Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Selasa, 11 Februari 2014

Jom start jalan lagi...



Sebab apak amam keja malam direct ja sebulan, maknanya pagi-pagi apak dia la hantar ke rumah babysitter..So banyak la masa amam untuk close to nature..gittew..Pagi-pagi konfirm kena jalan ke rumah babysitter,banyak dia boleh learn bila jalan dengan abah..kalau jalan dengan ibu konfirm belajar kekalkan volume suara ja..menjerit-jerit 24/7 amam kata..kahkahkah

Ok..yang nie minggu lepas jugak..tapi entry sebelum nie amam belajar acah anjing,main dengan kucing,tengok pokok sayur orang..kali nie lain pulak. Sebenarnya banyakkkkkk benda boleh belajar pagi-pagi berbanding petang-petang...

Sebelum jalan-jalan bagi dia regang otot dulu,bagi bola sebijik hang tendang la puas-puas..-__-







Dah puas main bola jom kita start sesi jalan-jalan..Dia kalau bab jalan tak payah cakap banyak kali,sekali pon dah cukup buat dia histeria kalau yang mengajak tu pulak yang lambat nak bergerak macam siput b*^i..




Jalan kat tengah-tengah jalan,dia buat macam jalan apak dia punya pulak..Jangan harap nak boleh pegang tangan dia,boleh pecah gegendang telinga dengar dia menjerit mintak lepas..




Teruja tengok ayam,ayam jantan kan eksyen..kikiki..Tu dia geram nak ligan ayam tu,kalau dapat mau dia pulas kepala ayam tu idop-idop..Jalan depan sikit dia nampak anak pokok betik nie,







Ehh..dah berbuah macam nie dipanggil anak pokok lagi ke? Hmmm..pokok nie tumbesaran ja terbantut,tapi berbuah elok ja..Amam pulak give a try nak ambik buah tu..Nasib baik budak nie kecik lagi,kalau tak habis la dogol pokok tu tanpa buah..

Sekarang dah kenal la tu buah betik,pokok betik,buah nyok,pokok nyok..kahkahkah..nanti ibu ajar daun kesum,daun kari,pokok serai ye amam ye..bhahaha..




Boleh dia renung rumah kosong nie lama-lama..hampeh betul la budak nie..kuarters apa entah kat area rumah aku tu..




Nie hentian terakhir..tengok ayam dalam laman rumah orang..siap melekat dekat gate umah orang lak tu..silap haribulan tuan rumah ingat budak nie nak mintak derma..kikiki




Yeyy..akhirnya sampai jugak rumah mak Ju..Nak masuk rumah dah pandai buka gate sendiri tau..Masuk kawasan rumah,salam abah pastu dia buka pintu gril tu sendiri,dia babai abah terus duduk tengok TV..

Dah pandai berdikari,tak kisah kalau ibu abah tinggal kat Mak Ju..Kalau tinggal kat orang lain dia meraung tak ingat..Tu pon ada yang menghasut aku cakap Kak Ju nie tak pandai jaga budak..tak elok hantar kat dia la..itu la,ini la..hurmmm..Kalau tak pandai kenapa amam ok dengan dia? Kadang-kadang tu tak mau ikut aku balik,seronok dok dengan mak dia tu..

Bagi aku kadang-kadang kita kena jugak mintak pendapat orang,kadang-kadang kita kena buat keputusan sendiri tanpa mintak pendapat orang..Budak-budak tak pandai menipu,kalau dia tak suka kat orang tu,dia akan tunjuk perangai pelik sikit la..Kalau dia suka dia tunjuk la betapa dia suka kat orang tu..

Kalau orang tu jaga tak elok,ingat budak tu suka ke??



1 ulasan:

Gojes-gojes yang komen