Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Isnin, 28 Oktober 2013

Percutian Paling Bajet! - Hospital Kulim

Eh..ritu kan aku dah up entry bufday ala kadar anak bujang aku.
Dalam kata lain,syukur anak bujang aku dah setahun..
Kejap ja rasa,pejam celik pejam celik dah besar dah Amam nie..

So nak dijadikan cerita,last check up dia masa dia umor 8bln,nurse ada suruh aku bagi Amam nie makan telor. Nurse cakap dalam injection untuk budak 1 tahun / MMR ada kandungan telor so depa nak pastikan anak tak alergik telor sebab budak alergik telor nie maybe akan ada kesan sampingan..
Malam tu kalut la aku rebus telor nak bagi Amam,sekali 2 suap je dia dah menggelupur gatal-gatal..
Habis bengkak-bengkak mata telinga..dah tu naik bijik kecik-kecik 1 badan dia..Tengok anak dah rupa gitu aku pulak yang menggelupur,terus bawak ke klinik.
Doktor cakap anak aku alergik telor,nanti dah 1 tahun nak cucuk MMR kena cucuk kat sepital..Pulakk..

So,untuk checkup setahun aku pi jugak tadah muka kat klinik.Nak inform nurse & doktor pasal Amam alergik telor. Terus doktor buat surat untuk refer hospital tapi aku mintak tangguh lepas kenduri sebab banyak komitmen..Boleh?? bhahaha..bajet menteri..
17hb hari aku nak balik kampung tu aku dapat call dari klinik,nurse tu cakap appoimen aku hari Isnin 21hb pukul 8 pagi kat wad 2 Hospital Kulim,kena admit wad 6jam..

So terpaksa lah aku tambah lagi cuti Isnin tu..Bercuti lah aku & Amam kat wad 2 Hospital Kulim.
Aku check in pukul 9.15pagi camtu,dapat katil pukul 9.30pagi..
Katil besaq woi..paling besaq dalam wad tu sebab katil kecik depa malas nak ambik..
Pukul 10 baru Amam kena inject,lepas inject Amam jadi lali/lalok pastu dia lena..
Masa sedap dia lena aku sempat la p shopping kat kedai hospital tu..ambik itu,ini dah lebur RM25..
Duitttt..macam ayaq dia keluaq noh??



Amam tidoq sat saja..dalam 1/2jam kot,pastu bangun buat riuh rendah..budak tak sakit masuk wad,mulutttt dia Masyaallah..Paling bising la..
Kenmain lagi dia buat bising..2,3 kali nurse mai katil suruh dia diam..budak-budak yang sakit semua tengok dia..mesti depa jeles sebab tak secergas dia..Bhahaha..padahal aku kecut perut jugak sebab dia sihat nanti ada pulak penyakit budak2 lain yang berjangkit..

Lepas sejam kena inject Amam dah tunjuk tanda-tanda dia gatal2 kat badan,nie kalau aku buka baju dia konfirm habis dia garu..
So aku buka baju dia terus bawak mandi..kenmain lagi dia suka mandi..bukan dia saja mandi sekali ngan aku..pfff
Siap mandi kami dua orang baring2 kat katil makan koko krunch+biskut bantal+air milo sambil tengok upin ipin kat enset..

Pukul 12 setengah,lunch time! Menu nasi ayam untuk mak-mak..anak besar Amam nie makan bubur je..kahkahkah



Sikit sangat la nasi tu..tak puas makan,dah tu mentah sikit..pfff..
Bila aku suap Amam bubur tu dia luah balik,bila aku rasa rupanya bubur tu tawaq habiaq..
Kakak depan katil bagi aku kicap..bubur tu aku makan ngan kicap..Amam aku suap nasi ayam..

Pas melantak nasi aku melantak roti lak,nasi sikit..tak cukup..
Dak kenyang aku baring-baring ngan Amam,time baring tu punya la sakit perut..nak pi memerut tak boleh sebab Amam nak ikut.
Bila aku tinggal atas katil pastu aku naikkan pagar katil,dia pulak pi panjat..
Cepat-cepat aku msg laki aku suruh mai tengok Amam.


Sekali tengok laki aku nie macam gengster kan? Bhahaha


Besarnya katil..sedap sungguh baring..Puas Amam pusing katil nie..


