Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Isnin, 15 Julai 2013

Murtabak Maggi homemade

(entry tanpa gambar..mcm biasa la kan..)

Sebelum puasa lagik aku teringin gila2 nak makan murtabak maggi..Tapi asyik ditangguh..tertangguh..dan menangguh...Bila aku cakap kat Mr.Saif nak buat murtabak maggi, dia cakap.."nanti2 la buat..." Haaa..tengok..patutnya dia bagi semangat bini dia nie nak mencuba resepi baru...

Bila dah masuk bulan posa aku cakap lagi nak buat murtabak maggi dan Mr.Saif setuju...kenapa dia setuju?? sebab aku cakap lebih puas makan yang buat sendiri dari yang beli dekat kedai sebab banyak gila..Maka Mr.Saif pon termakan hasutan itu...

MURTABAK MAGGI

2 bungkus maggi kari

4 biji telur (aku guna 6 biji dasar hantu raya makan telur banyak)
200g daging kisar  (agak2 sendiri la..kalau nak banyak bubuh banyak,aku bubuh banyak!)
3biji bawang besar potong dadu
2ulas bawang putih
Daun sup & daun bawang
6biji Cili padi

Cara2 membuatnya:

1. Celur mee maggi tanpa perencah sampai kembang,jangan terlalu kembang kemudian tos dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih kemudian masukkan cili padi dan daging kisar.Bila daging dah bertukar warna,angkat dan ketepikan..
3. Dalam satu bekas masukkan bawang besar,perencah maggi,telur,daging kisar yang dah dimasak tadi,dan daun sup serta daun bawang.
4. Gaul sampai semuanya sebati..
5. Kemudian masukkan mee maggi..gaul lagi..
6. Panaskan pan dengan sedikit minyak than masak sikit2..dengan cara nie boleh dapat banyak..nak senang bahagi dua..buat besar..dah siap masak potong kecik2 pon sama jugak..
7. ok,dah siap..boleh makan macam tu saja @ cicah dengan sos cili..

Aku buat dapat 5 keping..tebal,besar..siap buat tukar juadah dengan jiran2 lagi..adik ipar aku beli murtabak dekat bazar tapi murtabak maggi aku nie jugak la yang habis licin dulu..

Puas hati makan sebab daging banyak,bawang kurang,telur banyak than tak da kulit murtabak yang lebih tebal dari isi macam jual kat luar tu...

Gambar tak da sebab aku segan dekat bapak mertua aku yang dok tengok aku buat murtabak nie..kehkehkeh,,,



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Gojes-gojes yang komen