Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Rabu, 21 Ogos 2013

Malam Yang Panjang

Assalamualaikum......

Aku tak dak cerita raya sebab aku rasa tak best raya tahun nie..Hujan lebat mencurah2..nak beraya kat mana pon tak tau..Nie cerita 2/8/2013, lebih kurang seminggu sebelum raya la..

Kami bertiga dengan cousin Mr.Saif pi Queensbay Megamall..Konon nak shopping raya,bertolak dari Kulim dalam pukul 6.45 ptg,sampai di petronas Seberang Jaya dah pukul 7.20mlm,isi minyak dulu.cadang nak berbuka di KFC ja sekali panjang daa orang beratuq dalam KFC tu..Ya ampun,bercinta sungguh nak tunggu..

Hampa tengok..nie yang didalam..yang kat luaq kfc aku tak snap gambaq.

sementara tnggu Mr.Saif beratoq,aku layan hero sorang nie..

tetiba mata jadi boolattt..

Disebabkan ramai sangat manusia,terus cancel kfc.Lagi pon nak cepat ke Queensbay,takut jam atas jambatan. Mr Saif beli saja Nescafe roasted coffee dekat kedai mesra petronas,minum tu saja buka posa..aku memang tak bleh kopi2 nie..nanti berangin 1 badan..Dah tu saja yang sempat sambaq,minum aja lah..Seperti yang dijangka,sepanjang jalan aku tak sedap badan..

Dah la tak sedap badan,sekali sampai QB parking yang kosong pon kat tingkat 8..nak naik ke atas tu aku dah nak uwwekkk tau dak..Yang Hamam lak relax ja,aku ja over lebih.kahkahkah...Lagi 1,masa tnggu lift nak turun lepas parking kat atas tu..Ada 1 geng amoi2 pakai sexy habis..Yang Hamam dok dalam stroller boleh renung atas bawah..tak berkelip biji mata anak aku...Tak patut hampa buat anak bujang aku cengitu tau dak..Terpaksa aku hadang pandang tak manis itu.heheh

Sampai2 je terus terjah EDWIN..hahah..nasib aku la mai dengan geng lelaki..Bukan aku beli ye,apak hamam & cousin dia tu la shopping sakan..aku dok tercongok macam patung dalam tu pastu jumpa cermin nie..hooyehh..ada jugak aktiviti...

mula2 budak kecik nie blur lagi bila aku kata senyum..

pastu dah mula eksited bila aku bagi tengok gambaq pertama..hehehe



boring tunggu depa lambat sangat..kami berdua lepak kat luaq..

Pastu terus cari tempat makan,dah pukul 9 lebih nie..Semua tempat makan full,tak tau nak makan kat mana jadi nampak ada kosong terjah je..Makan kat Old Town, Mr.Saif pilih menu sebab aku dah cakap pilih je.Anak aku dah hilang kawalan waktu nie..bersilat jugak la aku nak bagi dia diam..kesudahannya sumbat botol la...


Pas makan terus cari kedai lain tapi sedeh sebab banyak yang dah nak tutup,dah pukul 10mlm waktu nie..Tetiba jumpa F.O.S terus cepat2 masuk..Ambik seluar Hamam selai,Kemeja kat dia selai pastu tshirt kat Mr.Saif 3 helai bayar2 terus keluar..

Aku suka shopping kalut macam nie sebab tak boleh nak rambang mata.Tapi yang tak best selalu terlepas pandang benda yang rega lebih murah tapi cantik..hehehe..

Bila banyak yang dah tutup kami pon decide nak balik..masa nie la terjadi 1 kejadian nak cari mesin byar tiket tapi kena main dengan pak guard plak..kejap naik atas,kejap turun last2 sekali jumpa jugak dengan guard yang bagi direction yang betul kat kami..guard yang sebelum2 tu semua jenis sesat sebab bagi direction salah..

Sebelum balik kami singgah Uptown Perda dulu, Ya la,kenmain mai agak jauh nie boleh beli sikit ja benda.Paling tak best aku tak beli apa pon..Sampai uptown Masyaallah manusia..macam semut..nie tak dak gambaq..tak bernapas pon tak lepas.Yang anak aku dengan treadmark jeritan dia tu.Susah sungguh nak kawal..Kami beli la sikit2 kat sini..dekat pukul 3 pagi baru kami bertolak balik..Sorang pon tak tidoq dalam keta termasuk Hamam..

Sampai rumah dok sat relax2 terus kami keluar sahur pulak. Kali nie sahur kat KFC sebab Mr.Saif naakkkk sangat2 makan ayam toyeng..Nie 1 lagi dugaan,masa nak order tu ada 2 org lelaki tengah order jugak..depa nie order snack plate dekat 50 lebih,yang akudengaq depa nie order untuk bawak balik ke kilang.depa pon nak sahur KFC..mak aihh..bercinta kami tunggu tau dak..kena tunggu ayam masak lak tu..Elok siap ja ayam atas meja,terus ngap tak tengok kiri kanan dah..terus rasa syorga..kehkeh. pas siap makan terus balik tidoq..

Pukul 4 lebih dah woihh, dan la aku tedoq sejam lebih sebab aku kena bangkit pi keja..Tapi tetap bertenaga sebab aku ambik Fellicious sebelum keluar shopping,sebelum tidoq & lepas bangun tidoq sebelum pi keja tu...Sekian cerita panjang lebaq..




1 ulasan:

Gojes-gojes yang komen