Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Rabu, 28 Ogos 2013

Inginkan Perhatian.....

Mana2 parents yang hantaq anak dekat taska @ babaysitter mesti tau betapa sayu hati ini sebab tak berkesempatan nak jaga sendiri & tengok sendiri anak membesaq depan mata..bila tengok sendiri anak membesaq depan mata memang satu perasaan terindah.

Lani tiap petang lepas ambik hamam, sampai kat rumah sentiasa nak melekat ja..masa tu la dia nak berdukung,menjerit,mengamuk..dah pandai hentak2 kaki bila mengamuk..bukan apa,dia nak perhatian..dia kenai ibu dia..dia dah puas dok dengan babysitter,bila dengan ibu sendiri dia nak lebih perhatian..

Kalau boleh nak buat kerja apa pon dia tak bagi..suruh ambik dia & layan dia ja..bila ambik dia letak atas sofa dok sebelah dia,tengok kartun sama2 kat tv sambil tangan usap2 kepala dia,elok ja dia diam..dia nak kan perhatian...perhatian dari ibu dia..

Dia macam dah faham abah dia selalu tak dak sebab kerja,balik lewat2..tapi kalau abah balik pandai ja dia bangun..bila biaq dia main sorang2 mesti mengamuk..tapi bila dok dengan dia & just tengok dia main saja pon dah cukup buat dia diam..janji ada dengan dia,dok dengan dia tu ja..dia nak kan perhatian...

Budak2 tak pandai nak bagitau dia nak perhatian,dia akan buat perangai sebab nak tarik perhatian kita..Jangan marah anak tiap kali dia mengamuk..bila kita marah atau pukul dia,dia akan jadi lebih agresif.Silap hari bulan anak jadi penakut..



2 ulasan:

Gojes-gojes yang komen