Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Khamis, 1 Ogos 2013

Cerita tentang Zakat Fitrah..tolong komen sikit

Assalamualaikum..

Petang kelmarin aku,Hamam & Mr.Saif pi bazar.Tetiba nampak ada kaunter bayaq zakat,dah alang2 kan boleh la bayaq terus..Aku dukung Hamam tunggu kat tepi gerai lauk pauk sambil tengok orang lalu lalang. Aku biaq saja Mr.Saif bayaq zakat untuk kami bertiga..Seriusly aku tak ambik pusing dah lepas tu,langsung tak tergerak hati nak tengok resit zakat yang dah bayaq tu..

Jadi kami terus jalan kat bazar tu beli apa2 yang patut lepastu zass balik rumah..Sampai rumah prepare buka posa macam besa.Lepas buka posa,settle sikit apa2 yang patut aku pon duduk relax sat.Mr.Saif keja malam jadi sempat la nak sembang2 sikit dengan dia..

Tiba2 ja dia bagi resit zakat yang dia bayaq tadi kat aku..Nampak macam pelik,aku pon buka la lipatan tu tengok betoi2.."Eh..abah..kenapa 1 saja resit zakat nie? Tak boleh macam nie,nie dah kira salah..1 orang untuk 1 kupon..cuba tengok dia tulis kat bawah nie..kita 3 orang.."

Aku rasa dia bayaq dekat Amil Zakat, bukan nak gebang apa pon kat sini..aku pernah praktikal dekat pejabat zakat salah satu daerah (PZD) dekat Kedah nie..Aku tau proses dari amil2 zakat nak dapat pengiktirafan sebagai amil zakat fitrah,proses key in buku resit,agih buku resit,kumpul buku resit sampai la claim..

Aku tau kiraan jumlah zakat fitrah terkumpul berdasarkan berapa keping resit yang diguna..Kalau dah bayaq 3 orang tapi dapat 1 ja resit maknanya jumlah terkumpul baru rm7..lagi rm14 tu dia ambik letak mana??

1keping resit / seorang = RM 7

Aku dah lupa 1 buku resit ada berapa keping jadi nie aku bagi contoh,1 buku resit ada 100keping resit..contoh ada 50 keluarga macam aku..1 keluarga ada 3 orang jugak..jumlah kutipan zakat dikira berdasarkan jumlah buku resit yang diguna saja. Jadi...

50 keluarga x 3orang = 150orang
Resit yang dikoyak 50 keping = 1keping untuk 1 keluarga

Jumlah kiraan zakat terkumpul = 50keping resit x RM 7 (1keping resit / RM7 / seorang) = RM 350

Lagi 100 orang yang dia tak bagi resit tapi dia terima duit tu nak kira macam mana pulak ye??

Owhh..lupa nak jelaskan sekali..dia tak bagi resit rasmi Jabatan Zakat Negeri Kedah (JZNK) tapi dia bagi resit untuk masjid kariah berdekatan..tapi atas resit masjid tu hanya di tulis nama masjid dan tahun untuk tahun nie (2013 yang ditulis tangan menggunakan pen) .

Aku was2..duit yang tak dapat resit rasmi tu disalur kemana? Kalau ke masjid Wallahhualam..tapi kalau ke saluran lain..tu antara mereka dengan Allah S.W.T..

Kalau aku tengok resit tu masa di bazar tu,boleh la aku tanya direct to the point sebab tak salah bertanya kalau dia jujur dia boleh jawab tanpa berdalih..Bila aku bagitau Mr. Saif dia cakap "Biar lah..tu antara dia dengan Allah S.W.T..." 

Jadi kesimpulannya,hati aku tak tenang dok pikir benda nie dari semalam lagi..

P/s : Terasa nak terjah ke bazar tu lagi..






8 ulasan:

  1. arini try terjah bazar tu lagi..kalau dia ada lagi..try Tanya..nak tau jugak apa dia akan cakap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa nak buat mcm tu jugak lah satgi..tak senag hati sebab kita tau bnda yg betul kan..

      Padam
  2. hishh bahaya jugak ni.. setahu jijah mmg sorang satu resit.. better g balik kat tempat tu tanya..huuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang nak kena p,kalau dia tak dak kat situ kena pi pejabat zakat terdekat lah..

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam..

      Saya akan bagi maklum balas secepat mungkin.

      Padam
  5. mmg kita akn tk puas hti sbb niat kita byr zakat fitrah..tp kalo ditipu tu yg tk bape nak enak kan..

    BalasPadam

Gojes-gojes yang komen