Sebenarnya laki aku pon puas lenjan baring-baring atas katil..
 Pukul 3.45 nurse hantar pulak minum petang..Kami laki bini kenmain berebut macam tak pernah jumpa makanan..Duduk relax macam tu memang buat perut aku cepat lapar..

Habis makan-makan,baring-baring doktor cakap dah boleh balik..yuhuu!
4.30 laki aku pi bayar bil tengok-tengok kena charges RM 1.50 sahaja..
Kira nie la percutian paling bajet dalam hidup aku. 7 jam = RM1.50
Siap pakej makan lagi..dua kali makan tau..

Masa otw balik kami pekena ayam penyet + keli penyet + sup ekor..
Terangkat bontot aku makan sambal ayam penyet tu..Laki aku pon berasap telinga makan keli penyet..
Amam relax ja bakar hati aku sepanjang kat restoren tu..
Mulut tu kalah murai tercabut ekor..

Sebelum sampai rumah saja ajak laki aku singgah Kulim Landmark Mall.
Singgah untuk buang masa..biasa la..laki den asyik keja saja,time nie la nak ajak dia spend time dengan family..




Bawak dak kecik nie p main keta goyang2 dekat depan arked dalam mall tu..
Dah main tak reti turun,masib baik dia nak main keta goyang tak payah masuk token sebab kalau letak token,keta tu goyang dia pulak takut..
Letak gitu saja atas keta goyang tu lepas tu biaq dia pulas stering puas2..hahaha

Ehh..terpanjang pulak entry nie,kihkihkih..nanti kita update lagi eh..

Ok,bai...



#pasal apa perenggan bawah tu tak boleh nak center?grrrrr

Feel Diva In Yourself

Sekarang nie bukan main banyak orang dok up pasai foundation..
Boleh dikatakan,semuanya fungsi hampir sama..nak perfect coveragekan?
Nak tutup semua cela yang ada kat muka kan?

Tapi apa kebaikan yang membezakan setiap foundation yang ada kat pasaran?
Mesti setiap foundation ada kelebihan tersendiri untuk foundation tu sendiri kan?*brapa kali sendiri da
Kalau semua nak tutup cela saja,banyak aih kat pasaran..boleh pilih sambil tutup mata..

Nie salah satu foundation yang menarik minat aku.
Aku bukan la manusia yang jenis nak pakai foundation nie sebab aku kalau bab-bab makeup nie serius aku ZERO.
Apa pon aku tak tau,yang aku tau basic ja..pakai toner,moisturizer,bedak lepastu pakai lip gloss @ lip balm..



Tetapi....sejak aku diperkenalkan dengan FEELVOGUE nie,aku try la guna.
Aku pakai toner+moisturizer+Feelvogue nie.Aku try tak alas bedak sebab tak reti.. -_-
Lepas tu, tengah hari aku tunggu result yang buat aku gedik nak try beli Feelvogue ritu.
As expected, betul2 menjadi..glowing2 gitu..makin pecah peluh makin santik...

FV nie ada dua kaler saja..kalau kulit cerah boleh ambik color BEIGE..Kalau itam manis macam aku boleh pakai NATURAL.
Apa kelebihan FV  nie?

01 : Beige Skin Colour (utk yang kulit cerah)
02 : Natural Skin Colour (utk kulit sawo matang @hitam manis)
10gm (Tahan sehingga 3 bulan)
Sesuai untuk semua jenis kulit

Vitamin E
Spf 30
Glowing (makin pecah peluh makin glowing)
Anti rekahan (dah pecah peluh tak berlemoih)
Long Lasting up to 16hour
Professional coverage
Halal & mendapat kelulusan KKM
Keluaran Bumiputera

TESTIMONI


Muka kak nie tak sekata,banyak parut2 jerawat..Nampak jugak la lubang2 kat muka dia tu..
Dia just oles FV pakai span basah (span bedak pixy) kat muka dia pastu touchup sikit pakai bedak pixy.
Tengok,perfect coverage kan? Tak guna camera 360,nie gambaq betoi,tak dak edit2..

Aku nak jugak letak muka aku sebagai testi tapi aku pakai pon dok bertampung lagi..Masih belajar nak oles bagi cantik..
Bila my asben dah luluskan kata cantik baru aku pos gambaq aku pulak..

Untuk keterangan lebih lanjut, Boleh ke fb Ryuna Nabiela