Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Selasa, 18 Jun 2013

Marilah Sama-sama Menderma Sambil Beramal - Surau An-Nur Kg Air Kepar

Assalamualaikum..........................

Hari Selasa menjengah kembali...Begitu cepat masa berlalu, sedar tak sedar kita semakin menghampiri bulan Ramadhan yang mulia yang bakal menjelma tidak lama lagi....................

Marilah kita bersama2 memperbanyakkan beramal bagi menyambut bulan yang mulia ini..Banyakkan lah bersedekah dijalan Allah...

Kebelakangan ni bila aku buka Fb aku ternampak satu page yang menarik minat aku,




Nama page tu Surau An-Nur Kg Air Kepar, Kedah D.A..nie dekat sebelah kampung aku..Atau lebih tepat sekali nie tempat kelahiran arwah ayah aku..Rumah tok aku kat kampung nie lah...bukan tok aku saja,Pak Long aku,Mak lang aku,Tok Lang aku,Tok Cik aku & Tok Su aku jugak...boleh dikatakan ramai yang duduk kat kampung nie ada pertalian darah @ bau2 bacang dengan aku...

Buat pengetahuan semua, page nie diwujudkan bagi mengumpul dana untuk pembinaan surau yang dah terlalu uzur dan tidak dapat lagi menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah...

Selain itu, surau ini jugak turut berkongsi bahagian dengan Tadika Kemas bagi anak2 penduduk disini....Surau ni dua tingkat, iaitu separa kekal..Bahagian atas diperbuat daripada papan manakala bahagian bawah pula daripada batu simen...Dibahagian atas dijadikan ruangan solat manakala dibahagian bawah pula dijadikan  tadika dan tempat penyimpan alatan memasak bagi kegiatan kenduri kendara di kampung tersebut.

Nie adalah gambar bagi surau yang telah uzur ini...


bahagian sisi surau.


bahagian depan,terdapat dua tangga disediakan untuk ke ruangan solat.kiri untuk muslimat manakala kanan untuk muslimin


bahagian bawah ialah tadika manakala khemah didepan tadika dijadikan ruangan untuk aktiviti kerohanian akibat ketiadaan tempat yang bersesuaian atau dijadikan tempat menjamu tetamu jika ada pihak yang mengadakan majlis kenduri di surau ini.


tangga bahagian muslimin

ruang solat muslimin


ruang solat muslimat


tangga diperbuat daripada papan yang sudah semakin uzur


tempat berwuduk


pintu masuk tadika kemas

Tak silap aku dah lama sangat surau nie, aku tak lahir ke dunia lagi surau nie dah ada dah...kampung nie terpencil sikit...dalam google map ada tapi kena tekunlah mencari sebab nama ditukar jadi Kampung Ayer Kepal...sapalah lah yang salah eja nama kampung ni tak,tak pasal2 cari tak jumpa...


kerja2 penambakan tanah sedang dilakukan

tapak surau baru yang akan didirikan

tapak surau dari sisi lain

Pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama negeri Kedah sedang mengukur arah kiblat bagi surau baru.

Tuan Haji Ghazali-Imam Surau An-Nur turut mencuba menggunakan alat untuk mengukur arah kiblat

 yang pegang kayu tu Pak Lang aku, kayu tu sebagai landmark arah kiblat bagi surau baru.


Nie pulak adalah lakaran surau baru An-Nur Kg Air Kepar.


Pembinaan surau ini sudah pon dirujuk dengan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. Alhamdulillah sebut harga setelah dirunding dengan kontraktor adalah sebanyak RM150,000.00 diperlukan bagi membina dan membangunkan surau tersebut daripada jangkaan asal iaitu sebanyak RM300,000.00.

Tetapi buat masa sekarang dana yang terkumpul baru mencecah RM5K sahaja...Oleh itu,saya memohon jasa baik anda semua untuk menderma bagi menambah dana bagi pembinaan membangunkan semula Surau An-Nur yang uzur ini...

RUJUKAN Jabatan Agama Islam Negeri Kedah : bil(46)dlm.AGAM(K)A-4-2012

Jika anda ingin menderma atau memberi sumbangan kepada surau ini,sumbangan anda bolehlah disalurkan terus ke nombor akaun yang tertera dibawah.Akaun ini telah dinamakan atas nama surau ini sendiri iaitu Surau An-Nur Kg Air Kepar.

No. Akaun : 02057010034919 - Bank Islam Malaysia Bhd.

Dibawah ini pula adalah Setiausaha Surau An-Nur :

En.Mohd Fazeli bin Mohammad
Tel: 012-4183785 / 019-3486415
Email: surauannur02@gmail.com / fazeli1447@gmail.com

Atau admin page Surau An-Nur Kg Air Kepar :

Zainudin bin Rozali aka Ayah Dean
Wisma R&D UM
Email: ddean9898@yahoo.com
Tel: 013-3856014


"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-
Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya". Al-Baqarah261

Saya memohon jasa baik kawan2 sekalian untuk menyebarkan entri ini bagi mengumpul dana membangunkan surau tersebut..kerjasama anda semua amatlah diharapkan.Terima Kasih.

~ SEBARKAN ~













Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Gojes-gojes yang komen