Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Jumaat, 17 April 2015

Menantu pilihan..amin!





Sejuk perut aku mengandung....
Muka dah tahap sesuci lebaran sangat dah nie...
Siap kopiah bagai..nak pergi surau ke nak?
:)

Sejak2 nak beradik nie kan, aku perati ja perangai dia...
Macam sengaja naikkan darah aku hari2..
Budak nak dapat adik memang camtu ka?
Sementara nak beranak boleh meroyan aku kalau hari2 naik angin..


Tapi tak boleh salah dia, nak perhatian la tu.Rela kena marah asalkan ibu dia yang marah dia...
Dah tu dah teriak meleleh2 ayaq mata pon dok lagi depan ibu..
Untung2 tunggu ibu pujuk tapi memang ibu akan pujuk pon..
Marah2 jugak..sapa tak sayang anak oiii...


Dok dengan sapa pon orang suka, tapiii...
Haa...memang ada tapi...
Tapi ibu dia kena tiada disisi la..
Kalau ibu dia ada,bukan main naik lemak lagi budak tu..


Jenis pandai behave & bawak diri kalau ibu dia tak dak..
Try ibu dia ada..ehh..jangan kata time ibu ada..nampak bayang keta ibu dia pon dia boleh lempaq habis barang2..
Punya nak tunjuk perangai...


Tapi lani banyak yang positif dari negatif..
Ibu abah bawak kereta gelojoh sikit pon dia dah tegoq..
Ibu abah bersin tak sebut alhamdulillah pon dia tegoq..
Nak makan dah pandai baca doa sendiri walaupon kita boleh paham yang hujung2 ja..


Semoga jadi anak yang baik tau sayang....
Amin......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Gojes-gojes yang komen