa orang senang..

Paling best awai2 pagi pi bilik guru bagi hadiah,tak menyempat2. Bukan apa,nak jadi yang terawai bagi hadiah dekat cikgu. Aku rasa sebulan dua jugak la cikgu2 kat sekolah aku tak payah keluaq duit nak beli sabun mandi,hahaha...Masa nie ada la yang saling dengki mendengki sebab pembalut hadiah orang lain lebih lawa dari diri sendiri padahal isi kat dalam tu sama saja...(^__^)

Sepanjang Hari Guru yang paling aku tunggu-tunggu adalah time cikgu men tukaq-tukaq hadiah sama-sama depa..Hadiah yang depa tukaq dari depa sendiri la,tak kan sabun2 kami kot...Sanggup Ooo aku tunggu sampai habis majlis semata-mata nak tengok apa hadiah cikgu2 aku dapat dari main tukaq-tukaq hadiah tu sebab depa kena buka hadiah on the spot lepas hadiah tu sampai kat tangan.Masa ni la aku bercita-cita nak jadi cikgu sebab nak dapat hadiah macam depa..#boleh macam tu

Lagi 1 yang aku tunggu-tunggu adalah persembahan kelas..masa nie semua nak tunjuk bakat masing-masing..Yang lebih best ada jugak mak2 atau bapak2 yang mai jugak sekolah sebab nak tengok persembahan anak depa masa Hari Guru...Ohh...nostalgianya...

Tapi yang paling aku ingat mak aku marah sebab aku beli sabun dekat cikgu.Masa tu aku baru darjah 2 rasanya, kak aku darjah 6 dan adik aku darjah 1.Mak cakap tak payah bagi sabun kat cikgu..Terus aku sedey siap pakat dengan adik aku nak beli hadiah curi2..Tapi tiba2 mak aku cakap,"Esok bagi kek,mak buat kek bagi kat cikgu..." Wallawei...bestnya..seingat aku kami lah adik beradik yang pertama bagi hadiah kek kat semua cikgu kat sekolah..Mak aku buat sbijik kek ada nama kami 3 beradik khas buat semua cikgu2 SK Ulu Tawar..Aku ingat lagi mak aku deko kek tu warna krim tulisan warna merah & pink..Yang bestnya semua cikgu boleh dapat hadiah dari kami 3beradik..Start aku darjah 2 sampai la turun temurun kat adik2 aku pon still bawa kek ke sekolah tiap2 tahun sebagai hadiah hari guru.

Semua kenangan kat atas nie adalah kenangan masa aku sekolah rendah dulu...Nostalgia sungguh...Terus terbayang kat mata nie kenangan2 dulu...

Buat semua warga pendidik, saya ucapkan Selamat Hari Guru..Jasamu dikenang sehingga akhir hayat....

Khas buat cikgu2/pensyarah2 aku di:
Tadika Kemas Kampug Ulu tawar - 1997
SK Ulu Tawar -1998-2003
SMK Baling - 2004-2006
SMK Bakai - 2007-2008
SMK Jerai - 2008
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah - 2009-2011

SELAMAT HARI GURU CIKGU-CIKGU KU...JASA-JASAMU AKAUN KU KENANG SEHINGGA AKHIR HAYAT......