Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Khamis, 10 Oktober 2013

Maut Di dalam Lori Simen


Astagfirullahalazim........
Kenapa boleh jadi macam nie? 1 ja yang terlintas kat kepala aku bila baca ja tajuk nie..
Tak amalkankan "Safety First" ke? Ehh..kalau kerja bahagian industrial or construction..hal2 keselamatan nie terlalulah penting even dia nie warga asing..
Melainkan company pakai PATI..nak senang kerja kan?lagi 1 lebih murah..betol tak?

Aku tak tuduh company tu pakai PATI tapi benda-benda macam nie kena buat berpasukan maksud aku kena ada TEAM untuk selesaikan 1 tugas,bukan buat kerja sorang-sorang..
Kalau buat kerja berpasukan,tak kan ada kes 'tak tau ada orang dalam mesin tu'..sebab bila buat kerja berpasukan,mesti ada perancangan,sapa buat nie,sapa buat tu..dari start kerja sampai kerja tu siap...
Haiii..maybe ajal dia kot..ntah la..

Sandakan - Seorang lelaki warga asing maut selepas tubuhnya dikisar mesin pembancuh simen ketika membersihkan sisa simen di dalam tangki lori berkenaan di tapak pembinaan rumah di Kampung Cahaya Baru Batu 3 di sini, semalam.
Mangsa, Bakis Jaujan, 37, pekerja tapak pembinaan itu dikatakan masuk ke dalam tangki pembancuh terbabit untuk mencucinya.

Bagaimanapun, rakannya yang tidak menyedari mangsa berada di dalam tangki pembancuh itu menghidupkan enjin lori menyebabkan mesin pembancuh berkenaan berputar.


 Dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai terkena bilah besi pada mesin pembancuh itu.

Difahamkan, kejadian disedari selepas seorang pekerja di tapak pembinaan itu menjerit mengatakan ada pekerja di dalam mesin pembancuh simen berkenaan.

 Mayat mangsa selepas dikeluarkan dari mesin pembancuh simen


2 ulasan:

Gojes-gojes yang komen