Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Ahmad Thaqif Hanzalah ~ My Hero

Selasa, 23 April 2013

Terima Kenyataan....





Salam Selasa semua....
Alhamdulillah..masih lagi dipanjangkan umur untuk menaip entry baru selepas beberapa lama menyepi...

Sebagai pekerja yang makan gaji,saya sentiasa beringat atau berfikir dulu sebelum melakukan apa2 sahaja perkara walaupon perkara itu kecik dimata sesiapa sahaja....

Alhamdulillah,berkat dengan apa yang saya amalkan selalu,ia memudahkan kerja saya seharian tidak kira ditempat kerja atau dirumah.Tapi siapalah kita yang tidak mungkin sempurna,mungkin ada juga kesalahan yang tidak kita perasan...

Sebagai pekerja,adatlah kita terpaksa menjaga hati semua pihak dengan perlakuan kita di tempat kerja walaupon kita bekerja di COMPANY BAPAK SENDIRI..Perlu ingat,attitude kita melambangkan keperibadian kita.

Dengan attitude yang buruk,kita tau kita punya keperibadian juga buruk.Orang akan menilai kita melalui sikap kita.Setiap teguran yang kita terima berkenaan sikap kita perlu dipandang serius.Bukan untuk berdendam kerana ditegur mempunyai sikap yang tidak bagus tetapi ambil serius untuk memperbaiki sikap kita itu.

Orang yang menegur kita adalah orang yang ingin membantu kita membetulkan sikap kita.Jadi berfikiran positif lah dengan setiap teguran yang diterima.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Gojes-gojes yang komen